Sengaja sertai segmen blog cik Zura kali ini.
Tajuk asalnya adalah Kenapa Raya Tahun Nie Aku Happy?. Saya murnikan sikit, melayukan perkataan Happy itu dengan gembira. hehe. Jangan marah ye tuan punya segmen.
Sebab duit raya? Mana orang nak bagi duit raya pada bapak budak yang dah tue bangke sebegini..
Raya tahun ini saya gembira (walaupun tak kerja...serius menganggur) kerana:
1. Habis Diploma Pendidikan di IPGM KTI...Tamat sudah perit jerih buat follio, tugasan, praktikum dan macam-macam lagi.
2. Anak dah besar. Dah setahun setengah raya ni. Dah petah mulut panggil orang, ajak berbual. Dah boleh panggil "Ayah!". Tak kurang juga kelincahannya buat orang pening kepala sampai letih terjelir lidah nak melayannye.
Hidup seperti kebanyakan makhluk Allah yang lain. Kita semua sama, melainkan amal dan taqwa.
Rabu, 15 Ogos 2012
Segmen: Kenapa Raya Tahun Nie Aku Gembira?
Selamba tak puasa minum depan orang..
3. Kebolehan memasak diakui oleh sedara sebelah mertua. Ini dibuktikan dengan menjalankan perniagaan gerai kecik depan rumah sepanjang bulan Ramadhan kali ini. Antara menu yang menjadi laris dan sedap dimakan adalah Jeli Kelapa, Roti Jala Gulung Sayur dan tak ketinggalan juga rendang ayam.
Lelaki pun boleh pandai duduk dapur apa..
Tak ketinggalan juga, dapat belajar skill belah kelapa. Walaupun sekarang kalau tetak kelapa masih senget lagi. Tapi lebih eloklah dari sebelum ni...
4. Isteri belikan baju raya sama warna dengan anak. Anak nampak segak, bapaknye pula kacak....
Kalau nak tulis semua sebab, boleh buat novel bersiri macam Harry Potter gamaknye..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 ulasan:
wah
pandai masak ek?
buka bisness masak la
eh..ni masak untuk besarkan perut sendiri dengan keluarga aje..
masak nak jual kecik2 dgn sikit2 tu boleh le.
selamat hari raya...
terima kasih sudi join..
suke yg nbor 2 tue...mesti bestkan bile tgk anak membesar..semoga dpt keje cepat..nti belikan anak ngan isteri bj raya plak thn depan..hehhe
malay male : selamat dino bodo
zura: terime kaseh datang jenguk. masa ni anak tengah aktif tak menentu. letih melayan.
Catat Ulasan