Masa saya tulis post ni ade lebih kurang 80000 manusia di Malaysia yang rasa bengang (mungin sampai nak sepak pc) sebab peperiksaan secara atas talian yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) tak berjalan dengan lancar.
Masalah server katanya.
Ade yang boleh bukak saje, ade yang tak boleh masuk langsung.
Ini bukan pertama kali sistem online yang dibuat oleh kerajaan haru biru, kacau bilau, atau hancur.
Antara kacau bilau sistem online yang saye alami sendiri adalah sistem PBS yang telah dimansuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
3 tahun punya kerja. Guru-guru kena kerah laksanakan pbs. Dengan dokumentasi fail menebal, kena lagi key in band online. Ada yang bersengkang mata isi pagi-pagi buta.
Tahun ni terus kata mamsuh sistem. Semua penilaian yang dah buat tak dikira. Mula dari 0 semula.
Macam kena 'prank' dengan kerajaan.
Welcome to Malaysia!
Hidup seperti kebanyakan makhluk Allah yang lain. Kita semua sama, melainkan amal dan taqwa.
Sabtu, 6 September 2014
Sistem peperiksaan online SPA gila?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
itulah, ada sorang akak tu komplen tadi dia xleh exam online
Catat Ulasan