Sabtu, 26 Januari 2013

Takaful: Merancang mati?

Pernah juga terdengar orang kata, ambik takaful ni macam nak 'padam' cepat je.

Tak kurang juga yang kata merancang untuk mati /kematian.

Saya tak kata benda itu salah! Memang ada juga kebenarannya. Dalam Islam, kita bukan saja dituntut untuk merancang kehidupan kita didunia, tapi merancang dan membawa bekal untuk kehidupan selepas mati yang lebih kekal. Benar atau tidak?

Jadi apa kaitan kehidupan selepas mati dengan takaful?

Bekal yang bperlu kita bawa ke alam 'baqa' nanti mestilah bekal amalan kebajikan. Tanpa bekalan amal kebajikan, amat rugi hidup kita di sana nanti.

Menyertai atau mengambil pelan takaful juga ada kaitan dengan kehidupan selepas mati nanti. Tak percaya? Kita lihat sedikit apa kaitannya. Memang ada kaitan dosa dan pahala.


Elak riba'
Menyertai pelan takaful membebaskan diri kita daripada cengkaman riba yang wujud dalam insurans konvensional. Malah tindakan ini juga menyokong dan mengembangkan lagi muamalat yang berlandaskan prinsip syariah.

Mengamalkan riba adalah salah satu dosa besar, seperti mengisytiharkan perang terhadap Allah. Nauzubillah...

Terlibat dengan riba' haram, walaupun untung. Terlibat dengan takaful halal. Untung dapat, pahala pun dapat.

Zakat
Dana takaful yang dikumpulkan akan dilaburkan, dan diniagakan. Bukan semata-mata disimpan. Jadi ada terlibat di situ zakat perniagaan. Setiap tahun operator takaful membayar jutaan RM sebagai zakat. Dana pelaburan itu datangnya juga dari kita. Jadi ada 'saham' pahalanya di situ.

Malah pembayaran zakat itu dapat mengembangkan lagi taraf hidup dan ekonomi umat Islam. Jadi bukan satu perkara main-main. 

Membantu
Menyertai pelan takaful membolehkan kita membantu orang lain secara tak sedar. Pecahan sumbangan kita dalam tabung tabarru' akan dikumpulkan bersama tabarru' dari peserta lain. Dana terkumpul itu yang akan diguna untuk membantu (dari segi kewangan) jika peserta lain menghadapi masalah / musibah.

Mungkin hal ini kelihatan biasa, namun percayalah sedikit sebanyak ada pahalanya.

Membantu waris
Mengambil pelan takaful bukan bermaksud kita memntingkan diri sendiri, tapi juga untuk memudahkan orang keliling kita, terutamanya waris (ahli keluarga.
 
Pampasan yang diterima jika kita ditakdirka 'pergi' dahulu boleh digunakan untuk melangsaikan hutang-hutang yang kita tinggalkan (jika ada) dan selebihnya untuk difaraidkan.
 
Adalah lebih baik meninggalkan keluarga kita dengan keperluan yang cukup, daripada dalam keadaan yang meminta-minta. 

Jadi ada benarnya kalau orang kata ambil takaful ni merancang untuk mati. Bukankah mengingati mati ini boleh menjadikan kita insaf, sedar diri dan merasa lebih dekat dengan Allah?

** Jangan merendahkan mereka yang menjadi agen takaful. Kerana hakikatnya mereka mempromosikan sistem muamalat Islam untuk digunakan oleh orang ramai.

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...