Selasa, 24 Jun 2014

Kamu ambik takaful ape?

Dah ada pelan takaful? Kalau dah ada tau tak pelan apa yang kita ambik. Lagi terperinci tahu tak kita apa yang kita berhak dapat dari pelan yang kita bayar tiap-tiap bulan tu?

Ramai sebenarnya yang tak tahu sangat pasal pelan insurans atau takaful yang mereka ambik. Berapa cover? Ada medical card tak? Berapa lama bayar? Ada simpanan tak? Kalau masuk wad boleh claim tak?

Mesti ramai yang tak tau kan?

Biaselah.. Lebih-lebih lagi kalau masuk tu sebab terpaksa atau orang ambikkan / bayarkan untuk kita.

Silap-silap syarikat mana pun kita tak tahu.

Eloknya ambil tahu sikit pasal pelan takaful yang kita ada. Paling teruk pun tahu syarikat takaful yang mana. Benda ni mudahkan urusan kita juga kalau jadi apa-apa. Taklah mati akal kalau ejen tak ada bila nak buat claim.

Biasanya ramai tak ambil hirau apa yg perlu buat bila nak claim. Siapa yg hendak dihubungi kalau agen takde?

Sebab tu perlu tau juge. Ambil perhatian nombor hotline syarikat yang ada pada sijil takaful selain nombor ejen. Sebab ejen boleh jadi die pindah ke syarikat lain atau berhenti jadi ejen.


Apa yang saya ambil untuk anak saya?

Saya bayar rm150 sebulan untuk seorang anak.
Pelan takaful keluarga beserta dengan kad perubatan. Ada nilai simpanan.
Pampasan berlaku kematian rm 44k. Elaun hospital rm50 sehari kalau masuk wad.
Kalau pembayar (saya) meninggal sebelum anak umur 25 tahun, takaful sambung bayar caruman.
Sijil berkuatkuasa hingga umur 80 tahun.
Kad perubatan cover 300k sepanjang hayat. Ini pakej pertama.
Had tahunan 75k. Cover sampai umur 80 tahun.
Bil rawatan (kalau ada) ditanggung selagi jumlah terkumpul tak lebih 300k.
Tambah lagi manfaat badal haji, wakaf quran dan korban bagi pihak peserta kalau peserta meninggal dunia.

Nilai tunai dalam akaun kita boleh dikeluarkan. Baki minimum yg perlu ditinggalkan adalah rm1k.

Pelan takaful anda macam mana?

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...