Rabu, 8 April 2015

Iklan tayang duit

Zaman Fesbuk sekarang ni, mesti kita ada perasan 'posting' iklan tayang duit. Tak kisahlah duit macam mana pun. Ada yang kipas-kipas duit, duit ikat getah banyak-banyak, pegang duit tak cukup tangan, baring dengan duit, macam-macamlah lagi.

Gambar hiasan



Yang cerdik sikit letak 'screen shot' jumlah akaun bank, atau gambor slip bank. Tayang jumlah duit yang ade.

Ade juge yang tayang transaksi duit masuk riban-riban dalam akaun bank, Ambik screen shot perbankan internet.

Sejujurnya, jauhkanlah diri kita daripada terjebak dengan promosi seperti itu. Serius.

Sebab kebiasaannya perniagaan yang ditawarkankan tu adalah berbentuk mlm, skim cepat kaya atau scam.

Tak semua, tapi kebanyakannya begitu. 

Adakah motivasi hidup kita begitu murah hingga terpengaruh dengan duit dan harta semata-mata?

Memanglah kita berniaga ni nak untung, nak kaya, nak kumpul harta. Tapi dengan cara promosi perniagaan tayang duit begitu bukan satu cara yang beretika.

Ahli perniagaan yang dah bergelar jutawan tak ada pun yang promosi perniagaannya dengan cara tayang duit banyak-banyak. Walhal duit depa berkepuk-kepuk dalam bank. Tak pernah lagi nampak Pemilik Genting Highland tayang duit bersepah-sepah, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary ambik gambar dengan duit, dengan kereta bersusun-susun.

Mereka mampu buat, sebab mereka memang kaya-raya, Tapi tak buat. Kenapa? Sebab cara itu salah, tak betul. Juga mengundang bahaya juge...


Pantang nampak duit banyak, kita mudah sangat terpengaruh. Sebab itu ramai orang Melayu Islam yang terlibat dalam skim cepat kaya. Sebab mudah diperdaya dengan duit dan harta. Hukum halal haram dah tak ingat dah masa tu. Apa peduli kan? Janji poket masyuuukkk.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam 1 rasuah ,

Tadi saya ke bank nak ambil duit, selalu apa yang saya lihat ada melayu bersongkok atau bertudung akan tunggu di depan pintu bank minta derma untuk sekolah atau surau atau tabung kebajikan yang ntahdimanantah.

Tapi kali ini saya lihat ada india di depan bank, dia buat apa, dia jual muruku untuk menyara keluarganya.

Dari situ kita sudah boleh lihat gambaran bangsa melayu berbanding bangsa lain. Bangsa lain jika mereka nak sesuatu mereka terpaksa berusaha dan bergadai untuk dapatkan.

Manakala bangsa melayu, mereka nak free, short cut dan mudah. Itulah yang berlaku sekarang dalam pendidikan, penjawat awam dan perniagaan.

Dalam pendidikan mereka ada kuota spm serendah 3A boleh ambil degree, ada yang pakai credit je A tak ada, bangsa lain 10A baru pandang. Dalam penjawatan awam berapa ramai yang datang goyang kaki kerana jawatan yang diwujudkan lansung tak diperlukan contoh ft17 di sekolah-sekolah. Dalam peniagaan pun begitu tapak niaga yang dikhaskan kepada mereka disewakan kepada pendatang asing, syed bukhari meniaga untung sapu rugi kerajaan tanggung. Hakikat bro heee.

KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya, biar bodo buat kerja bodo, pandai buat kerja pandai.

Nick Nashram berkata...

kalo tengok iklan yg diorang promote guna gambar duit yg sama je..kononnye tu duit diorang dapat.

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...