Khamis, 15 November 2012

Ambil pengajaran peristiwa hijrah untuk kurus?

Pada peristiwa hijrah, banyak perkara yang boleh diambil iktibar.

Ada juga yang bertanya:
" nak kurus  boleh ambil pengajaran dari peristiwa hijrah?"

Saya kata: boleh juga kalau kita teliti ...(walaupun saya ni tak kurus haha)

Peristiwa hijrah dan kurus?

Sebelum hijrah.
Sebelum peristiwa hijrah, umat Islam dalam keadaan yang tertekan. Mereka ditekan, dicemuh dari segenap segi. Malah ada juga yang syahid dibunuh. Dakwah tidak dapat dilakukan secara luas kerana penentangan yang hebat dari penduduk Makkah sendiri.

Sebelum kurus (obes)
Ada yang kurang keyakinan diri. Tak kurang juga, terdedah pada risiko penyakit yang berbahaya. Ada yang sampai tertekan dan kurang keyakinan diri. Pergerakan juga terbatas, tak cergas seperti orang lain.



Proses hijrah
Proses melakukan hijrah ini amat perit. Ramai yang berhijrah meninggalkan semua harta yang mereka sayangi. Tinggalkan keluarga, tanah tumpah darah yang mereka sayangi. Berhijrah berberatus kilometer dalam keadaan panas terik yang membakar. Dalam masa yang sama, masih menerima ancaman bunuh jika berhijrah. Rasulullah s.a.w sendiri melalui proses hijrah yang perit, ada rancangan untuk membunuhnya, terpaksa menggunakan jalan yang lebih jauh dari biasa untuk mengelirukan musuh. Pendek kata prosesnya memerlukan pengorbanan dan perit.

Proses nak kurus
Nak kurus perlukan pengorbanan. Makan kena kawal. Itu tak boleh, ini tak boleh. Nafsu kena tahan. Makan setakat yang perlu, bukan melantak apa yang mahu. Bila dikawal, memang perut kena berlapar, tak seperti biasa. Senaman pun kena buat. Letih tak terkata. Berjurai peluh bersenam, berlari setiap hari. Pendek kata proses untuk kurus ini juga menuntut pengorbanan, dan juga perit!

Pasca hijrah
Selepas hijrah, Rasulullah tidak hidup bersenang-senang goyang kaki. Bukan berehat saja di rumah. Tapi dakwah makin giat disebarkan. Hijrah bukan bererti senang lenang dan duduk rehat. Jika selepas hijrah, Rasulullah dan sahabat hanya duduk berehat dan bersenang-senang, pasti kerehatan dan kebebasan itu tak kekal lama kerana kaum musyrikin tidak duduk diam sahaja melihat umat Islam bebas sebegitu.

Sudah kurus
Bukan bermaksud boleh hentam makan ikut suka. Masih kena jaga, tapi tak seteruk seperti proses untuk kurus. Senaman perlu diteruskan juga. Sudah kurus bukan bermaksud boleh bersenang lenang makan ikut suka dan memalaskan diri buat senaman. Kalau dibuat begitu, alamatnya memang 'membelon' kembali perut. (pengalaman diri sendiri)

Jadikan peristiwa hijrah sebagai motivasi bagi mereka yang mahu kurus!
Kurus belum tentu lagi sihat. Tapi kalau gemuk, memang tak sihat, terdedah risiko penyakit lain. Teringat pesan Ustaz Hasrizal berkenaan ramai ustaz dan pendakwah yang obes..

* ini juga nasihat untuk diri sendiri hehe.

2 ulasan:

Orked berkata...

betoL! duLu Sya gemok! ps2 kurus kejap.memang susah La nk kurus kan..
tp biLe da kurus, Lupe nak jage makan..skang naek bLk.uwaaaaa =(

Nur Fauzi berkata...

sebetulnya, memang gaya hidup kita mempengaruhi berat badan..

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...