Isnin, 21 Januari 2019

Myfreeview Digital TV

Hari ni dah ramai pengguna beralih gunakan myfreeview. Menonton televisyen menggunakan digital tv, bukan lagi analog.


Kebanyakan tv baru sekarang tak perlu beli lagi dekoder dvbt2 sebab dah 'build' in. Tapi bagi tv yang tiada, boleh beli dekoder tvbt2 di pasaran. Ada banyakk model boleh dipilih dalam pasaran.

Sesuai sangat bagi mereka yang tak mahu guna astro.

Ok ke siaran?

Bagi pengguna di kawasan lembah klang, biasanya tak bermasalah. Guna arial dalaman pun boleh dapat.

Tapi kalau di tempat lain tu elok guna arial yang tinggi pacak atas bumbung rumah. Biasa kalau tv kita guna signal biasa (analog) dah dapat banyak saluran, maka siaran digital tv pun tak ada masalah. 

Cara pasang pun tak rumit. Boleh buat sendiri. Cuma kalau rumah tak ada sambungan arial luar tu, kena bikin sendiri tu (upah orang buat). 
 
Carian manual

Ada banyak video, perbincangan pasal cara pasang boleh didapati di internet. Biasanya carian saluran dibuat automatik.
Tapi kalau tak dapat, boleh cuba usaha buat manual. 

Macam di tempat saya ni bila autosearch siaran memang dapat. Tapi terpitus dan banyak sangkut. Jadi lepas kita buat carian manual barulah dapat dan siaran lancar.

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...