Isnin, 6 April 2015

Sedekah duit, harapkan balasan duit juge?

Rasanya ramai antara kita yang tahu sedekah ni selain dapat pahala, banyak memberi faedah lain. Antara orang yang bersedekah insyaAllah akan dimurahkan rezeki.

Ramai la yang tahu. Tapi tak berapa ramai yang nak buat. Padahal sedekah ni pun bukan saja dalam bentuk duit saja. Ada makanan, bagi pada orang lain pun boleh jadi sedekah juga. Kalau nak tunggu duit saje nak bagi sedekah, memang susahlah orang nak dapat pahala sedekah. Allah itu maha adil dan tidak zalim. Semua orang mampu nak beri sedekah.

Masalahnya kita ni tamak. Ye memang tamak (termasuklah aku).

Sayang betul duit tu nak bagi pada pihak lain yang memerlukan. Takut duit kita luak, bahagian kite tak cukup bila nak guna. Maka bertukarlah kita menjadi kedekut. Sedekah pun sikit saje. Itu pun jarang-jarang.

Lagilah zaman-zaman harga barang naik mencanak dan terbaru, hadiah GST daripada kerajaan kepada pengundi yang dikasihi. 

Walhal tak jadi miskin pun kita dengan beri sedekah. Malah insyaAllah Allah akan tambah rezeki kita. Tapi ramai tak nampak benda tu. Tak yakin. Atau tak berapa nak yakin.

Tapi bila dah sedekah, jangan pula kita harap balasan dalam bentuk duit juga. 

Ingatlah juga, harta / duit tu hanya sebahagian saja daripada rezeki.


Badan sihat cergas pun rezeki.
Anak ramai pun rezeki.
Takde hutang pun rezeki.
Isteri / suami soleh pun rezeki.
Anak-anak soleh pun rezeki.
Anak-anak pandai pun rezeki.
Hati tenang pun rezeki.
Keluarga bahagia (walaupun tak kaya) pun rezeki.
Dapat makan pun rezeki.

Banyak lagilah...


1 ulasan:

Bro Ley berkata...

Setuju dengan owner blog. Sedekah mmg akan menambahkan rezeki cuma kdg2 bukan dlm bentuk duit. Ada je org yg sgt kaya tp hati x tenang tgh mlm sibuk dgn bisnes, takut rugi, takut harta kena curi la...mcm2 la. Lagipun sedekah ni boleh menolak bala, kita je yg x berapa nak percaya. Btw, i like your entry. :)

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...