Rabu, 7 Mei 2014

MLM MC Ocean yang masih hidup

Setiap hari statistik blog ini menunjukkan artikel cabuk saye berkenaan MC Ocean masih lagi dilihat. Malah artikel ini paling mendapat sambutan walaupun artikel lama. Komen pun dah panjang berjela-jela. Ade yang suke, ade yang tidak. Ade yang marah, ade yang puji.
 
Maksudnya masih ramai yang cari maklumat berkenaan MLM ni, dan MLM ini masih lagi hidup dan mencari agen-agen baru untuk 'disembelih' duit mereka.
 
Yang marah tak memasal dalam komen biasanya gagal faham keraguan yang ditimbulkan. Hal berkaitan muamalat ni bukan boleh nak faham sehari dua. Tapi komennya marah macam dah ada B.A dalam bidang muamalat. Hebat. Tapi bila Tanya kaitan muamalat dengan maqasid syariyyah dan tak boleh nak sembang...Lagi nak cerita hal-hal teknikal muamalat..
 
Penasihat Syariah
 
Ya. Penasihat syariah memang penting. Bukanlah maksudnya semua syarikat nak kena ada penasihat syariah. Tapi kalau ada lebih baik dan meyakinkan. Dalam hal MLM, syarikat perlu penasihat syariah bagi memastikan pelan syarikat patuh syariah. Syarikat yang tak ada penasihat syariah tu tak semestinya system mereka haram, tapi kalau ada perkara syubhah yang dibangkitkan, siapa yang nak jawab? Hal berkaitan muamalat bukan sebarang orang boleh jawab. Bukan boleh hentam saje. Silap-silap kena hentam semula.
 
Penasihat Syariah bukan duduk buat kerja sorang-sorang. Kena cek dengan orang bahagian marketing, bahagian pengeluaran produk, kena cek juga selari atau tak dengan undang-undang sivil. Bukan satu kerja senang.
 
Kalau di bank, bahagian syariah, pemasaran (marketing) dengan perundangan mesti kena selari. Produk dah ok dari segi syariah, tapi tak boleh nak 'market' sebab tak menarik, itu pun tak boleh juga. Rugi. Syariah dah ok, marketing pun ok, tiba-tiba ada masalah dengan undang-undang. Itupun tak boleh juga.
 
Kepada yang baru dan cara nak keluar
 
Kepada yang baru terjebak dengan jenis MLM begini masih belum terlambat nak berhenti. Syarikat ada buy back policy. Tengok semula syarat beli semula tu dalam starter kit agen. Kalau masih dalam tempoh, barang pun baik lagi masih belum bukak kotak / sampul, segera uruskan dan pulangkan semula pada syarikat. Tak payah lalu dengan upline. Pastikan barang berlonggok yang dibeli dulu tu anda simpan lagi resitnya. Pastikan resit-resit semua disimpan dengan baik.
 
Terus pergi ke HQ atau cawangan. Bukan STOKIS. Stokis ni pun agen juga. Pergi ke HQ / ibu pejabat dan Tanya cara nak pulangkan semula barang. Jangan serah semua pada upline, gamaknye memang 'burn' la duitnye.
 
Bila dah selesai urusan, sila 'follow up' selalu. Biasalah syarikat ni kalau duit kita memang laju nak ambik, tapi nak pulangkan macam-macam alasasn dan halangan yang bakal menanti. Kena bersabar dan tebalkan muka jumpa staff di pejabat.
 
Kalau tak dapat 'full refund' pun tak apa. Dapat 90% dah cukup bersyukur.
 

13 ulasan:

Unknown berkata...

salam en fauzi, nama saya syafie, maaf keluar topik, boleh tolong bg pencerahan berkenaan hukum syariah bisnes ni, namanya AFFILIATE JUNCTION.

Agen yg didaftarkan dpt komisen dr perbelanjaan rakyat malaysia.
Reply kt emel sy ye : mohdsyafie89@gmail.com

Terima kasih

Unknown berkata...

Salam En. Fauzi
Maaf kalau sy menganggu blog En. Fauzi. Bukan perbalahan yg sy cari tetapi ingin sy kongsikan pengalaman sy sepanjang berada dalam dunia perniagaan di MC Ocean.

Sy x arif psal bab2 hukum muamalat, penasihat syariah atau ape2 pn..yg sy tahu syarikat ini mematuhi akta jualan langsung dan mematuhi garis panduan syariah yg dikeluarkan oleh JAKIM.

sy juga dulu seorang yg sgt2 membenci industri MLM. Penipu, da dpt duit terus tggalkan downline. kayakan upline. Bisnes yg xdapat bertahan lama. perniagaan yg sentiasa beri harapan palsu pd org.

Namun hakikatnya apabila sy gagal memajukan biz konvensional yg sy jalankan pd tahun 2013. sy diperkenalkan sendiri kepada industri ini melalui kwn sy sendiri. Jujur katakan mmg sy x pcyakan dia. Tp sy ingin mencuba n ambil pengalaman sendiri apa yg dikatakan sebagai business school of 21st century.
Alhamdulillah, setelah sekian lama sy sertai, bg sy MC Ocean adalah satu syarikat yg sgt2 hebat, bkn shja dari segi syarikat, prinsip dan konsep syarikat juga membuatkan sy rasa sy berada dalam kelompok yg betul, kelompok yg berfikiran positif, yg xpernah memperlekehkan impian setiap individu kerana masing2 membantu antara satu sama lain.
Cuma apa yg sy nampak dr post En. Fauzi,sebelum nk terbitkan apa2, tlg fahami btul2 bagaimana konsep perniagaan ini, mcm perniagaan lain, ia juga memerlukan usaha yg berterusan dan tingkahlaku yg betul utk berjaya. sy x pernah dijanjikan yg perniagaan ini sesuatu yg mudah. tp kejayaan itu pasti bg ereka yg xpernah bhnti mengejar impian mereka. Allah S.W.T sendiri menyuruh hambaNya bersyukur atas segala nikmat yg diberikan. SEGALA nikmat, peluang, rahmat, hidayah.
Untuk membantu individu mencapai impian yg mereka impikan bukanlah sesuatu yg mudah, ia memerlukan kesabaran yg tggi n usaha yg berterusan, tp klau diri sendiri yg pemalas, n asyik pentingkan diri, tlg jgn tuduh syarikat yg salah, lihat semula diri kita. Sebab apa satu2 perniagaan dijalankan, untuk memberi keuntungan n faedah antara individu yg melakukan perniagaan, x kisahla samada pembeli, penjual mahupun antara penjual. Rasulullah pn ckp 9/10 dr pca rezeki adalah melalui perniagaan kn.
jd salahkah jika industri ini mampu merealisasikann impian n memberi kejayaan bg mereka yg berusaha. jika anda gagal jangan sesekali tuding jari menyalahkan pihak lain, muhasabah n tanya pd diri - cukupkah usaha aku hingga sekarang bagi Allah kurniakan ptu rezekiNya yg Maha luas.

Maaf jika komen sy mengguris hati sesetengah pihak termasuk admin blog ini.
Assalamualaikum wbt.

Unknown berkata...

Assalamualaikum en. Fauzi.. seperti yg encik katakan syarikat klw nk ambik duit cpt ja.. tp bab nk refund lmbt.. mcm mna pula hal dgn insurans dan takaful yg encik lakukan.. bila masa claim knapa masa hingga berbulan ya.? Masa nak daftar nk cpt sja bnyk alasan diberi n faq digunakan utk meyakinkan pelanggan utk mempunyai insuran atau takaful.. apa sebenarnya yg kamu lakukan sehingga proses memakan masa begitu lama.?

Unknown berkata...

Assalamualaikum en. Fauzi.. sda2 la bh... ko rasa best sgt sda ka bt blog n ckp ni bnda semua dlm masa yg sma ko promo takaful kau n sebagainya.. mcm ko ada motif bh bro.. sy sebagai pembaca pun panas juga dgn cara n gaya kau ni.. mcm ada yg x sesuai..

Kau ok juga ka bro.? Takaful ko mcm mna.. ramai sda org ko dpt..? Entah apa2 la kau ni bro.. ketawa saya.. haha

Nur Fauzi berkata...

wowo.
memang promosi takaful pun.

takaful - one example of real and legal bussiness
mc ocean - bullshit legal scam.

no need to explain further more.
don't waste your time with this blog.
move on.

Tanpa Nama berkata...

Makan cilikah sampai terasa kepedasanya?

Tanpa Nama berkata...

Kepada MLMer yang tumpu kepada head hunting, betul pihak KPDNKK telah meluluskan pelan pemasaran syarikat anda. Betul wujud fatwa bahawa syarikat yang pelan pemasaran yang diluluskan kerajaan adalah halal. Jadi biar saya tunjuk dahulu apa itu "yang diluluskan oleh kerajaan"

Syarikat diluluskan lesen jualan langsung dengan pelan pemasaran berbilang tingkat (MLM). Syarikat tidak dibenarkan untuk menjalankan skim piramid di mana perkara ini merupakan satu kesalahan di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993. Untuk makluman, berikut merupakan ringkasan 10 ciri skim piramid:

i. Promosi skim semata-mata melalui perekrutan peserta (downline) berbanding penjualan barang.
ii. Pembayaran bonus semata-mata melalui perekrutan peserta (downline) berbanding penjualan barang.
iii. Kontrak bertulis tidak disediakan.
iv. Pembelian wajib barang-barang dikenakan sebagai syarat kelayakan atau permulaan bayaran bonus.
v. Membeli barang-barang dalam amaun yang tidak munasabah atau didesak membeli pakej-pakej terpilih untuk mendapat bonus.
vi. Dasar bayaran balik tidak disediakan.
vii. Polisi beli balik tidak disediakan.
viii. Struktur skim yang ketat atau tidak munasabah bagi pembayaran bonus.
ix. Pengunduran diri peserta tidak dibenarkan.
x. Peserta dibenarkan membeli lebih dari satu kedudukan (pembelian pangkat).

Ayat di atas dipetik dari emel dari seorang pegawai kpdnkk. Apa yang menjadi isu? Pertama, sesetengah pengedar yang hanya tumpu pagi petang malam rekrut downline, penjualan produk hanya berlaku setelah downline (umpan kemewahan dan pendapatan luarbiasa bukan produk bagus) tersebut daftar dan ianya hanya sebagai pelengkap urusniaga. Kedua, bonus yang di terima secara bersih dari kemasukan downline (jualan produk kepad downline sahaja & bukan pembeli). Ketiga, pembelian wajib untuk mendapatkan point value dalam jumlah berpuluh ribu K, pendaftaran ahli hanya beberapa puluh ringgit sahaja dan pasti tidak menguntungkan upline pasal jualan pasti lembab. Keempat, Pembelian dalam jumlah yang tidak munasabah untuk mendapatkan point value bagi melayakkan kenaikan pangkat.

Jadi dengan beberapa isu yang bercanggah ini masih mengikut lagikah Akta Jualan Langsung & Skim Anti Piramid itu? Jika anda MLMer yang menumpu kepada penjualan produk dan network hanya setelah pelanggan tetap anda berminat untuk jadi pengedar dan anda tidak mengambil kesempatan. Tahniah. Kepada yang core head hunters, tanya diri anda sendiri, apa yang anda buat dibenarkan ke oleh agama. Hitam putih undang-undang boleh diputar belit tetapi realiti dalam agama adalah mutlak. Ingat, networking menjanjikan pendapatan dari rangkaian secara bertingkat. Jika anda mengajar downline melakukan pekara yang salah, dosa juga adalah bertingkat. Harap akhirat nanti bila disoal, downline anda semua tidak menuding jari kat anda dan berkata downline saya yang ajar.

Sekiranya penulisan saya diatas kurang kebenaran bolehlah tegur. Untuk kebaikan bersama.

Tanpa Nama berkata...

Sy jg ingin tahu hukum syariah bisnes ini

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, saya ada join
Mc Ocean sebagai GP yg modal RM 2k, tapi saya ingin return.
Cuma saya musykil sebab invoice tu dari upline saya.
Jika saya berikan kembali invoice tersebut kepada HQ mc ocean,
adakah saya akan dikembalikan 90% dari modal awal?
Apakah saya harus ke Bukit Jalil untuk return ?
Saya join di Sarawak, ada Mc Ocean
Sales Branch di sini tapi saya tidak pasti apakah itu branch atau stokis?
Saya tidak mahu berjumpa dengan Upline saya.
Mohon bantuannya.

Tanpa Nama berkata...

havent you earned that income?
whats the reason to return invoice or seek refund?plz share,tq

Tanpa Nama berkata...

Dulu aku memang negatif giler kalau dengar MLM.

Sampailah saya diperkenalkn dengan bisnes ni oleh kawan sekerja, dia tackle saya pun guna modus operandi syarikat2 MLM, sharing peluang dn sy yg kebetulan memang sedang mencari peluang bagus berminat nak melihat sendiri perniagaan ni.tiada sebarang paksaan dikenakan keatas saya.

Setelah menghadiri seminar yg diadakan, saya berminat untuk menyertai MLM ini kerana melihat sistemnya yg jelas , tak mengkayakan upline, produk yg unik dn berkualiti tggi (so hrganya yg mahal tak pernah mnjadi persoalan bagi saya), akhirnya saya berminat untuk join. Saya terus jadi stokist dgn modal rm 34k atas pilihan sy sendiri dn bukannya paksaan daripada upline.

Bagi saya sistemnya mudah difahami. Semudah sistem bisnes jual nasik lemak tumpang2 letak kat gerai orang. So tak menjadi persoalan tentang pengiraan bonus dn komisen.

Kalau nak teruskan makan gaji, silakan. Tp sy dulu pun kerja makan gaji so saya tahulah masalah kewangan dn masa yg selalu dihadapi orang makan gaji ni camana.cuma nak dgn taknak keluar dari masalah, itu pilihan sndiri dn saya hanya menunjukkan jalan yg saya jumpa smbil- sambil jualkan produk.

Dan alhamdulillah, disebabkn kawan sy yg nak pau duit sy dgn mnyuruh join MLM tu lah sekarang sy boleh buat saving lebih banyak dn mmperbaiki ekonomi keluarga saya. Jahat kan kawan saya yg nk pau duit sy ajak join MLM tu? :)

Puan Sharifah berkata...

Yg back up mc ocean tu jgn la jd bodoh. Meh aku nk bgtau selepas aku dpt korek rhsia. Kau tahu x penipuan sistem mereka ko dftar GP 2400 ko blh jd SP without modal 34k? Ko dftar GP ko pujuk downline ko buat loan 34 k automatik ko pun SP. Tp benda tu ko rhsiakan dri kawan kau yg dia ingt kau kuar modal 34K jgk. Tahu mcm mana duit2 comp penipu tu dpt lg? Daripada MnU hotel 5 star katanya.. nk join mnu bayar rm138 x 800 yg pergi total rm110,400k sewa dewan 5 star cuma rm28k-30k kt situ je berapa diorg untung??? Be smart, be wise

Tanpa Nama berkata...

MC OCEAN WUJUD lagi untuk abad 2019 - 2021 for 2022 harap tukar nama mampos.

mane2 yang nampak nama Mohamad Ikram Zaki Jaafar ni, block aje nama dia.. pencari downline terkenal.. hahhaha.. nak bisness ikut sunnah... tp tak arif pasal hukum agama... permulaan bisnes kene niat dulu ikut syarat agama dulu kene arif bidang agama baru lah bleh buat bisnes.. sendiri cakap tak arif bab agama tapi sembang pasal bisness sume nak pakai sunnah pakai nama Allah bagai..siap pakai hadith lg la bagai, kene usaha bagai la.. memaksa org lain utk kepentingan diri sendiri tu hukumnya haram.. kalau MC OCEAN ni si Mohamad Ikram Zaki Jaafar ni dia cakap dia btol sgt.. sponser la yang baru nak join tu.. bukan yang nak join tu kene keluarkan modal.. sembang supa gajah mau terbang.. pui.. pi belajo agama dulu la baru bleh nasihat org jadik downline... hidup lagi melayu mcm ni.. aku ingatkan sarjan hassan dah bunuh sume melayu camni.. hidup lg rupanya..

senang kat sini aku nak cakap.. kalau mane2 syarikat yang suh korang melabur utk syarikat.. mmg penipu lahh syarikat tu.. klu btol2 korang nk berjaya.. korang melabur utk diri sendiri n bisness sendiri.. simple..

kesimpulannya :

1 - MC OCEAN - Syarikat Haram
2 - makan duit orang bawah..
3 - yang buat pinjaman kene tanggung sendiri sampaila abg jamil mampos
4 - setiap seminar brainwash dikenakan bayaran..
(kalau syarikat kukuh, sepatutnya free je utk yg baru join ni, utk id kene bayo tu, bleh la terima jgak yuran RM30)
5 - MC OCEAN Tu terang2 MLM dan korang kene bunuh satu2 familly org utk korang truskan hidup.. xperlu face to face dgn otak org2 MC OCEAN ni.. dah muka pon muka penipu..

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...