Khamis, 4 Disember 2014

Ustaz ni lawak?

Masa di KL dulu adalah juga pergi kelas untuk agen takaful. Ye lah kita ni ilmu tak la banyak mana. Bila duduk Johor ni rasa rugi bila banyak kelas untuk agen tak dapat nak pergi.

Adelah nak jadi cerita dalam satu kelas, setiap orang kena buat demo 'presentation'. Macam taklimat atau ceramah kepada prospek pasal takaful kita ni. Entah dijadikan cerita nama naik pula dalam beberapa orang yang dipilih. Mujur bukan giliran pertama.


Maka mereka yang dipilih tu bersemangat dan nampak hebat bila bercakap di depan. Kita ni dah ketar lutut juge. Masing-masing walaupun agen baru tapi nambak hebat dengan gaya masing-masing. Ada yang kerja di bank, pejabat kerajaan.

Sampai masa.



Dengan muka control hensem cubelah bercakap dengan gaya biasa saje. Tak skema pun dan mungkin agak poyo juge. Tapi entah macam mana tibe-tibe semua ketawa berdekah. Termasuklah juga si jurulatih.

Terpinga sekejap.

Sebab tak tahu ape yang lawaknye. Rasa takde buat kelakar pun. Sambung lagi cakap, ketawa lagi semua. Tak tahu benar apa yang diketawakan. Gaya? Mimik muka? Cara cakap? (rasa macam sopan santun dah cakap)

" kau ni ustaz boleh tahan kelakar ye" kate si jurulatih.

Bila tanya kawan yang duduk sebelah apa yang kelakar sangat? Jawapannye cume " yang kau cakap tadi tu la kelakar"

Alhamdulillah dapat pujian sikit sebab persembahan tak bosan. (Dia kata la...)

Tapi

Secara seriusnya,  sampailah hari ni (dah 5 tahun) masih tertanya-tanya ape kebenda yang lawak sangat sampai semua ketawa tu..?

Memang tak tahu punca...

2 ulasan:

Nick Nashram berkata...

salah satu cara nak bagi audien dengar dan x bosan melalui lawak la..selang seli dengan info yg kita nak bagi..kalo skema ikut teks, 15 minit je dah ade yg mengantuk..hehe

Nick Nashram berkata...

salah satu cara nak bagi audien dengar dan x bosan melalui lawak la..selang seli dengan info yg kita nak bagi..kalo skema ikut teks, 15 minit je dah ade yg mengantuk..hehe

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...