Macam mana saya boleh bertemu dengan aktiviti koperasi ni?
Sebab ada guru di sekolah saya yang tiba-tiba datang bertanya pada saya berkenaan koperasi ini. Beliau didatangi oleh bekas anak muridnya yang menawarkan peluang pelaburan dan keuntungan berlipat ganda melalui koperasi ini.
Namun saya mula sangsi bila diberitahu:
1. Yuran RM300 untuk 6 bulan.Kena 'renew' bila sudah lupt. Kalau tidak tak dapat manfaat sebagai ahli koperasi.
Kebiasaannya yuran koperasi taklah begitu mahal, dan tak perlu renew. Tapi kenapa koperasi ni kena renew keahlian pulak?
2. Keuntungan / dividen sebanyak RM900 untuk 6 bulan. Kalau bayar yuran untuk setahun RM600, dapat semula pulangan sebanyak RM1800.
Koperasi yang sah akan meletakkan syarat jumlah minimum pelaburan yang perlu dikeluarkan oleh ahli koperasi. Setiap ahli MESTI melabur pada koperasi. Mungkin RM500 atau lain-lain. Dividen pula bergantung kepada prestasi dana terkumpul yang dilaburkan itu. Kalau rugi, ahli tak dapat apa-apa. Kalau ada keuntungan, dividen akan diberikan mengikut jumlah sumbangan modal/pelaburan kita pada koperasi. Keuntungan TIDAK TETAP dan dividen hanya ditentukan pada kahir tahun kewangan.
Lagipun kalau dilihat cara pembahagian dividen oleh Kobesar itu, dah terjadi RIBA' yang terang jelas dan nyata adalah haram bagi umat Islam.
3. Keuntungan dapat secara giliran.
Ape ke halnye pulak keuntungan ahli koperasi dapat melalui giliran pulak? Dalam koperasi mana ada keuntungan diberi ikut giliran. Bila dividen diumumkan, semua ahli berhak dapat. Tak ada giliran punye.
Bila saya tanya berkenaan pendaftaran, borang koperasi, salinan borang, resit pembayaran, tak pula diberitahu. Bayaran yang dibuat pun tiada resit.
Jadi perkara itu sudah cukup menimbulkan keraguan. Saya dah tahu yang koperasi ini memang 'scam'. Cuma untuk lebih pasti lagi, saya buat aduan kepada beberapa pihak.
Saya telah membuat aduan secara 'online' pada SKMM dan SKM, juga mendapat respon dari BNM.
Akhirnya, saya dihubungi sendiri oleh staf dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) berkenaan aduan saya ini. Pihak SKM menasihatkan agar saya menjauhi aktiviti koperasi ini kerana Kobesar itu tidak mendaftar pun sebagai koperasi, jadi tiada nombor pendaftaran koperasi. Bila tiada pendaftaran, aktiviti mengutip deposit atas nama koperasi itu adalah satu kesalahan yang besar dan boleh didakwa.
Jadi kepada yang dah terlibat dengan perkara ini, saya nasihatkan tarik diri dan buat laporan polis. Kalau melihat kepada gambar dan aktiviti di Facebook koperasi itu, ramai juga yang terpedaya dan tak terkecuali sasarannya kakitangan awam. Mereka sedaya upaya menampakkan diri mereka sebagai satu entiti koperasi yang sah, walhal menjalankan aktiviti yang bertentangan dengan undang-undang.
Cuba lihat juga GloryAds.
Cuba lihat juga GloryAds.
Komen-komen yang mengkritik semuanya telah dipadam, termasuklah komen saya.
Daripada masuk skim yang entah apa-apa ni, baik cuba masuk pelan takaful.
p/s: Mujur cikgu sekolah ni tanya saya, kalau tak saya pun tak tahu pasal scam koperasi ni.
5 ulasan:
pernah nampak iklan kobesar ni dalam magazine yang edar free dari rumah ke rumah untuk negero sembilan ni.hmmm..time kasih
boleh ingatkan pade kawan-kawan yang lain. terang2 scam ni
sepatutnya result j-qaf pun keluar serentak ngan budak ipg sebab masa iv aritu sekali jugak
Hmmm....
rm1200 setahun, pulangan rm1800 , tkde la 1800 sgt, rm600 jer, itupun kalau dapat, itu pun kalau halal....
terang jelas dan nyata ada riba...
Catat Ulasan