Sedikit catatan ringkas pergi ke Cameron Hinghland.
Percutian kami sekeluarga 4 beranak ni kira macam versi bajet juga. Taklah mewah pun. Tapi ini kali pertama pergi & bermalam di sana. Sebelum ni pergi dengan rombongan & balik hari saje.
Kenderaan.
Kereta proton persona. Alhamdulillah selesa dan selamat sampai. Ikut jalan Tapah. Tentunya jalan macam ular kena palu & curam. Kena hati-hati sebab jalan sempit. Jangan memecut. Masuk gaung kau kalau terbabas.
Penginapan.
Kami duduk 3 malam di Jasmine hotel (Brinchang). Nak ke tanah rata pun tak jauh sangat. Harga? Tempah online guna agoda. 3 malam dalam rm580 gitu untuk bilik ada 2 katil queen. Selesa untuk 4 orang tidur.
Sederet hotel budget ni ada banyak hotel lain.
Kemudahan.
Penginapan dekat dengan Balai Polis, Balai Bomba & Masjid. Kedai? Ada supermarket Jimat. Jadi senang nak beli air ke, snack ke.
Kami beli air 3 in 1 & roti biasa untuk minum-minum kat bilik. Beli juge mee segera untuk backup bila lapar.
Klinik pun dekat. Kedai dobi layan diri ada. Turun hotel, kat ground floor hotel sebelah. Ada mesin tukar token. Sabun beli sendiri.
Kedai makan ada 2 restoran mamak, 1 restoran masakan thai (buka malam).
Seberang jalan hotel ada medan selera. Makan tengah hari ok la ada nasi & lauk. KFC pun dekat saje.
Semua ni nak pegi jalan kaki saje ye. Buang minyak je naik kereta.
Jadi bagi mereka yang tak pentingkan sangat tempat mewah, tempat ni kira strategik juge la dengan kemudahan sekeliling yang ada.
Tak ada aircond.
Ya hotel tak ada aircond. Kipas je. Untuk orang tak tahan sejuk macam kami memang ok dah. Itu pun dah gigil. Di rumah pun aircond pasang paling rendah suhu 25.
Cameron kurang sejuk?
Ya. Untuk kali ni rasa kurang dah sejuk. Kali pertama pergi dulu matahari terik. Waktu tengah hari. Tapi sejuk rasa sampai kena pakai jaket.
Kali ni pergi masih rasa sejuk tapi tak payah pakai jaket waktu tengah hari terik.
Tapi kalau hujan, waktu malam, masih sejukkk lagi.
Tempat menarik?
Ada banyak tempat menarik di Cameron ni.
Strawberi.
Kalau kebun/ladang strawberi bersepah ada. Boleh jumpa punya. Boleh petik sendiri. Kalau peminat strawberi memang sedap la kalau pegi Cameron Highland.
Sayur.
Sayur segar banyakk. Boleh beli di pasar malam. Pasar malam Golden Hill antara tempat yang seronok kita tuju.
Kea Farm pun antara tempat beli barang & sayur yang best. Banyak pilihan.
Kebun bunga.
Antara tempat yang best pergi adalah Rose Valley, Mardi, Taman Lavender, Taman Kaktus, Big Red Strawberi Farm, banyak lagilah.
Kebun Teh.
Tak sah pergi ke sana kalau tak pergi ladang teh. Ladang teh yang popular semestinya cameron valley & ladang teh Boh. Cameron Valley ni senang je. Dalam perjalanan naik ikut jalan Tapah memang akan jumpa. Ada cafe sekali untuk minum teh.
Kalau teh Boh saya sempat pergi ke Ladang Boh Sungai Palas. Dapat tengok ladang teh, ada bilik pameran dan tayangan video, cafe, kedai jualan dan kilang proses daun teh.
Jalan naik & balik.
Kalau ikut jalan Tapah, jalannya lebih curam, sempit sikit dan lebih tajam beloknye.
Kalau ikut Simpang Pulai jalannya masih belok-belok juga. Tapi tak curam dan sempit macam ikut Tapah.
Biasa kalau orang dari arah selatan akan naik ikut Tapah. Kalau ikut Simpang Pulai akan tambah masa dalam satu jam lagi.
Kalau dari utara, pantai timur akan lebih dekat naik ikut Simpang Pulai.
Kalau pergi sana, internet & gps gps sangat membantu. Senang nak cari maklumat & cari arah nak tuju.
Pernah pergi Cameron Highland?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan