Khamis, 15 November 2012

Lagi cerita MLM : Hai-O lagi..

Saya bertemu lagi dengan cerita MLM Hai-O di sini.

Ringkas ceritanya, modus operandinya memang hampir sama seperti syarikat MLM lain yang buat head hunting.

Bagi yang peka dan baca garis panduan MLM syariah JAKIM, anda pasti tahu bahawa head hunting dalam MLM adalah HARAM sama sekali. Walaupun syarikat itu ada penasihat Syariah (seperti score A), tapi kalau buat head hunting, automatik hukumnya HARAM.

Kebiasannya mereka yang terjebak dalam benda sebegini adalah mereka yang masih lagi muda, atau tak tahu tentang perniagaan MLM. Jadi memang mudahlah geng-geng MLM nak 'auta' atau 'goreng' bagi yakin dan percaya.

Lebih-lebih lagi bila kita seorang, dihimpit sekumpulan geng MLM. Yang tak kuat mental, memang mudah terpengaruh.


Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...