Khamis, 2 April 2015

Akhirnya kita yang kena tanggung



Mereka yang selalu beli roti jenis ni bukanlah orang kaya-raya.

Dari harga sekitar 50sen kemudian naik sikit-sikit sampailah macam dalam gambor.

Kesian bila tengok budak-budak sekolah belek-belek roti nak beli. Tengok harga ada yang tak jadi beli.

Iyelah..Duit belanja berapa sangat bawak. Mak bapak kalau kaya tak apelah juge. Setakat gaji bawah RM1000, dengan macam-macam nak tanggung, duit belanja anak-anak lagi.

Itu baru roti. Belum masuk lagi barang lain yang serba serbi naik, tak kira ade GST atau tidak.

Harga naik mencanak tanpa kawalan.

Penguatkuasa? KPDNKK? Mereka nak pantau harga? Itu dialog mulut semata. Satu jenis barang macam gula pun tak boleh nak kawal harga, ini lagilah barang-barang lain.

Yang kaya?

Orang yang dah kaya terus kaya dengan perah hasil orang miskin,

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...