Ahad, 27 April 2014

Masa potong kuku?

Nak sembang sikit pasal masa yang sesuai untuk potong kuku. Kebetulan perhimpunan pagi tadi periksa kuku anak murid.
 
 
 
Macam-macam ragam. Ade yang panjang hitam legam. Alasan tak potong kuku yang popular adalah terlupa dan tiade sepit kuku.
 
Teringat pule di sekolah dulu, ada kawan yang bagi alasan tak potong kuku hari tu kerana hari berkenaan bukan hari yang sunat / sesuai untuk potong kuku. Macam tu pun ada. Antara waktu yang kita biasa tahu sunat untuk potong kuku adalah pada hari Jumaat. Jadi tunggulah tiada hingga hari Jumaat, walaupun kukunye dah seperti beruang.
 
Tak kurang juga sesetengah orang berpegang pada petua dan pantang larang orang dulu-dulu.. Katanya tak baik potong kuku waktu malam. Tapi tak pula dinyatakan sebab apa. Kalau ada diberi sebab pun, adalah perkara yang tidak ada kaitan dan selalunya berunsur mistik (tahyul pun ade juge).
 
" habis tu bila masanya kita nak potong kuku kita ustat? " Tanya si anak murid tahun 1.
 
Jawapannye mudah dan ringkas. Bila dah panjang, potonglah..
 
Tak kiralah hari apa sekalipun, waktu siang atau malam. Kalau kuku panjang menyukarkan kita sampai nak beribadah (contohnya susah nak ambik wuduk), takkan nak tunggu lama-lama kan?
 
Kalau kita perasan kuku kita panjang pada waktu malam. Kebetulan pula sebelum kita makan, make potong sajalah. Tak perlu nak tunggu siang hari. Bukannya di rumah tak ada lampu yang terang benderang.
 
Tak perlu juga tunggu hari tertentu nak potong. Kalau hari Rabu kuku dah panjang macam beruang, hitam macam buntut kuali, masih nak tunggu hari Khamis atau Jumaat juga?
 
Islam mengajar umatnya supaya bersih setiap masa. Bukan hari tertentu sahaja.
 
Jangan salah faham! Bukan halang kita nak ambil waktu sunat seperti hari Jumaat itu, cuma dalam mengejar paha sunat, jangan diabaikan kebersihan diri. Jaga kebersihan diri pun dapat pahala kan?
 
Yang penting sebelum potong baca 'bismillah'.
 
Cara potong dan cara bunag kuku tu, sembang lain kalilah ye.

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...