Ahad, 17 Februari 2013

Resepi Jeli Kelapa

Lama bercuti blogging. Cuti sekolah memang bercuti sakan.

Kali ni nak kongsi resepi jeli kelapa. Pernah makan jeli kelapa?

Jeli kelapa ni nak buat tak susah sangat. Nak senang, beli saje serbuk jeli kelapa (keluaran happy grass kot) dan ikut arahannye. Mesti jadi punya.

Yang saya nak kongsi kali ni adalah cara buat guna agar-agar, yang jaring-jaring macam sarang burung tu. Saya berani nak kongsi sebab dah menjadi, dan buat jual juge. Hantar ke warung dengan koperasi sekolah. Dapatlah juga tambah duit minyak kereta.

Bahan yang diperlukan:
-Agar-agar ( lebih kurang 25 gram) Kalau beli timbang dapat dalam RM2 saje.
-Air kelapa + air (+-5 liter) nak sedap lebihkan lagi bahagian air kelapa. Biasanya saya guna 4-5 biji kelapa. Kalau nak guna 2 biji pun boleh, cuma rasanya kurang 'ummpphhh!' (saya guna 1.5 liter air kelapa)
-Isi kelapa. Dapatkan isi yang lembut, jangan isi kelapa tua yang keras.
-Gula 500 gram. Tambah gula lagi kalau nak manis.
-Daun pandan. Bagi bau jeli sedap.



Cara buat.

Rendam agar-agar dalam air dan rebus hingga agar-agar larut.


Bila sudah larut, masukkan daun pandan, air kelapa, isi kelapa dan gula. Kacau sebati hingga gula larut.
Kalau isi kelapa keras (tua), rebuskan awal bersama agar-agar tadi. (boleh tambah aroma, bau dan rasa kelapa)

Kalau tak ada daun pandan pun boleh. Cuma baunye kurang wangi, barangkali rase pun ade lain sikit. Tapi tak adalah sampai rasa kelapa tukar jadi rasa kopi ye..

Biasanya malas nak timbang gula ni. Jadi saya sukat dengan satu mug penuh ni dan tambah satu senduk (atau 2 senduk) lagi gula. Bergantung pada kemanisan yang dihajati. Ade orang tak suke manis, jadi jimat la gule..


Bila dah larut gula, seeloknya ambil sedikit dan letak dalam piring dan sejukkan. Tengok kalau menepati tekstur yang dihajati. Kalau jelinya keras kejong macam lengkong, kena tambah air lagi jawabnya. Kalau terlalu lembik, kenalah tambah agar-agar lagi sikit.


Biasanya saya dapat lebih kurang 32-33 cawan jeli kelapa. Boleh jual dengan harga RM1 satu cawan.

Cuma kalau guna agar-agar ni, tekstur jeli kelapa ni tak lah sama dengan jeli yang guna serbuk tu. Kalau guna serbuk, teksturnya lagi kenyal-kenyal dan sedap. Tapi mahal sikitlah kos nak beli serbuk tu. Sebungkus dalam RM4.60 - RM5.00 dapat hasilkan lebih kurang 30 cawan.

Taklah susah mana pun. Cuma leceh nak isi dalam bekas kecik-kecik. Biasalah tangan kena lekit-lekit ni. 

Tak nak cuba buat?

* terkini... paket agar-agar jaring yang 18 gram, campur dengan lebih kurang 4 - 4.5 liter air (air + air kelapa). Dapatlah dalam 30 cawan.

7 ulasan:

siti berkata...

kak, sya guna agr2 yg 24g & 4 liter air + air kelapa..tp knp cuma dpt 25 bekas je? bole tlg tak:-)
akk blas je kat sni..tq2

Nur Fauzi Bassar berkata...

terima kasih komen.

sikit pembetulan, saye lelaki tulen hehe.

dapat berapa bekas tu kena tengok besar mane cawannye..

lagi satu isi kelapa pun mainkan peranan jugak.

saya tak ingat pulak saiz bekas tu. cume hargenye sekitar rm11-rm14 untuk 100 cawan bergantung pada kedai yang jual.

Tanpa Nama berkata...

anak2 saya sukan makan jeli kelapa ni, tak tahan poket. Terima kasih atas sumbangan sedara, saya akan cuba, mudahahn jadi. Dan yang penting poket tak kering lagi. Terima kasih saudara

Nur Fauzi Bassar berkata...

berkenaan air tu kena cube-cube la.

saya dah tukar sukatan air dari 4 liter ke 5 liter.

senang kata, kalau tekstur jelly terlalu keras kejong, kena cairkan semula dan tambah air.

kalau terlalu lembik tak serupa jelly, kena tambah agar-agar (sikit2 la ye tambah. jangan letak banyak terus)

hairulhazan berkata...

Kak, saya minta share resipi.. Hahahaha..kak tu..

Nur Fauzi Bassar berkata...

Ustat hairul hazan, eden ni laki tulen tawww...

Tanpa Nama berkata...

Hehe terima kasih banyak2 saya akan mencubanya

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...