Isnin, 4 Mac 2013

Untung cuma sedikit, tapi..

Saya ada kongsikan sedikit resepi bubur nasi dan juga jeli kelapa.


Resepi itu berjaya diperolehi pada bulan puasa yang lepas, memandangkan 'posting' cikgu yang lambat. Jadi tak tahu nak buat apa, cuba-cubalah berniaga.

Tahun ini pun tak disangka ada koperasi sekolah (sekolah Arab) yang minta hantar jeli kelapa dan bubur. Alhamdulillah rezeki. Tapi taklah banyak pun. Jeli kelapa purata 10 cawan, bubur 8 bekas sehari.

Ada juga yang kata:

" Untung ke jual singgit satu? Murah sangat "

" rugi la macam tu "

" duit bekas dah berapa? gula lagi, duit gas, kelapa, beras, daun sup, bilis dll..."

Iye, memang kalau fikir nak untung saje, murah sangat harga yang dijual tu.

Tapi memikirkan sasaran jualan adalah budak-budak sekolah.

Saya terfikir berapa duit belanja yang budak bawa ke sekolah. Lebih-lebih lagi sekitar kawasan Parit Sulong ni, kawasan kampung banyak. Ibu bapa ramai yang jadi petani, kerja kebun saje. Pendapatan pun tak tetap.

Bila pendapatan tak menentu ni, kita faham-faham saje lah...Duit yuran, duit buku anak pun ada yang sangkut. Yuran asrama pun ade yang bertangguh. Jadi dengan majoriti keadaan kewangan keluarga murid begitu, takkanlah kita nak jual mahal-mahal kan?

Kalau bawa RM2, RM1 boleh beli bubur. Baki boleh beli benda lain.

Lagipun, bukannya tak ada untung jual murah. Ada, cuma sedikit.

Jual murah, kita dapat untung sikit, koperasi pun dapat untung sikit, budak pun dapat beli sebab tak mahal. Tapi berterusan. Sama-sama dapat untung.

Lebih baik daripada untung banyak, tapi sekejap saje. Sebab tak ramai yang boleh beli.

Berapa dapat untung?

Adelah sedikit. Cukuplah nak menggerakkan proton Persona ni lebih kurang 650km hehe.

4 ulasan:

Hans berkata...

insyaallah
untung sedikit tapi berkat
:)

Nur Fauzi Bassar berkata...

insyaAllah..moga-moga ada terselit pahala

Hartini . Badri berkata...

insyaAllah, niat baik Allah akan tolong

APAN berkata...

mmg pyh nak jumpe makanan ringan yg harge singgit skang...
org bisnes kecik blh buat untung mcm ni, xkan yg modal lg besar tu takut2 lg nak buat...
berapa la belanja sekolah anak aku nanti...

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...