Selasa, 2 Disember 2014

Bersihkan duit KWSP kita

Majoriti pekerja di Malaysia ada simpanan KWSP yang dipotong dari gaji bulanan. Duit KWSP itu pula kita tak boleh keluarkan sehinggalah kita pencen atau dikeluarkan untuk sebab-sebab tertentu.


Jadi memang berbilion dana yang dapat dikumpul. KWSP juga akan melaburkan dana yang terkumpul itu untuk menggandakan jumlah itu. Kita sebagai penyimpan di KWSP juga akan menikmati diveden hasil pelaburan yang dijalankan itu.

Tapi.

Pernah tak terfikir ke mana pelaburan itu dibuat. Pernah keluar di akhbar bahawa KWSP 70% tempat pelaburan yang dibuat oleh KWSP adalah tidak patuh syariah. Kebanyakannya di institusi kewangan.

Jadi dividen yang kita perolehi itu tidak 100% halal. Boleh rujuk panduna dalam video dari Ustaz Dr Zaharuddin cara nak bersihkan duit KWSP kita.


Jadi kalau kita rasa perkara ini penting, kenalah sucikan dulu harta kita sebelum digunakan. Selepas dikeluarkan bahagian yang kita yakin haram itu, barulah kenakan zakat pada baki yang tinggal.

2 ulasan:

Nick Nashram berkata...

dah tukar dari kwsp ke pencen..dapat buat kwsp nanti, kena cuci dulu.dah bersih baru boleh guna.

Nur Fauzi berkata...

kalau boleh cek la penyata setiap tahun berapa jumlah dividen..leceh juge tu.

*kawan tak dapat lagi surat sah jawatan.

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...