Hari ini encik Fawwaz genap umur 2 tahun mengikut bulan masihi. Ibu ajak keluar pergi bandar Batu Pahat nak belikan hadih untuk Fawwaz. Mujur kerja cikgu, petang dah ada masa dengan keluarga. Mula-mula ke Carefour meronda-ronda dan makan.
Mujur nak naik 'stroller' lagi. " ibu tolak! " tak mahu kalau ayah yang tolak lama-lama.
Makan-makan isi perut dulu sebelum ronda cari hadiah. Balik sekolah belum sempat nak isi perut.
Sekarang dah pandai mintak makan sendiri. Tak mau orang suap.
Dapat hadiah keychain dari seorang kakak sementara tunggu ibu solat.
Merayau-rayau cari. Singgah sane takde, singgah situ takde. Pergi kedai tu tak bukak pulak..Akhirnye belok masuk Summit Batu Pahat.
Dapat hadiah keychain dari seorang kakak sementara tunggu ibu solat.
Merayau-rayau cari. Singgah sane takde, singgah situ takde. Pergi kedai tu tak bukak pulak..Akhirnye belok masuk Summit Batu Pahat.
Ringkas ceritanya setelah puas mencari inilah hasilnya. Hasil tangkapan berjaya diperoleh di Summit Batu Pahat. Terpakselah ayahnye ini pikul motor barunye itu pergi ke kereta. Mengahlah juga angkat. Kalau tak ada lif, lagi mengah nak pegang naik tangga.
Mujurlah dah pakai Persona. Muatlah nak sumbat masuk. Nak letak dalam boot kereta tak boleh sebab tinggi, tak boleh nak tutup. Lagi pun dah sumbat kerusi dengan 'stroller' dalam boot.
Dalam kereta dah tak senang duduk walaupun mata dah kuyu mengantuk. " Ibu, main motor. Ayah, main motor"
Sekejap-sekejap toleh belakang.
Motor aku! Aku punyaaaa!
Inilah hasilnya. Maghrib-maghrib nak main motor.
2 ulasan:
teringat zaman kecik2 dulu..kita kalo dapat mainan x ingat dah nak makan..orang lain sentuh pun tak bagi..haha
budak ni jenis cepat jemu..tak lame pun gile motornye ni.
Catat Ulasan