Khamis, 16 Ogos 2012

Jenama John Master

Hari Raya tahun ini disambut dengan sederhana sahaja.

Iyelah..Dengan keadaan tak bergaji, menunggu surat penempatan yang entah bila nak kunjung tiba..(nasib KPLI). Dengar-dengar tahun 2013 baru masuk bertugas. Lepas tu tunggu lagi 3 bulan nak dapat gaji..Seronok kan?

Sekali tengok blog, ada pulak singgah iklan John Master.. Jenama yang diminati oleh ramai lelaki termasuklah diri ini.


Kalau sebut teringin, memanglah teringin juga nak beli. Cikgu mesti pakai smart pergi sekolah. Barulah kacak hehe.
Tapi dek kerana harganya yang melambung-lambung, setakat tengok sajelah..

Teringat 13 tahun lalu (lame betul...). Itulah kali pertama dan terakhir beli sehelai seluar slack John Master. Setelah potongan harga 50%, dapatlah harga RM70. Bagi seorang pelajar tingkatan 4 ketika itu, RM 70 sangat banyak.

Tapi memanglah puas hati pakai. Selesa dan tahan. Sekarang ni memang dah musnahlah seluarnya. Kalau ada lagi pun memang dah tak muat nak sarung.

Ape pun, takdelah rasa kempunan sangat nak pakai John Master.

Bersyukur dengan apa yang ada. Itu lebih baik daripada terlalu fokus mengejar apa yang kita tak ada.

Lagipun, pakai baju mahal-mahal pun, kalau tak solat, kene bakor juge akhirnye...

2 ulasan:

APAN berkata...

form 4 pun da pakai john master...mesti ramai awek pandang time tuh. hehe...

selamat hari raya bro...mintak maap salah silap sepanjang perkenalan

Nur Fauzi berkata...

mase sekolah, saye budak baik.

lagi pun keras kayu. tak reti bahasa bunga-bunga nak mengorat.

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...