Seantero Malaya sudah pun tahu cerita ni. Macam-macam cerita yang keluar.
Dan pasti juge ramailah yang tak puas hati kepade manusia yang menyebabkan kebocoran soalan tu berlaku.
Lagilah zaman canggih hari ni. Sekali tekan butang terus tersebar luas satu dunia. Pukul 1 masuk kat internet, tak sampai seminit maklumat tu dah sampai ke Zimbabwe sane. Cepat kan?
Zaman sekolah dulu-dulu tak dengarlah sangat isu soalan bocor gini. Ade juge tapi tak serius dan 'viral' macam hari ni.
Kalau fikir semula, macam sengal juge. Peperiksaan takat upsr pun nak buat soalan bocor jugak ke? Sekolah rendah je pun.
Baru la selesai cikgu-cikgu ni kena dengar ceramah integriti, keluar pulak isu ni. Memang memalukan leee.
Kenapa nak bocorkan soalan?
Semuanya gara-gara nak bagi anak murid boleh score sebanyak A yang mungkin dalam periksa. Nak bagi cemerlang la senang kata. Bila keluar keputusan nanti semuanya lulus, dan makin ramai dapat A.
Bila ramai lulus, ramai dapat A, maka nama sekolah memang naik. Nama cikgu yang mengajar pun naik. Guru besar tak perlu risau nak menjawab dengan ppd pasal prestasi sekolah. Sebab keputusan meningkat.
Nampaknya kegilaan sistem peperiksaan yang hanya beri tumpuan pada keputusan A berderet antara sebab benda ni berlaku. Semua gila nak dapat A berderet.
Kalau budak gagal, memang sah cikgunye juge yang kena bersoal jawab dengan pentadbir nanti. Betul ke cikgu?
Bila jadi macam ni, periksa subjek berkenaan kena tangguh. Dan semestinya mengheret dan menyusahkan banyak pihak. Termasuklah ibu bapa. Cikgu dengan murid tak payah ceritalah.
Ada yang 'moral down' sebab lama tangguh. Cuti pun terganggu. Program sekolah pun ade jugelah terkesan. Manelah tau dah rancang buat lawatan ke masa tu, tibe-tibe kena kena hadap satu lagi kertas.
Tapi nak buat macam mane kan. Benda dah jadi. Redha sajelah...
Hidup seperti kebanyakan makhluk Allah yang lain. Kita semua sama, melainkan amal dan taqwa.
Khamis, 11 September 2014
Ape jadi bila soalan UPSR bocor?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
sebab sistem pendidikan skrg yg buat sume pihak jadi camni..kalo students x dpt A cikgu kena soal ngan pentadbir,pentadbir kna jwb ngn ppd, ppd kna tanya ngan jpn..alahaii.
Catat Ulasan