Sabtu, 5 Julai 2014

Surat masuk bazar ramadhan?

Jadi kecoh di kluang bila ahli parlimen kawasan itu sendiri dihalang untuk beri sumbangan pada orang ramai di bazar Ramadan kawasan itu. Ada sekumpulan belia yang bertindak menghalang dan minta kumpulan YB itu supaya beredar. Kena ada surat kebenaran katenye.


Lihat sini.

Logiknya kita fikir. Yb itu merupakan ahli parlimen kawasan itu. Jadi tak salah nak pergi melawat kawasannya. Pakai baju parti? Tak jadi isu pun hal itu. Malah adun dan mp kawasan lain niasa je pakai baju ade logo dacing dan keris.  Tak jadi isu pun.

Maka apabila telah 'viral' video itu, brader itu cuba pula buat video penjelasan. Tapi orang kata nasi dah jadi bubur. Macam tak ada kesan.

Lihat sini.

Pengajarannya, jangan terlalu totok dan taksub politik. Adalah normal untuk kita sokong parti politik yang kita suka. Tapi perpadalah. Jangan sampai melampau. Pemimpin turun padang jumpa rakyat dan bagi cenderamata kurma dengan air mineral pun nak jadi isu?

* pernah nampak pihak PR dan BN kempen dalam 1 pasar malam yang sama. Waktu tu nak dekat sangat PRU. Tapi tak ada kecoh. Masing-masing tak buat kacau dan timbulkan isu. Calon dua-dua parti pun ada. Kawasan tu kawasan BN lagi.

Yang sokong brader tu biasa mainkan sentimen perkauman tak habis-habis. Jangan bagi muka kat cina, cina kurang ajar, cina penipu, banyak lagilah..Tapi macamlah tak ada melayu yang penipu, melayu yang kurang ajar, melayu yang samseng,  songlap duit, macam-macam lagilah kan?

Tanah rizab melayu terlepas tangan kena jual, saham bumiputera berbilion lesap, seleweng duit lembu beratus kuta, itu siapa yang buat?

Balik balik salahkan cina. Salah sendiri tak nak tengok.

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...