Jumaat, 28 Jun 2013

Pusat Tahfiz Amal - Kelentong? Tipu?

Pernah dengar pasal budak sekolah tahfiz kutip derma? Mesti ramai yang pernah jumpa kan.

Saya sendiri secara peribadi pernah jumpa. Tapi disebabkan saya jenis tak banyak cakap, kebetulan nak cepat, jadi tak sempat nak cuba selidik dan bersoal jawab dengan meraka.

Saya jumpa keterangan lanjut pasal benda ni di blog Mazidul dan di Blog Sensasi.

Er...Walaupun saya tak berapa suka Mazidul, tapi apa yang didedahkan berkenaan pusat tahfiz ni ada kebenarannya.

Ibu saye pun pernah derma dan dapat produk ni.

Benda ni dah lama pun sebenarnya. Dah kaya raya pun dalangnye.

Tapi yang lebih mendukacitakan, dalangnye itu lepas bebas, tak ditangkap, tak ada pun didakwa. Langsung tak ada tindakan walaupun dah ramai orang yang buat laporan berkenaan hal seperti ini.

Bukan apa. Kasihan. Budaknye tak belajar. Kerjanya kutip derma saje. Macam mana masa depan budak-budak macam tu kalau tak ada pelajaran.

Tak kisahlah pihak berkuasa mana pun, harap dapatlah ambik tindakan. Budak-budak jadi mangsa, yang senang lenangnye orang lain.

Anda pernah kena?

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...