Selasa, 9 Julai 2013

' Dah seminggu kita kapel '

Tiba-tiba terjumpa dan kecoh pasal video dengan tajuk tersebut.

Saya tak muat naik di sini, kalau nak tengok tanye encik google dan pakcik youtube.

Rasanya ramai juge blogger yang dah tengok.

Respon saya

Geli.
Ya, rasa geli sebab aksi yang gedik yang tak patut dibuat, apa lagi nak disebarkan kepada umum. Harap mereka yang ada rakaman tersebut dan share pada orang lain memadamkan video tersebut.

Aib.
Memang mengaibkan. Bukan setakat diri empunya badan, turut terlibat sama keluarganya. Rasenye memang dalam keadaan tertekanlah sekarang ni.
Blog tuan punye badan juge kosong. Segala tulisan telah dipadamkan.

Kelakar.
Saya spontan ketawa. Walaupun sedang sakit perut. Maka bertambahlah sakit perut saye ketika itu. Memang rasa kelakar bila tengok aksi begitu.

Sedih.
Sedih dengan keadaan remaja dan anak muda sekarang. Apa yang diperlihatkan adalah hasil / natijah daripada gabungan beberapa (banyak?) masalah disebaliknya.

'Tip of an iceberg'. Bahagian ais yang timbul itu hasil daripada sokongan bahagian ais yang jauh lebih besar tenggelam dibawahnya.

Jadi sebagai manusia, apa yang kita lahirkan, paparkan adalah mencerminkan dalaman diri kita. Sebab itu bila ada masalah, tak boleh 'bantai' dan marah saja pelaku masalah tersebut. Kena risik dan kaji 'ais yang tenggelam dan tak nampak' itu.

Juge sedih lihat komen yang mengutuk tak ingat dunia. Memang benar perbuatan adik itu salah, tapi  sekadar mengutuk dan marah saje tak mengubah apa-apa. Malahmakin memburukkan keadaan. Menunjukkan masyarakat kita hari ini gemar menghukum, terutama pada yang zahir. Tapi bantuan kurang dihulur, usul periksanya tiada. Hanya terus hentam puaskan hati.

Hebatnya cabaran remaja dan anak muda hari ini. Hebat juga cabaran jadi ibu dan ayah hari ini.

Hebatnya cabaran menunggu kita hari ini.

* dah tengok video tu? respon anda?

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...