* bacaan ringan untuk orang awam. Yang dah mahir muamalat memang tak sesuai baca....
Ok. Kita sembang muamalat mudah sikit hari ni.
Kenapa pelaburan yang beri pulangan tetap ni haram?
Sebab pulangan tetap ni adalah riba. Riba adalah haram. Tak kiralah jumlahnye sikit ataupun banyak.
Macam mane jumlah riba' yang sikit ni? Benda ni memang ramai terlibat. Melalui bank. Fixed deposit akaun di perbankan konvensional adalah contoh riba dalam jumlah yang kecil. Tapi hukumnya tetap haram. Bank gunakan duit kita, bank dah tetapkan berapa pulangan yang kita dapat berdasarkan jumlah jumlag duit dalam akaun kita. Biasanya dalam 1-2 peratus saje.
Ok itu satu hal.
Dari segi logik juga (antara hikmah Allah haramkan riba), riba ni boleh menzalimi orang. Bukan saja boleh zalim pada pelabur (yang beri duit) tapi pada mereka yang uruskan pelaburan (atau peniaga).
Kita ambik satu situasi mudharabah (perkongsian untung) antara dua pihak. Atan kongsi modal dengan Aton untuk berniaga. Atan bagi 10 ribu, aton keluar duit 1 ribu. Perniagaan diuruskan oleh Aton. Dalam perjanjian siap-siap tulis Atan nak 8% (atau berape-berape sajelah) daripada modalnya yang 10 ribu tu setiap bulan (maksudnye RM800). Macam mana jadi pun Atan mesti dapat 800 tu tiap-tiap bulan.
Zalim pada Aton (pengurus / peniaga)
Sebab untung atau rugi meniaga dia bulan tu mesti bagi pada Atan RM800. Walhal tak semestinya bulan tu untung. Balik modal pun belum tentu lagi. Jadi zalim pada pengusaha. Penat-penat kerja cari rezeki, orang lain goyang kaki dapat hasil.
atau
Zalim pada Atan (pengeluar modal / rakan kongsi)
Boleh jadi juga. Kalau perniagaan untung besar banyak mana pun, Atan cuma dapat RM800 tu saje setiap bulan. Walhal dia sumbang modal yang besar juga. Untung bersih niaga RM40k (contoh), atan dapat 800 saje?
Ok boleh faham kan?
Yang dibenarkan adalah tetapkan peratusan dari jumlah untung. Katalah setuju untung bahagi 50:50 (ikut persetujuan antara dua pihak). Bila tolak kos semua dapat untung RM2 ribu. Atan dapat 1 ribu, Aton dapat 1 ribu.
Itu halal.
Jadi yang tanya pasal fixed monthly return by arba network, boleh fikir-fikirkan....
Hidup seperti kebanyakan makhluk Allah yang lain. Kita semua sama, melainkan amal dan taqwa.
Rabu, 4 Mac 2015
Kenapa 'fixed return' haram?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 ulasan:
Yup...setuju. Kalau dpt pulangan tetap ni maksudnya xde risiko. Dalam islam kalau melabur tp xde risiko ni menunjukkan something yg fishy di situ. Sebabnya mungkin akan ada pihak yg dizalimi.
Tp yg bank tu riba bukan sebab interest ke? Maksudnya kita deposit rm100 dan setiap tahun dpt tambahan rm2 (2%). Jadi riba sebab penambahan drpd duit yg kita letakkan dr rm100 ke rm102 disebabkan masa. Sebab tu bank Islam tukar elemen interest ni jd hibah(hadiah). Jd, bank bg depositor 2% sebagai hadiah je kerana gunakan servis diorang. Ini hanya pendapat saya sahaja.
Conventional bank mmg interest walaupun cuma akaun simpanan. Fixed deposit. dah tetapkan kadar pulangan berapa Peratus. Bank mesti bagi.
Beza dgn wadiah perbankan islam. Tiada jaminan hibah akan diberi. Kalau ada akan bagi, kalau tak ada tak jd kesalahan bank.
ohh..tak baca betul2 pulak, fixed deposit rupanya, ingatkan saving biasa. Terima kasih di atas pencerahan. :)
saya kurang faham sesuatu disini. kalau sebuah syarikat membuka dan menjual sesuatu produk yang berjaya dan berdaya maju dan mempunyai keewangan yang kukuh. Dan kita cuba mendapatkan sedikit manfaat daripadanya dan mebuat pelaburan. syarikat menetapkan berdasarkan modal, anda layak mendapat 8% keuntungan dari modal anda dan dibayar pada setiap bulan dalam tempoh tertentu. berdasarkan potensi syarikat pendapatan bulanan syarikat akan terus melonjak berdasarkan kepada penyertaan daripada pelabur. dan sudah tentu keuntungan tersebut memihak kepada syarikat dan pelabur akan mendapat perolehan berdasarkan pelaburan mereka sahaja. adakah perkara seperti ini dikira sebagai riba. tolong bagi sedikit pencerahan bagi saya yang kelam ni...
Sebab untung dan rugi belum tentu lagi. Bergantung pada prestasi jualan. 8% penetapan atas untung yang diperolehi itu halal. Bukan penetapan atas modal.
Catat Ulasan