Isnin, 1 Julai 2013

Status Sijil Simpanan Premium (SSP) di BSN

Siapa yang ada Sijil Simpanan Premium (SSP)?

contoh

Saya tak ada. Tapi dulu emak saya ada beli SSP di BSN tu. Cuma pernah dapat hadiah saguhati sekali - tambahan unit SSP bernilai RM100. Itu saja.

Terfikir pasal perkara ni sebab ada kawan lama yang bertanya pasal SSP ni samada halal atau tidak? Patuh syariah atau tidak?

Kepada mereka yang ada SSP tak kira banyak atau sedikit, jangan risau. Statusnya adalah harus. Boleh rujuk fatwa.

SSP ini memang pernah ada isu satu ketika dahulu. Kami pun pernah juga bincang-bincang berkenaan isu SSP ni dalam subjek Sistem Perbankan Islam.

Antara keraguan yang ditimbulkan adalah unsur judi. Hadiah yang ditawarkan dahsyat juga. Tak terkecuai juga isu akad muamalat yang tak jelas dan juga pelaburan dana SSP ke tempat yang tidak patuh syariah dan tiada pemantauan penasihat syariah.

Namun kesemua perkara itu telah berjaya dibaiki oleh BSN dan setakat ini semua aspek melepasi piawaian patuh syariah yang ditetapkan.

Walaubagaimanapun saya tak menggalakkan buat simpanan di SSP. Sebab pulangan pelaburannya kecil. Kalau pening sangat tak tahu nak simpan dimana, simpan saja di Tabung Haji. Pulangan tahunan pun boleh tahan juga.

** anak-anak dah ada buku Tabung Haji. Dalam proses nak daftarkan Takaful..

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...