Jumaat, 17 Ogos 2012

#SaveJejai : Bantuan anda sangat dihargai

Siapa jejai ni?

Saya tak pernah kenal dia. Saya tak pernah pun jumpa dia. Jauh sekali kenal rapat dan berbual-bual.

Saya dapat tahu tentang blogger otai ini pun dari eyriqazz dan sharinginfoz serta matjoe.



Tidak seperti eyriqazz, sharinginfoz dan matjoe, tak banyak yang dapat saya ceritakan tentang Jejai ini.

Apa yang saya tahu, Jejai telah disahkan menghidap kanser paru-paru tahap 4. Ya, tahap 4 yang sudah kritikal.

Sedikit sebanyak bercakap tentang kanser, saya dapat memahami sedikit perasaan anak-anak serta ahli keluarganya yang lain. Sebab saya sendiri mempunyai ibu yang sudah menjalani pembedahan kanser payudara serta rawatan kimoterapi.



Saya sendiri yang menghantar ibu saya menjalani pembedahan, menjalani rawatan kimoterapi dan juga radioterapi.

Jadi kalau nak blogger eyriqazz sebut tentang bisa rawatan kimoterapi, memang dapat saya bayangkan. Ibu saya dulu baru tahap dua, kena kimoterapi sudah macam separuh mati. Inikan pula Jejai yang sudah tahap 4. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Perit dan pedih sebenarnya, hanya mereka yang menghadapinya yang tahu.

Ini juga apa yang saya rasa dulu

Kos rawatan? Tak usahlah nak cerita. Makan beribu-ribu RM. Kalau masuk kos perjalanan dan lain-lain, memang banyak.

Jadi kepada mereka yang membaca dan prihatin, harap dapat memberikan sedikit sumbangan kepada abang Jejai bagi meringankan beban yang ditanggungnya

Maybank Acc Je Jai : 164351079691 (Azhar Bin Ramli)

Maybank Acc  Acc No : 164089741562 (wife Je JAI ,Mazliana Othman )



Berapa nak bagi? Ikutlah berapa kemampuan kita. Walau RM1 atau 10 sen sekalipun, tapi kalau ikhlas, ia tetap bernilai dan mendapat ganjaran besar dari Allah.

Apa yang kita beri, akan sampai pada kita semula. Cuma mungkin dalam bentuk yang lain..

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...