Isnin, 12 November 2012

MLM haram?

Melihat kepada statistik blog saya, setakat ini artikel MLM berkenaan Score A dan Dr Rozmey paling banyak dilihat.

Lantaran itu ada yang betanya adakah kesemua MLM itu adalah haram? Adakah MLM secara mutlak hukumnya haram?


Setakat ini tiada fatwa secara rasmi di Malaysia berkenaan semua MLM adalah haram. Saya juga berpendapat MLM bukanlah haram secara mutlak. Agak kejam juga jika saya menjatuhkan hukum sebegitu dengan ilmu yang sedikit ini.



Namun ini tidak bermaksud saya menyokong dan membenarkan MLM. Tidak bermaksud MLM itu semuanya harus, ok dan tiada masalah.

Sila teliti dan baca garis panduan MLM syariah JAKIM untuk maklumat lanjut. Jika MLM tersebut mengikut garis panduan tersebut, hukumnya adalah harus. Tapi bagaimana jika MLM tersebut tiadak mematuhi garispanduan yang ditetapkan? Contohnya tiada penasihat syariah. Adakah terus jatuh hukum haram?

Tidaklah jatuh terus haram, namun dengan ketiadaan pemantauan terutama dari segi pelan pemasaran, ia lebih mudah untuk menjadi haram.

Tiada masalah?

Ramai juga kenalan saya yang 'join' MLM dan buat jualan seperti biasa. Maksudnya daftar sebagai ahli, beli dengan harga agen dan jual kepada pengguna dengan harga runcit. Lagi banyak jualan, lebih banyak untung. Kemudian dapat sedikit komisyen jika jualannya bulan itu mencapai sasaran.

Lebih-lebih lagi jika produk itu memang berkualiti dan memberikan manfaat pada orang ramai.

Jualan biasa seperti itu tiada masalah.

Perkara yang menjadi masalah dalam MLM adalah pelan pemasarannya. Ya pelan pemasarannya yang dilihat cenderung menjadikannya jatuh hukum haram, terutamanya jika berlaku manipulasi seperti 'head hunting'.

Belum ambil kira lagi kebanyakan produk yang menjual dengan harga 'mark up' dan mahal (kebiasaannya untuk komisyen kepada 'upline). Wal hal produk yang hampir sama kualiti boleh didapati dengan harga yang lebih murah di pasaran.

Boleh buat carian komen MLM pada mereka yang lebih pakar seperti Dr Zaharuddin. Dalam laman web beliau, sudah panjang lebar dijelaskan. Bergantung kepada kita untuk baca dan cuba faham.

Sekali lagi, saya tidak menyatakan semua MLM adalah haram, namun tak bermakna saya menyokong sistem MLM.

Kalau ditanya pendapat peribadi, saya lebih cenderung untuk tidak menyertai MLM.



Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...