Rabu, 3 Disember 2014

Gaduh tak dapat 'claim' dengan proton.

Al kisah cerita bila pergi servis kereta kat batu pahat...meter Persona dah sampai 56000 km. Maka nak tak nak kenalah pergi servis. Ditambah lagi dengan 4 tayar yang memang dah botak (macam kepala tuannya).

Jadi rezeki pusat servis itu lah hari ni. Tukar habis 4 tayar + servis brek + minyak enjin dan lain-lain. Hampir RM1.5k juge melayang hari itu.




Mujur juge menyimpan sikit. Takaful anak dengan isteri pun dah siap potong gaji. Jadi tak risau sangat terguna duit lain.

Tengah menunggu kereta siap, datanglah seorang pakcik dan anak lelakinye masuk. Nak cari tauke. Bila jumpa, maka bertikam lidah pule jadinye. Suara si pakcik tinggi tak mau mengalah.

Risau pulak kalau jadi bertumbuk ke. Banyak kali dengar tauke nak cuba jelaskan tapi asyik kena potong saje cakapnye.

Puncanya kereta masih dalam 'warranty', enjin buat hal, tapi tak boleh claim. Kena bayar sendiri.

Akhirnye dalam 15 minit 'bincang' tauke berjaya redakan keadaan dan mereka beredar.

Keluar dari bilik si tauke pandang pade saye yang dah kesejukan dan mengantuk menunggu sambil geleng kepala.

" itu orang aaaa pakai kereta tak betul, tapi nak bising-bising salahkan orang. Susah la ini macam "

Teruk sangat ke dia pakai keta?

" beli kereta baru, tapi servis tak ikut masa, susah la mau claim "

Lewat servis tu rasa biasa je. Lewat sangat ke dia servis?

" servis pertama patut 1000km, die lajak sampai 2500km. Itu ok lagi. Servis kedua patut 5000km, dah lebih 11000 km pun tak pergi servis lagi maaa..sekarang enjin sudah 'koyak', lagi nak salahkan orang lain "

Kite yang dengar pun rasa berbulu saje dengan pakcik tadi.

Itu memang salah sendiri la. Kalau nak 'claim' rosak dalam tempoh warranty kena la pastikan servis ikut masa. Jadi macam ni kena tanggung sendiri la jawabnye.

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...