Isnin, 12 Januari 2015

Arba Network Scam?

Ada yang tanya. Arba network haram ke? Scam ke? Jadi di bawah ni adalah pendapat saya.

Persoalan berkenaan ARBA network.
* maklumbalas berdasarkan maklumat dari web dan blog.

Kita beli produk RM50k dan dapat produk. 1/4 produk kita dapat. 3/4 lagi syarikat ambil dan tolong niagakan.
Tiap-tiap bulan dapat 3k hibah selama 2 tahun.

Cukup 2 tahun, modal dikembalikan (50k). Untung berganda-ganda. 50k + 72k (hibah 3k x 24bulan). Untung gila-gila kan? Kalau fikir duit memang untung. Tapi macam ada yang tak kena.
Dalam promosi kita tak perlu jual barang, tak perlu cari orang kembangkan rangkaian. Semua diurus oleh arba network.
Adakah semua ini ada ditulis dalam kontrak?


Pertama sekali nampak macam pelaburan, bukan macam jualan langsung. Padahal arba network bawah syarikat CWC yang ada lesen AJL. Syarikat jualan langsung tak beri pulangan tetap bulanan. Bonus bagi agen MLM bergantung pada prestasi jualan individu / berkumpulan mereka. JAdi setiap bulan tak sama jumlahnya.
Jadi macam mana boleh dapat statik pulangan tiap-tiap bulan?

Maklumat yang diterima, hibah bulanan diperolehi hasil jualan syarikat dan produk kita yang diniagakan/dijual oleh syarikat. Persoalannya, adakah hasil jualan setiap bulan sama? Realiti perniagaan hari ini dapat jual 10 unit, esok belum tentu dapat jumlah yang sama. Jadi bagaimana boleh statik jualan.

Terma hibah yang digunakan kurang sesuai. Hibah adalah harta yang asalnya bukan milik kita. Jadi milik kita kerana diberikan pada kita. Jadi adakah hasil jualan produk kita (yang syarikat tolong uruskan jualan) adalah hibah? Kalau produk itu milik kita dan dijual, hasil jualan itu bukan hibah. Memang milik kita! Cuma jualan diuruskan oleh pihak lain dan pihak tersebut boleh kenakan upah.

Jadi timbul tandatanya, baki 3/4 produk itu milik kita atau syarikat? Kalau milik syarikat boleh la kata hibah. Tapi masalahnya produk itu milik kita. Jadi terma hibah tak sesuai digunakan. Sebab benda ini semua ada implikasi undang-undang kalau bawa ke mahkamah. Itu pun kalau dijelaskan dan ditulis dalam kontrak. Ada kontrak bertulis?

Syarikat uruskan jualan produk kita yang baki 3/4 tu. Jadi nak tanya atas dasar akad apa syarikat jualkan itu? Wakalah? Atau perkongsian? Sekali lagi persoalan timbul, hasil jualan/ keuntungan boleh konsisten setiap bulan? Ada disebut tak dalam kontrak kita beri wakalah pada syarikat untuk uruskan produk kita. Ada kontrak bertulis?

Modal dikembalikan pula. Mengapa modal dikembalikan. Adakah sesuai terma modal digunakan? Walhal modal dah guna beli barang. Barang pun katanya dah diuruskan jualan dan terjual. Kenapa nak pulangkan modal lagi? Kalau modal dipulangkan, produk pun kena pulangkan.
Kalau guna istilah modal dipulangkan, macam pelaburan pula. Kita beli unit amanah atau saham, cukup masa atau bila kita nak tunaikan unit, kita akan dapat semua wang dalam akaun kita (modal+untung sekali).
Tapi transaksi di awal-awal tadi adalah beli produk. Macam mana boleh jadi pelaburan?

Kalau pelaburan, keuntungan/pulangan tak boleh dijamin. Jadi riba.
Produk? Produk nampak seperti helah dan tak menjadi keutamaan. Walhal dalam jualan langsung, produk itu yang diutamakan.

Kalau produk dibeli semata-mata nak beli pangkat dan tak diperlukan, dah salah mengikut garis panduan MLM Syariah yang JAKIM keluarkan.

Apa yang saya nampak, perlu ada penasihat syariah yang berkelayakan untuk semak pelan dan aktiviti untuk pengesahan halal dan patuh syariah. Bukan setakat dapat pengesahan daripada ustaz yang turut serta dalam program itu. Mentang-mentang ramai ustaz yang masuk, dah boleh kata halal? Tak semudah itu.

Ditakuti kumpulan ini berselindung disebalik syarikat MLM buat skim cepat kaya.
Saya tak ada sebarang kepentingan. Bukan dengki dan cemburu orang berniaga nak kaya. Kalau boleh biarlah kita kaya dengan cara yang halal dan diberkati.

Itu saja komen dari saya setakat ni. Kalau ada lagi akan ditambah dalam komen. Pada peserta skim ini yang baca, boleh jawab dengan fakta untuk huraikan kekusutan saya. Dan boleh panjangkan perkara ini pada bos.
* Kalau pelan ini ada panel syariah yang layak dan berkemahiran yang luluskan, saya sendiri nak masuk!

Kemaskini 13.01.15

Lupa nak sebut. Kalau penasihat kewangan berdaftar tengok pelan pun dah pelik. Pulangan setahun lebih 50%. Mak datuk.....kalah bisnes lain yang modal berbilion dan meniaga sampai luar negara.

Saham paling stabil tak ada bagi r.o.i lebih 30% dari modal. 30% pun dah banyak gila. Jadi 3k sebulan dengan modal 50k adalah terlalu gharib. Tak masuk akal.

Kalau kita yang biasa buat kertas projek bisnes, buat akaun kira 'costing' bagai, memang ucap 'babai' la tengok pelan meniaga macam ni. Too good to be true. Bau scam memang kuat.

Mungkin cakap-cakap cikgu biasa macam saye ni orang tak pakai. Orang pertikai kelulusan. Tak apalah. Tapi cuba rujuk mereka yang pakar dan mahir dalam perniagaan dan hukum muamalat. Benda begini tak perlu satu team syariah audit semak...sekali lalu tengok dah nampak ada bunga-bunga kelentong yang kuat.

Kawan sambung kat sini:
http://nurfauzibassar.blogspot.my/2015/04/arba-network-haram-gharar-riba-scam.html
Siap tepek perjanjiannye dengan resit sekali. Boleh tengok dan bace sendiri.

334 ulasan:

«Lebih lama   ‹Lebih lama   201 – 334 daripada 334
Tanpa Nama berkata...

Awk tau ke brp ahli da??nk kt setan mmg la kut

Tanpa Nama berkata...

Yg pukimak sekor ni anti kenapa..walaupun aku x masuk tp aku tau la skim tu ok...ko tu beruk x kenang dek malu....

Tanpa Nama berkata...

Mslhny akaun maybank dan konvensional cikgu punye tu dh penuh dengan riba..jgn nk tipu la..sbb perbankan islam br je wujud..dh luak duit maybank or bank lain cikgu makan riba bank..mgkin la fpt 20sen ke 30sen..tp tetp riba..ckhu bg makan anak bini..eee baik cikgu tutup la akaun tu..dan mati bertaubat..

Tanpa Nama berkata...

Email pun pakai gmail... Kaya apa camtu..?? Nampak sangat nak game orang.. Sikit2 office.. Xde modal lain.. Tunjuk kilang la.. Kata produk sendiri... Puihh

Tanpa Nama berkata...

klau masuk RM1000 setiap bulan akan dapat lebih kurang RM30 (TETAP)..bulan pertama terus dapat..sebagai manusia yang berfikir secara logik,saya tau ianya x logik langsung.

sape yang ada join tu silalah bagitau detail kat sini. nape susah sangat kalau ianya betul "syariah compliance" and HALAL...memang la CEO ARBA xbace blog ni..tapi sebagai umat ISLAM yang dah join ARBA tolong la tanyekan pada CEO ARBA tentang persoalan En.Nur Fauzi Bassar ni..

Mencari yang HALAL itu kan FARDHU..biar kita cukup2 mkn, yang penting daging kita terbina dari sumber2 yang halal. Tak dapat nak elakkan kesemua yang haram, cube minimizekan..Insyaallah, ALLAH akan membantu umatnya yang berusaha menghindari perkara yang HARAM.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum.

Ini pendapat saya sahaja. Sekarang kan dah ada GST. Setiap syarikat/perniagaan yang pembekalan bercukai (sales) melebihi RM500,000 wajib register. So please someone tolong la check kat mana2 Jabatan Kastam berapa threshold dia.

Berdasarkan andaian dh ramai join ARBA/CWC, takkan la setakat register rm500,000, mesti la dia register 5 juta ke atas. logik la kan.

kalau betul ARBA menipu, jabatan kastam boleh buat audit ke atas akaun, sama macam LHDN.

Nur Fauzi berkata...

track record skim cepat kaya lama-lama.
Ambil masa bertahun sebelum kena serbu.

Masih ada masa nak tarik diri sebelum terkena.

Jawablah dengan fakta, barulah nampak cerdik.
Maki dan serang peribadi, nampak benar dangkalnya.

Tanpa Nama berkata...

halal haram korang sebat, mmg la kaya.. tu belom kire menipu lg..

Tanpa Nama berkata...

aku teringat pesan para ulamak...seandainya kita ditakdirkan Allah memasuki syurgaNya, namun dlm tubuh kita terdapat daging hasil dari perkara yg haram, maka neraka lah dulu tempat kita sblm syurga.

nauzubillah...biarlah aku hanya penjual air tebu dgn peluh membasahi baju asalkan aku dpt beri anak2 isteri dgn rezeki yang halal dan jauh dari keraguan.

Hafiz M aka Jebat Jr berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Nur Fauzi berkata...

Apa yang saya nampak :

arba network jual agama nak tarik pelanggan.
guna nama sahabat nabi, tapi berniaga jauh sekali gaya sahabat nabi.
dah tak reti nak jawab fakta, alih ke isu lain dan serang peribadi.
analisis asas muamalat dah diberi tapi tak faham atau buat tak faham.
nak duduk senang duit masuk bulan-bulan. malas nak usaha keras.
jual nama jakim sebelum lantik penasihat syariah.
jakim dah nafikan dan beri kenyataan baru sibuk cari dan lantik penasihat syariah.
penasihat syariah yang dilantik belum habis semak, 'review', dah jual nama penasihat syariah pula.

selamat menimba ilmu.

Hafiz M aka Jebat Jr berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Hafiz M aka Jebat Jr berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Nur Fauzi berkata...

saya simpati.
sudah dibentangkan.
saya tak sebut pun arba gold.
baca dengan teliti.
saya dah tepek di post lain siap dengan perjanjian.
kritikan muamalat dah dilakukan pada perjanjian itu.
boleh luangkan masa kaji asas muamalat dan bandingkan dengan apa yang arba jalankan.
teliti konsep pemilikan dan asas-asas transaksi lain seperti hibah, wakalah, mudharabah.
cross check syarat jual beli dan konsep pemilikan.
cross check hibah dan konsep pemilikan melalui hibah.

Nak fakta, dah bagi. Jawablah balik dengan fakta.
Tak payah pusing cilok alasan benci MLM, dan lain-lain.

Jangan salah guna hadith nabi berkenaan niat.
Niat tak menghalalkan cara yang batil.

Baca dan semak.

Tanpa Nama berkata...

Arba ni start bila, berapa tahun dah?

Tanpa Nama berkata...

belum masa sembang ketat semua.

Tanpa Nama berkata...

lagi sedih tgk yg mempertahankan. dr hadap yg bawah, baik arba ni hadap najib untuk labur 2.6 billion..simple math la.

Tanpa Nama berkata...

nak menyalak, modal dah balik ke? modal dah balik and mmg dah untung 10-20k baru menyalak la. 1000 masuk 40 sebulan pun baru dpt 480

Tanpa Nama berkata...

dah balik modal siap untung seganda baru sembang. baru 6 bln bhai. ajak tabung haji melabur la kat arba. propose pd gov sekali.

Tanpa Nama berkata...

lebih baik jd islam bertopeng agama untuk raih keuntungan dan mebiarkan islam yg lain melingkup dgn alasan.xde rezeki. cliche la org mlm punye ayat.

Tanpa Nama berkata...

MLM adalah perniagaan yang sah di sisi undang2..
banyak yg sebub itu riba...itu gharar...tp hanya pndai sebut shj..tanpa menampilkan bukti2 kukuh spt dokumen2 yg boleh dipertikai...atau business plan..perniagaan MLM adalah berbeza dgn pelaburan (investment) spt tabung haji dan asb...krn MLM bukan skim investment...byk term2 investment dan MLM yg berbeza yg menyebabkan kita tgk asb contohnya hanya kelaurkan keuntungan pada paras 85 walhal sbenarn keuntungan itu boleh diberi shgga 12% tp demi menjaga risiko diparas selamat (saranan BNM) krn ekonomi ada naik trun maka kne limitkan pemberian bonus/keuntungan pd tahan yg selamat..berbeza dgn MLM yg tidak bersifat invest dan tggu pulangan..MLM akan sentiasa perlu bergerak ..kalo xbrgerak mcm mna nk gerakkan keuntungan..sbb tu perlukan pggerak yg dipggil KR (khalifah ringgit..
eloknya kiranya dirujuk kpd pelbagai pakar sblm membuat tulisan yg faktanya tergantung...Alhamdulillah sy dh join ARBA 2thn dgn modal sbnyk 80k..shgga kini sy berpuas hati...sy pon pelik..mcm mana org xjoin boleh komen itu ini..mcm komen kreta proton xbgus..tp test drive nya belum...

sekian,

Nukilan,
Rahman Ariff Sulaiman
Senior Investment Unit
Public Bank Berhad.

Nur Fauzi berkata...

saya simpati yang belajar pasal kewangan pun terjebak skim mengarut begini.
boleh cari post yang ade tepek perjanjian dan baca kritik berkenaan terma yang longgar dan banyak pertikaian.
saya komen dari segi muamalat Islam, jadi minta komen balas dan hujjah juga dari segi muamalat. fokus kepada asas teknikal berlakunya sesuatu akad dan konsep pemilikan harta. Benda ni asas saja, tapi kalau tak faham maksudnya memang kena mengaji kelas muamalat dari awal.

Semoga selamat dan sempat tarik diri sebelum tersontot.

* review penasihat syariah dah berbulan pasal plan dan perjanjian. Tak sudah-sudah lagi. JAKIM pun dah mula beri perhatian sebab mula-mula jual nama jakim nak halalkan plan ARBA.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah... syrkt CWC ni dah masuktahun ke7...
dan menjadi penaja untuk Program Pencetus Ummah musim ke3... yang akan bersiaran di astro
pada bula September ni... Nantikan sama2...

Tanpa Nama berkata...

Sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah lebih baik kita mengikut sunnah Rasulullah dalam menyiasat sesuatu perkara iaitu menyiasat sendiri kepada yang hak...ikutlah seperti peristiwa yang di alami oleh Nabi kita sendiri yang terjadi fitnah ke atas isterinya Aisyah R.A...sehingga Allah turunkan ayat di dalam Al-quran menerangkan Aisyah R.A difitnah..Adalah lebih baik jika tuan pergi kepada tuan punya program untuk mencari kesahihan sesuatu yang Tuan rasa tidak pasti dari kita terus berbalah sesama Muslim..Ingatlah...Rasulullah akan menangis jika dia masih hidup kerana tiada penyatuan sesama Muslim di akhir Zaman ini.Walhal kita la yang memerlukan syafaatnya di akhirat kelak..sudah2 la Tuan..pergilah menyiasat berdepan sendiri dengan Tuan Punya badan.Mari sama2 kita meletakkan sesuatu pada tempatnya..

Tanpa Nama berkata...

bukan dapat hibah selama 2 tahun !! 1 tahun je hibah tu..

Tanpa Nama berkata...

betul ke???????????

Tanpa Nama berkata...

Untuk makluman tuan yang berkata, company ni brmula dr tahun 2007. Sekian

Tanpa Nama berkata...

Boleh tuan fauzi bgtau, fatwa mna yg kata haram

Tanpa Nama berkata...

En. Fauzi ambk bidang syariah d mna?

Azliza berkata...

Kna ngaji terrr...banyak x tau plan asal syarikat.jangan sedap tulis je. Ambik no sy 012-6521365 nk bg jelas skit.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa nama 4 September 2015 8:47 PTG,

Nak siasat apa, co. dah bagi penerangan jelas tentang operasinya....SAH SKIM CEPAT KAYA!

Nur Fauzi berkata...

Saya simpati pada yang tak faham, tapi nak menyindir.
Harapnya dapat belajar sikit asas muamalat dan transaksi / akad / urusniaga yang dipraktikkan dalam sistem hari ini.
Tak lupa juga sedikit asas kepada ekonomi islam dan asas kepada kaedah fiqh.

Selamat membaca.

* review penasihat syariah dah berbulan tak sudah-sudah lagi.

Tanpa Nama berkata...

apa aku kisah dengan KPDNKK ka, Bank Negara ka , ... Di akhirat nanti JAWABLAH dari mana datangnya setiap sen keuntungan itu,..anda terima "HIBAH" anda patut tahu jawapanyan.. kalau tak tahu cari jawapan segera sebelum nyawa berpisah dari badan... menyesal di dunia tak pa.. menyesal di akhirat tiada gunanya...
HIBAH : Pemberian secara rela dan tanpa syarat, apabila anda mendeposit wang dah dikira bersyarat.
GHARAR : meragukan,was2
Unsur RIBA : Untung tetap.. mana ada bisnes untung tetap melainkan ada unsur riba

Tanpa Nama berkata...

"senior Investment Unit" = apekebende tuuu... tak wujud pun dalam unit trust public bank,.. nampak sangat penipu...

Ok, xpalah .. en. pun tahu bahawa unit trust adalah instrument pelaburan dimana wang pendeposit diuruskan oleh pengurus dana (PAKAR) yang dilaburkan kedalam saham-saham dalam negara dan luar negara. Saya pun pendeposit unit trust islamic yang aktif dan setiap bulan saya akan mendapat pamplet yang menerangkan penyata kira2 setiap sen DIULANGI .. setiap sen wang yang dilaburkan , samada keuntungan, kerugian, caj, fi pengurusan, cukai dsbgnya. Saya langsung tidak rasa gusar biarpun saya rugi sebab ada black & white penyata kira kira. Inilah namanya PELABURAN YANG TELUS. Dalam pelaburan MESTI ada risiko,.. untung sikit,.. untung banyak, rugi,.. balik modal... adalah perkara biasa dalam bisnes. Biar sikit ASALKAN hati AMAN, TENANG dan yang penting DIBERKATI.

Tanpa Nama berkata...

Tambahan info
Kopi pak belalang dan produk cwc lain.
Dikeluarkan oleh masslosh sdn bhd.
Sijil halal dikeluarkan kepada masslosh sdn bhd.
Masslosh sdn bhd mungkin syarikat milik india.
Sijil halal diapply oleh Loghindran A/L Chelliah.
Google keyword 'masslosh sdn. Bhd.', keluar 1 result linkedin. Nama sashi kumar chelliah. Pos : production mgr. Mungkin adik beradik.

Facebook masslosh sdn bhd ada dua. 1 page 1 profile.
Profile :
friend hampir semua india. Ada 1 friend berkaitan arba.
Page :
about - tak menunjukkan origin bumiputera. Ada gambar pekerja india

Masalosh pernah kluar produk da'me drink. Maybe x laku.

Kopi pak belalang bukan 100% produk bumiputera. Rebranding shj. Cwc hanya memasarkan (buat kotak, packaging, branding). Kilang bukan cwc punya tapi Masslosh punya. Mungkin owner india. Tapi sijil halal ada.

Arba : tolong jgn claim 100% bumiputera and ada kilang sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Biase la..MLM dalam setahun dua memangla nampak mcm konsisten incomenyer...pehtu ambik org2 baru bawah kita belum tentu org2 bawah kita tu akan balik modal...So bagi saya, hak korang la nak melabur kat skim2 mcm ni...tp jgn la dok promot dan tarik2 org lain join sekali...especially dgn cara mengkaburi dengan maklumat yang belum tentu sahih(nak tlg org melayu konon...), jgnler ahli2 ARBA ni dok tarik makcik pakcik ngan org2 kampung ataupun org2 yg terdesak nak kaya cepat join skim ni kalo korg ikhlas percaya kat skim ni. Memangla korg sempat balik modal, tp korg xleh make sure skim ni akan forever nye ok kan? Dengan tarik org lain masuk mmg la income korg akan lebih byk...tp mampuker nnt korg nak byr balik pada org2 bwh korg tu kalo skim ni tersontot satu hari nanti?

rosli berkata...

Ehh..takkan habis dh? Sronok juga mbaca banyak ulasan & perbincangan yg ilmiah bgini....

Tanpa Nama berkata...

dulu syarikat noradz pun mcm ni jugak. Siap buat stamping peguam lg. Hampir 6 tahun operasi. Last2 kena serbu. Aku dulu pun mcm korang yg pertahan arba ni jugak. Akhirnya menyesal....

Nur Fauzi berkata...

Sedang tunggu kenyataan dan pengesahan daripada penasihat syariah yang dilantik.

Saya tak hairan kalau plan CWC dapat pengesahan patuh syariah. Sebab plan asal kebanyakan syarikat MLM tak ada masalah bila penasihat syariah teliti. Hanya perlukan sedikit perubahan saja pada terma yang digunakan, itupun jika perlu.

Yang jadi masalah adalah plan arba network dan perjanjiannya itu. Itu yang ramai orang tunggu komen penasihat syariah berkenaan arba network.

Tanpa Nama berkata...

matalamt tidak menghalalkan cara. Yang haram tetap haram.

Unknown berkata...

Hahaha..
Hahaha..
Membaca jambatan ilmu..

Unknown berkata...

Hahaha
Hahaha
Membaca itu jambatan ilmu
Isunya patuh syariah

Tanpa Nama berkata...

Spt mlm lain, ahli2 mlm ni bila balas mnjawab akan miss the point. Teramat jelas yg mereka tak paham fundamental bisnes atau syariah. Dok asyik tegakkan "kukuh", dah lama bertahan, jualan laris smpai juta2 - ini bukan syarat matlamat halalkan cara. Kalau lah untung besar pengukur kebenaran maka syarikat2 yahudi adalah lebih "benar".

Tanpa Nama berkata...

Org melayu cepat tetkesan dgn skim2 cepat jaya mvm ni..... tak serik2

Unknown berkata...

cuba dalam beberapa bulan ni takde rekrut baru yang masuk...apa agak2 agak terjadi pada CWC ni...especially pada ahli2 lama dan baru

Tanpa Nama berkata...

Ape cite skang? Nak tau gak nihh

Tanpa Nama berkata...

Dengar khabar lesen kena tarik balik......

Unknown berkata...

Xpnh jumpe pn produk arba ni kt luar. Kt Singapore ade?

Tanpa Nama berkata...

Yep, dah kena tarik lesen 30/09/2015 haritu..
http://www.kpdnkk.gov.my/kpdnkkv3/index.php?option=com_mstablemanager&view=tablemanager&Itemid=605&lang=my
Search "classic"

1356 CLASSIC WORLDWIDE COPORATION (M) SDN. BHD. NO. 210, ARAS 1, JALAN LAGENDA 8, LAGENDA HEIGHTS, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH. AJL 931903 NO. 210, ARAS 1, JALAN LAGENDA 8, LAGENDA HEIGHTS, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH. (TEL;04-4213217 FAX:04-4213217) LESEN DIBATALKAN OLEH PENGAWAL JUALAN LANGSUNG PADA 30.09.2015

Tanpa Nama berkata...

Assalam tuan fauzi n others,
Tazzangka sy terjumpa perbincangan yg menarik ni yg akhirnya membuka mata sy utk berkongsi ilmu. Pertama sekali sy ingin bertanya,adakah tuan faham pelan pemasaran syarikat cwc yg kini antara penaja ( silver sponsor) program pencetus ummah? Kerana bg sy tidak adil menjatuhkan hukum jika pelan pemasaran tak difahami keseluruhan ( takut jatuh fitnah nauzubillahiminzalik ), malah masih ada yg fikir ( atau fitnah) arba cwc sama dgn arba emas. ( founder pun x sama , jadi jgn fitnah bila jahil maklumat )

Terus terang sy jahil bab ilmu muamalat islam. Tp sy berilmu dgn pelan pemasaran syarikat. Sy yakin tuan berilmu bab muamalat islam tp jahil dgn pelan pemasaran syarikat. Anggap perbincangan ni utk menimba ilmu, jgn selitkan emosi. Sbb sy mmg nak menimba ilmu muamalat islam, harap tuan sudi kongsikn.

Utk pengetahuan tuan, bermula 1 november 2015, cwc tidak lagi beroperasi dgn konsep MLM tetapi menggunakan sistem trading. Dahulu ahli arba adalah penggerak ( penyumbang modal kpd cwc utk menghasilkan dan menjual produk )tapi ahli kini dikenali sebagai pengedar sah cwc. Sama mcm syarikat qu puteh dherbs etc. Cwc skrg pun dah ada panel syariah sendiri, maklumat ni mungkin tuan2 KR boleh jelaskan.

Sy bg 1 kes contoh. Ali setuju membuat belian sebanyak 50k dgn syarikat cwc dan sekaligus menjadikan dia pengedar sah cwc, mengikut perjanjian Ali boleh terima 25 % produk ( bernilai rm 12500, boleh pilih produk ,semua utk diri sendr, boleh jual boleh guna boleh sedekah , nilai produk je rm12500, modal jauh lebih murah, demi kelangsungan & keuntungan syarikat) selebihnya 75 % ( rm 37500 ) syarikat cwc pasarkan kpd ahli baru ( barang ni mmg x sampai ke tangan Ali ). Bermaksud Ali telah menyumbang modal kpd cwc sebanyak rm37500 utk dijual kpd ahli baru. Sebagai sale return ( dulu dikenali hibbah ), syarikat bg nilai tertentu secara tetap contoh rm3000 bulanan sebagai pulangan modal. Perjanjian diikat selama setahun, total setahun rm36000. Jika Ali tamatkan contract selepas setahun, modal 50k dipulangkan, total rm 86k dlm tgn, dan rm 36k kekal sebagai hasil keuntungan jualan.. Yg menjadi persoalan, bagaimana hasil keuntungan jualan boleh jatuh haram? Jika dibanding dgn perniagaan lain, contoh jual buku. Modal rm50, jual rm100 harga tetap. Rm50 kekal sbg hasil keuntungan tetap, bagaimana boleh jatuh hukum haram? Harap dpt dijelaskan dgn sahih selari dgn pelan pemasaran cwc. Maaf klau contoh kurang tepat, sy bg contoh senang nak faham je.

Bg mereka yg x cukup maklumat tentang cwc, diharap jgn menabur fitnah atau doa yg bukan2. Jika anda pernah terkena dgn mana2 MLM atau skim cepat kaya dan tersontot ( semoga Allah ganti dgn rezeki lebih baik ), tlg jgn doakan cwc yg buruk2. Jika ada part yg rasa2 xpatuh syariah, tlg kemukakan idea & solution. Complain with solution.
Jangan condemn perniagaan org lain.

Setakat ni sy masih kekal sebagai downline, tak pernah tarik org utk masuk. Alhamdulillah xde rasa tertindas sbb setakat ni hak tetap hak, semua cukup tak pernah terkurang. Sy join pun bukan hasil tarikan upline, tapi hasil drpd berkorban sesuatu utk parents ( dari segi material ) & berdoa supaya digantikan dgn rezeki lebih baik, tup2 kawan perkenalkan cwc sekali tunjuk bukti ( maklumat syarikat, hibbah bulanan dia) , diiringi doa & istikharah, tau2 dah hampir setahun sertai cwc with no regret. Semoga Allah rahmati kita & rezeki kita semua. AMIN

Nur Fauzi berkata...

Tajaan tak membawa apa apa kesan pada audit syariah.
Muamalat islam mendahului plan. Plan bagus/untung macam mana pun kalau tak patuh syariah tak guna juga.
faham isu dengan jelas.

Lesen ajl atau trading tak jadi isu. Isunya adalah riba, gharar dan money game.

Faham isu yang dibangkitkan dengan jelas.

Solution patuh syariah dibuat oleh penasihat yang dilantik.

Bisnea model riba. Layak kena kritik.

Nur Fauzi berkata...

Tajaan tak membawa apa apa kesan pada audit syariah.
Muamalat islam mendahului plan. Plan bagus/untung macam mana pun kalau tak patuh syariah tak guna juga.
faham isu dengan jelas.

Lesen ajl atau trading tak jadi isu. Isunya adalah riba, gharar dan money game.

Faham isu yang dibangkitkan dengan jelas.

Solution patuh syariah dibuat oleh penasihat yang dilantik.

Bisnea model riba. Layak kena kritik.

Tanpa Nama berkata...

SKIM ARBA TANPA PRODUK,

Ali setuju melabur sebanyak 50k dgn syarikat cwc dan sekaligus menjadikan dia ahli sah cwc, syarikat membayar secara tetap rm3000 bulanan sebagai pulangan modal. Perjanjian diikat selama setahun, total setahun rm36000. Jika Ali tamatkan contract selepas setahun, modal 50k dipulangkan, total rm 86k dlm tgn, dan rm 36k kekal sebagai hasil keuntungan..

Jelas SCAM!!!

Kalau tak ada ahli baru masuk.....LINGKUP DAAA!

Unknown berkata...

Kesimpulannya? ..
ayoooo. ... mana kesudahannya?

Tanpa Nama berkata...

Kesimpulannya......Melayu takkan puas selagi Melayu lain tak jatuh. Biar hidup susah laki bini jual sabun dobi tanpa jenama yg mungkin boleh menyebabkan kanser kulit, asalkan hatinya puas melihat Melayu lain jatuh. Dengan bangga dan hidung tingginya dia selfie dlm masjid, dah boleh mendabik dada bercerita pasal muamalat yg di"copy paste".....cikgu cabuk je pun. Kalau cikgu sekolah menengah adalah nampak educated sikit. #maaf cikgu sekolah rendah yg lain, yg ni khas utk hidung tinggi ni je. Lama dah perhati cikgu kaki tabla ni. Sampah!!

Anyway, menarik juga tengok geng ARBA ni walau tak kenal. Dorang cool je. Mau study juga plan dorang ni. Kalau tak betul, aku join cikgu tabla ni.

Nur Fauzi berkata...

Macai memang biasa serang peribadi.
Sebab takde fakta balas dah.
extremely uneducated.

Feel free to leave your comment.

Tanpa Nama berkata...

DAH GOYANG2 DAH!....AHLI BARU PUN SUSAH NAK CARI, ITU PASAL MARAH2....he..he..he..

Tanpa Nama berkata...

Tahniah cikgu sbb sentiasa memberi jawapan yg jelas di setiap soalan yg dikemukakan. Ada kebenaran di sebalik jwp cgu tu..

felice berkata...

Dah tersontot ke belum nih.. Nmpk gaya dah hampir nk kena sontot dah...KR sendiri pun tk aktif dah nk cari ahli haha.

Unknown berkata...

Sedih arr..Knape nak tanye dah tersontot ke blum? Saya Tgok CWC makin hebat dan komited dgn aktiviti jualan produk..giat buka kiosk terbaru di KB Mall...Kalau ada yg tak betul jom sama2 kita cari jalan penyelesaian..Saya pun teruja inginkan kebenaran yang mutlak..
Kalau boleh kita jernihkan yang keruh dan yang tak pasti kan lebih baik..Kalau dah pasti dan betul..Why not join..Berniaga lain macam..Jangan macam2 arr..

Berry berkata...

Hello

Tanpa Nama berkata...

Ape perkembangan terkini ni...nak tau...adekah sudh siap panel syariah punya review...kalo ade nak masuk ni...

Sesiapa sahaje berkata...

Apa kata panel penasihat syariah tentang arba network??nak sgt2 tahu pasal isu ni

Sesiapa sahaje berkata...

Apa kata panel penasihat syariah tentang arba network ni?? Tertunggu2...Allahumma solli a'la muhammad..wa'ala ali muhammad..salam maulidurrasul

Tanpa Nama berkata...

Datuk seri najib patut sedar tentang arba lbh awl lg. 1MDB pasti berjaya

Tanpa Nama berkata...

Kepada yang dah berjaya mendapat pulangan dan untung berlipat ganda dalam ARBA,
tolong bantu pinjamkan modal kepada adik beradik,saudara mara supaya mereka mendapat income bulan-bulan seperti anda .
Yakin lah pinjaman yang anda beri pasti akan dibayar....

Tanpa Nama berkata...

CWC TRADING

sekarang tiada istilah ARBA
namun ianya lebih mantap dari sebelumnya. Terbaik CWC.. pok cik dh buleh buka biz sendiri. Biz produk CWC meme mantap.. Rugi x join biz CWC dari tahun 2012. huhu

Tanpa Nama berkata...

CWC TRADING

sekarang tiada istilah ARBA
namun ianya lebih mantap dari sebelumnya. Terbaik CWC.. pok cik dh buleh buka biz sendiri. Biz produk CWC meme mantap.. Rugi x join biz CWC dari tahun 2012. huhu

Tanpa Nama berkata...

last komen kt sini tahun 2015..tapi tiba-tiba tahun 2016...syarikat cwc menjadi salah satu syarikat yg menaja program tv utk tv al-hijrah...klo syarikat xkukuh...phm2 jer la kan...
jangan cepat bersangka buruk...jgn hnya dengar dari mlut org lain..
cuba dngr dr yang menjalankan perniagaan ni..lepas tu bandingkan sndiri..bila kita xsuka ngn sesuatu mlm..kita hentam kaw2...mngkin kita juga sedang menutup pintu rzki org lain tanpa kita sedar..
saya bkn ahli cwc atau arba network ni..tp sekadar memberi pendapat..

Unknown berkata...

Tengok macam mana obsesnyer masyarakat melayu kita bila masuk skim arba ni... Taksub itu membuatkan mereka buta untuk menerima hakikat skim piramid ini asalnya datang dari sistem dajjal... Pusinglah kot mana pun... Tetap upline yang untung... Buat majlis mengagung-agung upline dengan pendapatan super lumayan... Semua konsep gula-gulakan newbies... Bertaubatlah... Elok raikan kejayaan di masjid2 berhampiran dengan rumah anda dari bersorak gembira di majlis hotel2 tue...

Unknown berkata...

Tengok macam mana obsesnyer masyarakat melayu kita bila masuk skim arba ni... Taksub itu membuatkan mereka buta untuk menerima hakikat skim piramid ini asalnya datang dari sistem dajjal... Pusinglah kot mana pun... Tetap upline yang untung... Buat majlis mengagung-agung upline dengan pendapatan super lumayan... Semua konsep gula-gulakan newbies... Bertaubatlah... Elok raikan kejayaan di masjid2 berhampiran dengan rumah anda dari bersorak gembira di majlis hotel2 tue...

Tanpa Nama berkata...

arba network adalah skim trhebat di abad ini....ramai org islam dah jadi kaya raya....

Tanpa Nama berkata...

Apa cerita agaknya sekarang Ni ye?

Unknown berkata...

Skang dah feb 2016..... ilek je kawe aku dapat 560rm sbulan...... tapi aku tak join la....

Tanpa Nama berkata...

Saya pn rasa x masuk akal..ada yg sedekah saja kopi tu x jual pn sbb dia org ckp mcmna pn tetap dpt untung bulan2..baik sedekah rezeki lg murah..haha karut betul la..

Tanpa Nama berkata...

soklan aku senang sahaja..kalo kata cwc buat mcm2 product sila bagi gambo kilang pemprosesan..bg alamat kilang nak usha jgak kilangnye..jgn dok tempel gmbar office kat sungai petani yg hnya rumah kedai hnya kat TINGKAT 2 sahaja..pada KR yg rapat dengan ceo cume buat video komesial pasal kilang ko..mcm mna ko boleh yakin product ko boleh jual 3/4 tu boleh habis..stakat skrang kopi pak belalang jer lah popular..product menatang lain dah la xterkenal,harga bapak mahal plak tu kalo nk bandingkan dgn pamoga tue..aku dah penat dah Google cri gmbar or pape pasal kilang korang tue..xjumpa2..kalo jmpa pon gmbar kilang just gantung banner tulis tue kilang korang..kahkahkah..kalo mcm tue aku buat banner rm200 gantung kat kilang beso2 n snap gmbo sbgai bukti budak lepasan tadika boleh lah caya..adoiii..so AKU JUST NAK MINTAK GMBAR KILANG KORANG N ALAMAT KILANG..AKU NK PI TENGOK..KAHKAHKAH

Tanpa Nama berkata...

Serius aku benci alasan ni.. igt cikgu seorang je ke nak penjelasan.. sikit2x pegi office.. puiiii

multilevel-marketing berkata...

aku yg kurang cerdik dr hangpa pun tau halal haram..nak buat makan anak bini wei...

Tanpa Nama berkata...

Arba mcm kilang arak, pusat judi and rumah urut berlesen. Sah beroperasi tp tetap haram. Klau cina india nk masuk, takpekah sbb dia tak kisah halal haramnya. Dari segi undang2 mmg Arba sah tp dari segi hukum halal haram agama Islam, di mana sahnya? Lapangkan dada dan minda, fikir sedalamnya. Jgn attack cikgu ni hanya kerana dia cuba membantu anda agar tidak terpedaya dgn rezki yg haram. Mencari yg halal itu wajib bg org Islam.

Tanpa Nama berkata...

Saya sangat tertarik dgn hujahan dn pembelaan di blog ni. Dah mcm kat court plk..tp kenapa terhenti setakat Julai 2015..sekarang dh nak masuk April 2015..saya ada terbaca yg meramalkan arba berkubur tahun 2015, saya tertunggu-tunggu di mana makam arba tu? Tp bila buka tv al-hijrah ada plk program yg ditaja sepenuhnya oleh produk cwc iaitu kopi pak belalang malah dh masuk ke pasaran Indonesia plk. Mohon ada sesiapa yg boleh beri pencerahan dan betul ke Dr Faisal dr ukm tu jadi panel syariah cwc?

Tanpa Nama berkata...

sy x join Arba ni tp sy tahu company ni bagus...Kopi Pak belalang TOPPP smpi ke indonesia...pstu byk taja program2 di TV-ALHijrah...kalo betul haram xkn tv berkonsep agama pon bodoh..ke semua dlm ni mmg dengki dgn masyarakat islam yg mahu berjaya...bila ada yg nk bantu kluarkan kita dr kesusahan ade je yg x suka...hmmm

men icd berkata...

Sy salah seorang yg join arba. Sy tak nampak arba bagi sy kaya. tp arba cuma membantu pendapatan bulanan sy sj. Jgn samakan pelaburan skim cepat kaya dan jualan langsung. btw, dah lebih setahun artikel ini terbit. Alhamdulillah Arba masih berjalan seperti sedia kala..

Tanpa Nama berkata...

Dalam sistem cepat kaya ni, dari 10 orang dia akan bagi kaya 2 orang, 2 orang ini akan jadi contoh bagaimana sistem ini sebenarnya betul, dan akan menyakinkan lebih ramai orang join.

Takkan 8 orang ni tak sedar dia tak untung, bukan tak sedar, cuma belum sedar.

Unknown berkata...

Aku tanya apa khabar..kami semakin berkembang bro..mana kata2 mu dulu..

Tanpa Nama berkata...

Ada unsur2 skim cepat kaya.tunggu masa nk lingkup.siapa cepat dia dapAt.

Tanpa Nama berkata...

"Yg menjadi persoalan, bagaimana hasil keuntungan jualan boleh jatuh haram? Jika dibanding dgn perniagaan lain, contoh jual buku. Modal rm50, jual rm100 harga tetap. Rm50 kekal sbg hasil keuntungan tetap, bagaimana boleh jatuh hukum haram? Harap dpt dijelaskan dgn sahih selari dgn pelan pemasaran cwc. Maaf klau contoh kurang tepat, sy bg contoh senang nak faham je."

Harga mmg ditetapkan tapi penjualan buku ada turun naiknya. Hari ni mungkin 10 naskah, esok mungkin 5 naskah sahaja. kan berbeza utk untungnya tu. Contoh memang ok tp penjelasan ke laut....pokok pangkal nya isu muammalat yg di ragui. Sedih tgk org2 melayu skrg, nampak duit agama ke tepi.

Tanpa Nama berkata...

Saya dah lama sangat nak join program ARBA ni.. Tapi setiap kali nak daftar .. Timbul keraguan tentang halal haram wang pulangannya. Apa tidaknya dengan ikut serta 1k dapat rm32+ sebulan (PULANGAN ditetapkan oleh syarikat).. Pastu.. saya rasa kalaulah program ni betul2 sah dan memeberi keuntungan jangka panjang.. kenapakah kerajaan di bawah agensi berkaitan tidak menjadkan program ini sebagai salah satu program pembasmi kemiskinan rakyat..Seperti 1Azam, Amanah Ikhtiar ,Tekun dsb..kalau ada sesiapa antara tuan/puan boleh memberi penjelasan dan ulasan tentang 2 perkara ini bersama nas alQuran dan Hadith ...In shaa Allah saya akan join..

ShakHanf berkata...

Memang menarik dan hebat isu ni diperdebatkan... Saya masih dahagakan maklumat n fakta tepat dari pihak ARBA. Minta supaya tuan2 KR dpt leraikan yg tersimpul dengan bukti fakta islamik utk kami semua tahu kbenaran yg tersirat.

Dahaga info ni... What's next...?!!! Please somebody share the info.

Yang ikhlas,
Bakal Ahli ARBA
(Kalau patuh syariah)

sea_aim berkata...

Park kejap..
Melayu mmg mudah lupa...

Tanpa Nama berkata...

Btul jugak tu tuan,buat loan ngan bank dan jaminan drpd syarikat tu..lpas tu akn dpt income sprti yg dijanjikn..rs2 xde org susah dh lps ni..

Alhamdulillah berkata...

Harap penulis ni buat kajian terperinci lagi... sy dulu melarang keras suami masuk arba...diperkenalkan seorang ustaz.. alhamdulillah. Selepas setahun bersama arba..setiap bulan suami terima rm5+++ tanpa miss walau sebulan. saya pula jualkan kopi pada kawan dan saudara. Kini saya dah bbrp bulan join.. hanya 20k tapi akhmdulillah pendapatan bulanan rm12++ ..mcm gaji pula. Bila masuk arba baru saya faham mcmana system dia bergerak...insyaAllah sy yakin kehalalan dia..bisnes melayu islam bumiputera.. saya minta tuan blog sila buat lagi kajian demi kajian..
Sementara kami terus membangun ummah.. semakin banyak pusat tahfiz dibantu..semakin banyk rumh ank yatim ditaja... alhamdulillh...
Moga ALLAH sentiasa pelihara bisnes umat islam ini agar terus maju dan pecahkan monopoli bukan islam dlm dunia perniagaan... aminnn

Tanpa Nama berkata...

CWC dah masuk senarai BNM sykt perlu berjaga2 utk melabur..

Ahli2 CWC diminta padam semua blog dan website mengenai pelaburan..mmmmmm..full of ?????????

Tanpa Nama berkata...

hang kata tahun ni habis ni 5tahun tgk masih ok fasir basah hang jangan jadi gila kondem bisnes org melayu la. cilaka punya fasir basah

Nur Fauzi berkata...

Perkembangan baru?

Plan arba dikritik oleh pakar muamalat seperti prof madya dr azman dari uiam dan dr sufian dari jab syariah & pengurusan, akademi peng islam UM. Turut mengkritik ustaz Lariba (fb page) selepas betusaha dapatkan penjelasan dari dr Faisal sendiri.

Banyak gharar yg dihuraikan, termasuk logik tawarruq yg dilakukan.

Nama cwc pun dah masuk watchlist bnm. Maksudnya mmg dah dapat perhatian bnm sebab banyak laporan yang diterima.

Nak teruskan sampai sontot silakan. Saya tak rugi apa pun.

Tanpa Nama berkata...

Money game tetap money games..buat macam mana pun memang tak akan patuh syariah. Kecuali trading biasa. Tp kalau dah trading biasa macam mana mahu untung besar. Nak bagi peserta hibah bulan bulan pun dah tak boleh. Trading hanya harapkan kopi sahaja bukan nya banyak untung. Mana kos. Mana modal mana untung!. Kopi yg dikata dijual di indonesia entah dijual atau di kasi free je kat sana. Macam kempen satu juta sachet kopi tu. Kalau di ikuti betul betul perjalanan perniagaan ini memang penuh dengan kemusykilan. Mula mula jakim, lepas tu kpdnkk, lepas tu bnm. Kalau yg mahu berfikir dah lama sedar. Tp yg pertahan skim ni kebanyakkan nya kr kr. Yang pernah mengambil deposit peserta dibawah mereka. Nak tak nak terpaksa mempertahankan skim ni sampai ke akhirnya. Macam sudah tidak ada jalan keluar lagi bagi mereka. Kalau perniagaan ini betul. Tak akan ada orang berilmu akan kacau.

Tanpa Nama berkata...

Penasihat syariah mungkin mengambil pendekatan berdiam diri sebab jika ia memberi respon negatif berkaitan skim ni sudah tentu ramai pelabur akan mengambil deposit balik dan ini akan menjejaskan pembayaran hibah peserta. Lebih lebih lagi jika penasihat syariah menarik diri. Kalau betul betul syarikat buat trading tak akan berlaku kerugian sebab syarikat akan membeli terus dari pengilang dan pasarkan. Noktah.

Tanpa Nama berkata...

Rata rata peserta yg memberi gambaran baik ialah dari segi hibah bulan bulan yang tidak pernah miss. Perlu difahami konsep money games ialah menggunakan duit kita sendiri untuk membayar bulan bulan hibah. Bayangkan rm10k..selama mana mereka dapat bertahan membayar hibah kepada kita dgn duit kita sendiri. Sehinggalah kita atau ahli lain mencari lagi peserta rm10k atau beratus ratus k. Syarikat akan mampu bertahan sehingga lah tak ada lagi peserta yg join skim ini.

Tanpa Nama berkata...

Habis dah ke perbincangan..kopi pak belalang pun dah famous msk tv..nak tanya???korang yg kecoh ni dpt pe ekkk??

Nur Fauzi berkata...

Siapa yang otak senget tak faham isu ni. Jelas dah dipertikaikan.

Nur Fauzi berkata...

Sama-sama memgingatkan antara satu sama lain....

Nur Fauzi berkata...

Tertinggal bas ke.
Semak senarai watchlist bnm.
Sport toto pun masuk tv. Emas sontot dulu astro lagi siap panggil wawancara. Rumah alfafa tak siap siap masuk iklan tv3.
Setakat itu saje fikirnye?

Unknown berkata...

Sebelum komen mcm2..sila la berjumpa dgn org arba..sembang mcm yg tuan tulis d atas..n nilai sendiri.jgn tulis perkara yg kita xtahu akan perkara yg kita nk perkatakan itu..syarikat bukan jual kopi sahaja..ada lagi produk lain..

Unknown berkata...

Sebelum komen mcm2..sila la berjumpa dgn org arba..sembang mcm yg tuan tulis d atas..n nilai sendiri.jgn tulis perkara yg kita xtahu akan perkara yg kita nk perkatakan itu..syarikat bukan jual kopi sahaja..ada lagi produk lain..

Tanpa Nama berkata...

Dorang ni kene baca kat page ustaz lariba tentang muzakarah ustaz lariba dengan penasihat syariah arba. Boleh donlot nota muzakarah tersebut di situ.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1134836749893375&id=668124716564583

Tanpa Nama berkata...

dah bulan 8 tahun 2016 .. berapa tahun lagi potensi utk arba melingkup ? saya tidak join mana2 pihak .. cuma sekadar pemerhati

Nur Fauzi berkata...

lama bertahan tak bermakud betul.
pak man telo tahan bertahun-tahun lama.
dah jelas ada gharar dan riba, nak masuk juga walau bertahan lama?

Tanpa Nama berkata...

Global Tijari Holdings Berhad akan MEMBELI SEMULA produk (sub-parcel) milik Peserta dengan harga yang lebih tinggi (mark up price) melalui "kontrak i-tijari murabahah" dan kemudiannya membekalkan (menjual) produk tersebut kepada syarikat-syarikat mega mengikut kontrak pembekalan yang telah ditandatangani.

yg ni pun seangkatan...

Munasabahkah?? : peserta beli barang dan company beli balik dengan harga tinggi dan jual kepada syarikat Mega...
- kenapa perlu jual kepada peserta? kenapa tak jual terus kepada Syarikat Mega ? -margin untung lbh tinggi..
- Jika konsep tersebut "BETUL", peserta hanya makan atas angin & perbuatan mereka telah menyebabkan harga barang meningkat & menekan golongan berpendapatan rendah.

Nama saja "ISLAMIC" tapi takda akal

Tanpa Nama berkata...

masalah sekrg ialah bukan apa jenis dan brapa byk produk yg di jual tetapi KEUNTUNGAN/PULANGAN SECARA TETAP SETIAP BULAN..cara pulangan mcm itu yg ada unsur riba..fahamkan betul2 ..jgn salah faham

Tanpa Nama berkata...

Alhamdullilah saya baca semua komen. Saya nampak apa yg Arba buat satu tindakan bijak dan asas ekonomi. Saya baca website dia juga. Sebagai contoh saya buat kek cawan komersil. modal saya RM5 sebab saya buat dalam jutaan item. Ahli saya bayar RM4. Harga jualan semasa ditetapkan RM7.

Ssaya untung RM3.50 atas ahli saya. Ahli saya untung RM2 tetapi semua kos promosiu dan good will saya buat.

Tapi ahli tak reti nak jual, saya boleh ambik balik dengan bayar sedikit imbuhan sebanyak RM1. Jadi ahli jual balik RM6 kepada saya. Keuntungan saya total RM4.50. Saya tidak nampak rugi di sini. Dengan sejuta jualan balik kek, saya dah dapat modal dan untung berganda. Kalau saya boleh jual lagi yang ahli jual balik dengan kuasa jualan besar yg ada, saya tambah untung.

RM4.50 x 1juta saya akan untung RM4.5 juta. Saya nampak CWC giat bagi kereta mewah sebagai tarikan. Tapi saya nampak kereta tu tak lebih 1Juta pun. Kalau gitu caranya saya buat, saya masih untung banyak.

Ini konsep sama cina-cina buat kat kedai retail dan asas consignment pukal banyak. Rasa melayu ni kena belajar berniaga banyak lagi..

Nur Fauzi berkata...

Ape jadahnye asas ekonomi.
Cina meniaga real bisnes. Kalau dia orang buat pun, takkan benda yang haram/salah pun semua nak balun ikut.
Mintak ngaji asas muamalat tak mau pulak. Main sebat halal haram

Unknown berkata...

Saya cadangkan kerajaan xpyh bg brim,,,bg jer modal utk masuk arba,,,nnti arba bg untung jerr kn.... Xpyh dok labur buat ladang apo,,, masuk jerr arba nnti mkn untung,,, nescaya xdok yg miskin di bumi ini... Sekian

Unknown berkata...

Statment ni jan 2015.. Skrg dh September 2016.. Masih ada arba ni.. So mcm mane? Boleh percaya ke arba ni?

Unknown berkata...

Statment ni jan 2015.. Skrg dh sept 2016.. Masih ada arba ni.. Dulu ckp lg sthn lingkup arba ni?

Tanpa Nama berkata...

Syarikat Melayu kalu dh mula berkembang maju maka akan timbul la pakar2 yg xtahu dr mna datangnya nk pertikai itu dan ini. Syarikat bukan melayu takde pulak sape2 nk komen itu tak betul ini tak betul padahal ramai juga orang melayu yang kaya raya dibawah syarikat bukan melayu. Ini sume org2 yang nk menjatuhkan org melayu.

Unknown berkata...

Apa masalah dengan ARBA..biar ler dia nk berniaga ..harga rumah naik 500% tuan2 duk diam jer..pergi la menyalak kat pemaju yg naik harga rumah tu... bodo tak tak sudah2..

Nur Fauzi berkata...

"Apa masalah dengan ARBA..biar ler dia nk berniaga ..harga rumah naik 500% tuan2 duk diam jer..pergi la menyalak kat pemaju yg naik harga rumah tu... bodo tak tak sudah2.."

contoh tak membaca dan tak faham isu.

Masalah dari sudut mumamalat yang dah berjela dihuraikan. boleh buat carian dan baca ye.

Mi berkata...

Awak saspek bertahan 3/4 tahun & mungkin berkubur tahun ini/tahun depan?

Utk pengetahuan,Arba Network sudah 7 tahun beroperasi

Mi berkata...

Ini lah 1st time sy dengar ahli arba kena cari ahli & kena jual produk.ni mesti suka mnyampuk xbaca dlu ni.
Seingat sy,xpnh pn sy cari org & produk smua sy sndiri yg pakai,xjual pun.
#masuk ikut pintu keluar ikut tingkap

Tanpa Nama berkata...

Kawan aku masuk.bagi 10k.tiap bulan dpt 600 tetap.kopi dpt dgn nilai 2.5k.ejen pun dpt sbb ahli masuk bawah dia.dok saja tiap2 bulan dpt duit.bestnya.tp yg musykil satu ja.tetap tiap2 bulan dapat keuntungan tetap.tp setahu aku perniagaan ada naik ada turun.tak kiralah asb ka.tabung hajika bergantung keuntungan semasa.yg ni ja yg aku musykil.sentiasa untung tetap bisnesnya

Tanpa Nama berkata...

setahgun kemudian........Masalah besar. Duit dah habis. Sumber kewangan dari rekrut baru dah tak ada. Sales return bulan Nov. Masih tersangkut. Bulan Dis. tak dapat lagi.
Syarikat dah mula bagi macam macam ulasan. Kononnya masalah sistem bank. merupakan fenomon dan alasan klasik Skim cepat kaya bila dah tersesak tak ada duit nak bayar kepada pelabur. Rata-rata ahli yg melabur dah mula goyah

Tanpa Nama berkata...

Apa khabar arba? Mana ahli2 yang teguh pertahan skim arba? Sekarang dengar2 dalam masalah besar. Bayaran dah sangkut. Macam2 alasan yang diberikan, mula2 salahkan bank, kemudian bayar lambat sb sistem belum stabil.. Nak tunggu sistem stabil sampai berbulan2.. kahkahkah

Metal Sangap berkata...

Syok jugak ikut blog ni mcm drama bersiri nk tau jugak episod penamatnya..

Tanpa Nama berkata...

AkU TaNyA aPA kHabArrrrbaa...SuDah kAya tGgU Aper lG..CabUTtt..kohkohkoh

Nur Fauzi berkata...

2017.
Watchlist bnm.
Penasihat syariah tak ada.
Lesen ajl batal.
Hibah sangkut.

Nur Fauzi berkata...

Boleh saya dapatkan maklumat perjanjian versi tawarruq dan versi 2.0 untuk buat analisis?
Di mana boleh kita jumpa?

Tanpa Nama berkata...

dh lingkup pun..

Unknown berkata...

Dengar dah tujuh bulan bulan tak dapat payment..

Tanpa Nama berkata...

Ramai yg kena tipu dengan skim ni sampai sekarang termasuk la dgn bini aku lesap 10k..tu tak masuk family dia lagi ..butuh la puak ni menipj

Zulnasri berkata...

Salam. Jumpa blog cerita lama. Sempena arba nak launch gelombangkedua ni sy nak tanya khabar geng2 fadhilatul asatizah dalam arba network. Skim berubah ubah caca merba dan sykt beroperasi sekarang sbg sykt asing indonesia. Penasihat syariah letak jawatan. Jadi apa perkembangan sekarang?

Ilmu fiqh quran sunnah usuluddin tak mampu mencegah ketamakan nak kaya cepat. Mungkin betul nak bantu Islam. Tapi akhirnya kena ingat MATLAMAT TAK MENGHALALKAN CARA YA SOHABIY.

wallahua'lam.

fauzi berkata...

Apa kabar jutawan luxor..ops...arba

Nur Fauzi berkata...

Hai

Nur Fauzi berkata...

Ada dapat notification tak saya reply ni?

Nur Fauzi berkata...

Kabare wak

Tanpa Nama berkata...

hanya kerana mahu pulangan duit tanpa usaha... hmm..

«Lebih lama ‹Lebih lama   201 – 334 daripada 334   Terbaru› Baru»

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...