Khamis, 15 November 2012

" Wei, ASB kan HARAM! "

Semalam sempat jumpa kawan lama seorang kaunselor sekolah. Bila jumpa sembang-sembang, satu jam rasa macam 10 minit.

Dalam sembang-sembang sempat juga ditanya.

" Poji, ASB ni memang haram ke? Ustat kat sekolah aku cakap jangan ambik.Haram die kata "

Rasanya memang ramai yang masih ragu-ragu tentang status ASB ini. Asaya ada beri sedikit komen tentang ASB di blog ini. Boleh cuba lihat bahagian kewangan.

Memang saya tidak sokong status ASB adalah halal kerana saya berpegang pada Fatwa Selangor dan juga keputusan Suruhanjaya Sekuriti.



Namun, saya juga tidak melarang mereka yang menggunakan fatwa kebangsaan yang manyatakan harus.

Memandangkan sudah ada dua pendapat, silakan pilih mana yang anda yakin. Dua-dua ada pendapat dan juga hujjah masing-masing. Bukan main hentam sebarang saja.

Jadi saya menyarankan bagi mereka yang tidak setuju dengan ASB, jangan sewenang-wenangnya mengharamkannya untuk orang lain. Seeloknya nyatakan juga pendapat yan mengatakan harus itu, beserta hujjan mengapa dikatakan harus.

Anda tak suka ASB, jangan ambil. Tapi jangan terlalu 'rigid' sampai mengharamkan untuk orang lain. Perkara ini adalah perkara furu' (cabang).

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...