Sabtu, 18 Ogos 2012

Muhasabah Pasca Ramadhan


Ramadhan satu nasib tak serupa

Peluangnya sama natijah berbeza
Ramadhan mereka gemilang cemerlang
Ramadhan kami malam terbuang

Muslim berdosa di akhir zaman

Mereka gembira kerana kedatanganmu
Kami gembira dengan pemergianmu

Malam mereka meriah disimbah Nur al-Quran

Tapi malam kami muram bertemu dengkur
Mereka berlumba mengejar makrufat
Tapi kami lesu diburu nafsu

Hati mereka bercahaya digilap takwa

Jiwa kami gelap didera dosa

Takbir mereka takbir kemenangan

Hadiah mujahadah sebulan ramadhan

Takbir kami lesu tak bermaya

Tanda kalah lemah tak berdaya
Puasa sekadar lapar dan dahaga


Bagaimana ya keadaan sebenar takbir kita?

2 ulasan:

Sharinginfoz berkata...

semoga kita dapat teruskan amalan yang mana kita buat masa bulan Ramadhan

ROJAK berkata...

mudah2an kita berpeluang jumpa lagi Ramadhan akan datang..

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...