Khamis, 17 Januari 2019

Peniaga 'bundle' perlu serah RM20K pada baitulmal?

Kecoh sekejap.
Ada la berita mana sebut seorang peniaga bundle jumpa durian runtuh rm20 ribu tunai dalam karung/guni barangan bundle yang dibeli.

Maka adalah pihak yang tanya respon mufti dan menyiarkan respon mufti tersebut. Tapi rata-rata ramai tak puas hati. Maka mufti pula jadi bahan kutuk?

Apa respon mufti tu?
Beliau menyatakan duit tersebut perlu diserahkan kepada baitulmal. Tak boleh dibelanjakan dan diaimpan.

Maka meroyan sesetengah manusia ni mengutuk pula mufti dan baitulmal.
Macamlah baitulmal kebulur sangat nak duit rm20k tu.

Hak Luqatah

Buat makluman semua apa yang disebut oleh mufti tersebut dah pun ada diulas fari sudut muamalat. Ia tertakluk bawah bahagian luqatah. Senang fahamnya harta yang dijumpai.

Tapi kan dia beli baju dalam guni guni tu. Duit tu pulak ada dalam guni tu. Jadi jadi milik dia lah. Kata seorang brader ni.

Baitulmal dengki la tu. Nak mohon bantuan leceh. Nak duit laju je. Kata abam konon nak kritik baitulmal.

Tak betul begitu.

Walau jumpa dalam kawasan kita, (dalam kes ni jumpa dalam guni dia) ia masih bukan milik dia. Itulah maksudnya luqatah. Dia jumpa dalam guni dia.

Ada terjumpa dalam tempat kita tak bererti jadi hak kita. Kalau duit tu tukar la jadi ganja, nak ambik? Mau ke tali gantung kantoi dengan polis. Milik kita ke ganja tu. Mesti tak mau kan..(lain la kalau kaki ganjaa...tiap-tiap hari highhh)

Barang itu adalah amanah. Perlu dipulangkan jika tahu pemiliknya. Kalau tak serah pada kerajaan (dalam kes ni baitulmal). Pandai-pandailah baitulmal urus harta tu.


Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...