Isnin, 1 Julai 2013

Kenapa guna anonymous@tanpa nama?

Pasti kita perasan di rungan komen artikel ada pembaca yang beri ulasan guna nama anonymous atau tanpa nama.


Kalau di blog ni, bersepah ada terutama pada artikel berkaitan dengan MLM dan penipuan.

Boleh cuba lihat post pasal mc ocean dan terapi ion tipu.

Melambak-lambak cik anon beri komen. Ade komen yang menyokong setuju, tak kurang juge yang nak cuba cari balah.

Ada due sebab yang terlintas di kepale ni kenapa mereka guna 'tanpa nama':

1. Sembunyi identiti. Tak nak orang kenal dia dan tahu siapa dia. Macam saye ni tak boleh nak sorok la. Siap tempat kerja pun ada cerita kat blog ni.

Lagipun memang selamat guna 'tanpa nama' ni. Gadoh maki macam mana pun orang susah nak cari. Ade juge kawan yang kata penakut, sebab tak berani letak nama. Tapi ayat berapi kasi bakar hati, ayat tak puas hati, macam-macamlah.

Pemalu? mungkin juge antara sebabnye...

2. Malas daftar / log in email. Saya berbaik sangka. Betul, kadang bila tiba masa malas datang, benda yang mudah pun jadi susah nak buat.

Ape pun ini cuma persepsi saya di kala ini.
(* sedang melayan kerenah 'si abang' yang cuba tarik perhatian, sebab baru dapat adik)

4 ulasan:

Tedi {interpretZZ} berkata...

kadang2 malas nk login email. lagi2 kalau yg jenis kena tinggal alamat email tu.

Nick Nashram berkata...

kalo keluarkan isu yg panas, ramai la yg bernama anon ni akan muncul..kalo komen yg positif, boleh diterima..komen negatif mmg sakit hati..huhu

Nur Fauzi berkata...

tedi:
tang log in dengan tinggal email tu ade juge betolnye..bile malas menguasai...

nick:
kat blog ni isu mlm dgn scam la yang kasi panas. memang banyak komen yang tak puas hati ni.

Sharinginfoz berkata...

ada-ada aja alasan

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...