Sabtu, 14 Jun 2014

Takaful untuk anak-anak

Alhamdulillah,  selesai urusan ambik pelan takaful untuk anak-anak.

Bagi ibu bapa yang berkemampuan, ambik la pelan takaful untuk anak-anak. Selain berfungsi sebagai perlindungan, takaful juga boleh jadi simpanan untuk jangka masa panjang.

Tapi berapa yang perlu kita bayar sebulan untuk takaful?

Bergantung juga pada kemampuan kewangan kita. Lagi elok kalau pelan takaful sekali dengan kad perubatan.

Kalau tak ada kad perubatan, RM50 pun bole dapat. Cuma 'cover' rendah, tak ada manfaat lain.


Yang ni ambikkan untuk dua orang hero kat rumah tu.

Ringkasnye saya bayar lebih kurang RM150 seorang. Pelan siap dengan medical card. Perlindungan hingga umur 80 tahun. Pampasan jika berlaku kematian lebih kurang RM40 ribu.
Jumlah kegunaan maksimum medical card Rm300 ribu sepanjang tempoh kontrak. Maksimum penggunaan tahunan RM75 ribu.

Jadi kalau ada hal kecemasan yang libatkan rawatan di hospital dan masuk wad, takaful yang ada medical card ni boleh cover kos rawatan / bil hospital. Tapi bukan semua sakitlah. Setakat demam tu tak bole la claim.

Sengaja ambikkan sekali medical card. Iyelah kite manalah tahu apa yang akan jadi masa akan datang. Masih rasa menyesal tak sudah dulu tak ambikkan takaful untuk mak sendiri sebelum kena kanser.

Termasuk dalam pelan ni manfaat badal haji, wakaf al-Quran dan korban bagi pihak peserta.

Jadi kalau mampu, baik ambik. Jangan berkira sangat dengan anak.

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...