Ini satu komen panjang berjela dalam post Terapi Ion tipu.
__________________________________________
Salam tuan/puan..
Sebenarnya terapi ionik tidak menipu.. JANGANLA JADI INSAN YANG KUFUR ILMU YANG ALLAH BAGI.. memangla kalau tidak letakkan kaki warna keluar TETAPI ion2 negative tersebut tidak ke mana2 hanya ada di situ dan tidak disalurkan ke tubuh badan kita melalui pori-pori tapak kaki untuk meneutralkan keadaan dalaman badan kita yang terlalu banyak toksin..
Yang TERPENTING sekali ialah keadaan kesihatan customer yang datang berubat telah sembuh dAN tidak lagi bergantung pada ubat hospital... dok makan ubat ubat hospital, kesan jangka panjang ia akan kacau buah pinggang lak. Nasihat saya kalau ada mak ayah yang hadapi sakit urat, lenguh2, kebas2, gastrik pergi la berubat cara ni.. bnyk sgt dah toksin dlm badan. Tersangat bnyk manfaatnya perubatan cara terapi ionik ini dan dah menyembuhkan ramai orang. Saya ada ramai testomoni yang datang ke pusat terapi saya.. Wallahhualam.
Lagi satu sambungan dari cerita di atas - SY SUKA MENGGUNAKAN KONSEP INI, KALAU SAYA BATUK SAYA DAH GUNA UBAT CAP A, CAP B DAN CAP C TAPI BATUK SAYA MASIH TAK SEMBUH2. LAST2 SEKALI SAYA GUNA KICAP+PERAH LIMAU SEMBUH PULAK BATUK SAYA TU. Kenapa kita tak cakap ubat batuk dr farmasi/klinik/hospital tu menipu? sebab ia tak mampu nak sembuhkan batuk saya? sebab tu kalau cikpuan rasa benda ni tidak serasi dan tak percaya tak perlu la buat. Ada orang buat terapi dan pulih dengan cara macam ni, SO WHAT? Kau tak percaya,kau jangan buat.. bagi org yang ada masalah yg buat then kau bila dapat penyakit pergi je la dapatkan ubat hospital yg mana ubat2 tersebut jangka panjang akan kacau buah pinggang!!!! ORANG YANG TAK BUAT JA YANG DOK SEMBANG LELEBIH NI.. JANGANLA KUFUR ILMU YG ALLAH TAALA BAGI. SUBHANALLAH...IA MEMBANTU LEBIH RAMAI ORANG SIHAT TERUTAMANYA MAK AYAH KITA YANG DAH KURANG SIHAT DAN TAK MAMPU MEMBUAT AKTIVITI YG MENGELUARKAN PELUH. INI CARANYA KITA BUANG TOKSIN IAITU DENGAN BERTERAPI IONIK UTK MENSTABILKAN KEADAAN DALAM BADAN KITA.
SESUNGGUHNYA DLM BADAN KITA NI BANYAK ION2 POSITIF(SIFATNYA ASID) SEBAB TU BANYAK PENYAKIT. JADI ION2 NEGATIF (SIFATNYA ALKALI) DARI GARAM TU AKAN DIMASUKKAN KE DALAM BADAN KITA MELALUI PORI2 TAPAK KAKI.
CAKAP BANYAK TAK MAU, RASA SENDIRI PERBEZAAN SEBELUM DAN SELEPAS TERAPI SEKIRANYA ADA MASALAH KESIHATAN.. KALAU ADA MASALAH NAK TIDOR MALAM PUN BOLEH..KALAU ADA MASALAH KESIHATAN PERGILA BUAT SEBANYAK 6-12 KALI BERTURUT2 SAMAADA SETIAP HARI, SELANG SEHARI, 2HARI, 3 HARI. JANGAN SELANG 4,5,6,DAN 7 HARI KERANA TOKSIN AKAN TERKUMPUL BALIK DARI PEMAKANAN KITA. WALLAHUALAM.. SUDAH RAMAI YANG SEMBUH DARI PENYAKIT YANG TIMBUL DARI PEMAKANAN HARIAN KITA TU..TERIMA KASIH.
________________________________
Saya cuma terfikir juga tentang ayat garam masuk dalam kaki, dan juga tentang cara badan kita mengeluarkan toksid (sistem perkumuhan, termasuklah dengan cara berpeluh). Apekah kaitannye gastrik dengan terapi itu juge saye tidaklah tahu. Bagaimanelah asid yang sebabkan gastrik itu jadi toksid dan keluar melalui tapak kaki?
Tak lupa juga ayat 'kufur ilmu'. Tak faham juge apelah yang dimaksudkan dengan kufur ilmu itu.
Silap-silap nanti ade lagi yang muncul tepek komen lagi kat sini.
4 ulasan:
orang pertikaikan dari segi saintifik tapi dia bagi analogi macam tu je sebagai hujah lepas tu "kufur ilmu"??? apa tu???
kalau setakat guna analogi macam tu ramaila bole buat analogi sendiri. amik contoh mudah bila demam tak payah makan ubat tapi banyakkan rehat 3 hari lepas tu baik so kalau demam tak payah makan ubat itu betul dan siapa pertikaikan jadi kufur ilmu...eh apa yang dia maksudkan kufur ilmu tu?
Kawan pun tak tau ape die meroyan kufur ilmu tu..
Typical butthurt(s)...spin dogtor inthe making....pheww
Sbnr KUFUR ILMU tu dia tuju kat diri sendiri kot...basic logic sains pon tak reti...sian anak bangsa (anak-anak dia) ber-parentskan org yg tidak berilmu dan sombong bila nak diajar (stupid fool)
Letih la nengok scammers yang stupid fool, bersandarkan fakta drp ilmu Neverland.... Semoga tuan blog tak letih yer... (bro aidid dan kertas terbang mcm dah letih je)
saye cuma kongsikan sikit-sikit. mane yang boleh / sempat kita buat 'post'.
cuma yang tak setuju tu biaselah ayat-ayat tipikalnye itu.
Catat Ulasan