Dalam perniagaan jaminan untung itu dilarang.
Kalau buat akad mudharabah, untung dibahagikan ikut persetujuan. Bila rugi ikut jumlah modal yang disumbangkan.
Kalau awal-awal letak tiap bulan dapat beberapa peratus dari jumlah modal, itu haram. Yang dibenarkan jumlah peratus disandarkan pada nilai keuntungan.
Antara hikmahnye zalim pada pengusaha sbb walaupun bisnes bulan tu rugi atau tak berapa bagus, die tetap kena bagi jumlah tetap (berdasarkan modal) pada pelabur. Zalim juga pada pelabur bila untung melambung-lambung tapi jumlah yang kena bagi dah ditetapkan.
Masuk arba network, dapat produk. Ada bahagian produk yang syarikat jualkan. Katalah akad mudharabah guna. Dalam hal ni tak boleh jamin syarikat boleh maintain jualkan volume/jumlah produk yang sama tiap bulan.
Itu kalau pakai mudharabah. Tapi sekarang akad apa pun tak tau. Main hentam hibah saje.
Dari segi logik, beratus ribu, juta jualan kopi dari sebuah syarikat saja?
Adakah segenap ceruk malaya ni ada dijual produk syarikat tu? Kalau syarikat besar macam Nestle boleh jadi. Tapi tak ada pun besar & terkenal syarikat yang jual kopi pak belalang ni.
Hidup seperti kebanyakan makhluk Allah yang lain. Kita semua sama, melainkan amal dan taqwa.
Jumaat, 6 Februari 2015
Arba Network : Jaminan keuntungan adalah haram.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
10 ulasan:
Check dulu baik2 sblm hantam membabi buta gini . . Kadang2 kenyataan yg dibuat tanpa diselidiki secara mendalam hanya menampakkan kejahilan sendiri semata-mata
Jadi jelaskan kekeliruan yang ditimbulkan di atas. Setakat ni yang jelaskan semula pun lemah.
ini teknikal muamalat, bukan benda main-main. Kalau urusniaga mudah beli nasi lemak jelas dan mudah, tak perlu huraian panjang lebar. Tapi kalau dah pusing sana sini siap ahli goyang kaki duit masuk fixed tiap bulan, syarikat ambik semula produk untuk niagakan, kena ada orang yang berkelayakan jelaskan apa akad yg digunakan dan adakah bertepatan. Bukan hentam hibah semua.
Yela belalangggg..semua ekau yg betul..nmpk sgt xkaji habis sistem ni..ade ke ckp akad xde..dokumen xde..itu xde ini xde.dibimbangi jd fitnah la pulak namanya..klu xtahu hujung pangkal elok diam..
takpa la nak la nak kata fitnah.
Enjoy reading and thinking.
inilah yang dikatakan SESAT LAGI MENYESATKAN.. kerana sedikit ujian (skim cepat kaya) , golongan ini akan bermati-matian menghalalkannya dan mengajak orang lain buat benda yang sama...
Semoga cepatlah terbongkar skim ARBA ni... Sy pun dh tak reti mcm mana nak explain ke saudara terdekat yg masuk skim ni. Risau juga..Apa yg kita ckp semua tak nak percaya...
ikut pengalaman saya,,SKIM yang bagi fix monthly return ni BULSHITT je..hahah
too good to be true..sy ni dah tahap boleh je kalau nak setup company yg buat skim2 macam nih...money game by opportunist!!
Dalam Muzakarah fatwa yang ke 18 (isu muamalat) mengatakan salah satu kesan SKIM seperti ini menjadikan umat Islam semakin lemah kerana mereka tak perlu bekerja keras & hanya menunggu bayaran setiap bula tanpa perlu berusaha. Banyak lagi kesan2 zahiriah yang dinyatakan dlm perbahasan tersebut. Bayangkan apa akan terjadi dari sudut batininah... tanyalah ustaz2 muktabar dlm hal ini.
salam..nak tnya ok lagi ke arba network ni??
okey je.. xde lagi tersontot.. dh 8 tahun..
Catat Ulasan