Saya ada promosikan sedikit tentang hal takaful dan badal haji.
Jadi ada juga yang tanya " badal haji tu ape ustaz?"
Senang ceritanya badal haji ni adalah menggantikan orang lain untuk laksanakan haji disebabkan halangan penyakit, terlalu tua (uzur) atau pun sebab kematian.
Contohnya saya pergi ke mekah untuk kerjakan haji bagi pihak arwah ayah saya.
Ok boleh faham?
Lanjutan dari itu ada yang tanya, apa kaitan badal haji dengan takaful?
Boleh faham gambar tu?
Haji hukumnya wajib. Jadi kalau seseorang itu meninggal dunia tapi belum kerjakan haji, waris perlu melakukan badal haji bagi si mati. Tak kiralah pergi sendiri atau upah orang.
Tapi melalui pelan takaful HLM, waris tak perlu risau. Semuanya diuruskan oleh syarikat Takaful HLM. Upah badal haji itu akan diambil daripada jumlah pampasan yang akan diterima oleh waris.
Begitu juga dengan wakaf Quran dan Qurban. Jumlah perbelanjaan akan ditolak dari jumlah pampasan sepertimana dalam gambar di atas.
Ramai yang tak percaya dengan RM50 - RM60 sebulan dah boleh dapat manfaat tu. Tapi benda ini memang benar. Sebab saya sendiri dah 'sign' untuk diri saya.
Dengan bayar RM 60 saya dapat:
Manfaat RM40k (jika berlaku kematian / hilang upaya kekal)
Elaun hospital RM50 sehari (jika masuk wad)
Manfaat badal haji. (wakaf Quran dan Qurban belum ada masa tu)
Nilai simpanan.
Ini betul-betul, bukan cobaan.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan