Khamis, 24 April 2014

Cara buat cincau?

*blog jualan saya  - cincaubp.blogspot.com. Boleh dapatkan dan belajar buat sendiri cincau yang lembut.

Saye suke minum cincau. Kalau beli air tin, selalu juge beli air tin cincau. Segar dan sejukkan badan.


Terbaca pasal minuman cincau fitrah di akhbar. Baru tahu jeli cincau tu dibuat daripada pokok cincau (batang dan daun) yang dikeringkan. Juga baru tahu pokok itu tidak ade di Malaysia. Kebanyakannya import dari China. Paling dekat pun dari negara jiran kita, Indonesia.

Terfikir juge macam mana kat kedai ade orang jual cincau bungkus plastik buat sendiri tu? Jadi bila tanya-tanya cara mudah nak dapat daun cincau adalah di kedai ubat cina @ singseh (orang selalu sebut macam ni).

Kali ni nak cuba buat sendiri. Saya dapat resepi dan juge bahan-bahan nak buat cincau ni dari rahsiacincau. Bahannye tak banyak pun. Selain daun cincau kering, bahan lain adelah air kapur dan juga tepung ubi. 

Jadi kalau nak cuba buat, boleh cube beli pek percubaan dengan rahsiacincau. Sangat sesuai bagi sesiapa yang ragu-ragu dengan status halal cincau paket yang dijual di kedai-kedai. Buat sendiri, kita lagi yakin halal.



Ini rupenye daun cincau kering. Yang ini 50 gram saje. Bile tunjuk pada anak murid, dikatenye kita beli tembakau nak buat hisap rokok..Mujur die tak kata cikgu beli ganja. Turut disertakan air kapur dan tepung ubi yang dah siap sukat.


Sebelum nak rendam basuh dulu daun kering tu. Beginilah rupenye bila dan rendam. Campur sekali air kapur masa rendam. Kalau ikut resepi, paling kurang 1 jam. Biase orang rendam semalaman. Kasi kembang daun tu...Memang bau cincau naik dah mase ni. Sukatan air lebih kurang 2.5 liter.


Ni rupa bila rebus. Daun yang dah rendam lama tadi kita rebus lebih kurang 45 minit. Kena kacau jugalah sikit-sikit sebab memang menggelegak. Pakai periuk besar sikit pun takpe. Warna air memang jadi hitam. Bau cincau memang sedap...Nak wangi lagi boleh masukkan daun pandan masa rebus. Lagi sedaplah baunye.


Bile sudah siap rebus. Tapiskan hampas-hampas daun, ambik air (pati) saje. Perah-perah juga daun-daun tu bagi keluar banyak patinye. Memang kembang la daunnye semua. Yang ni agak leceh la juga buat sorang-sorang.


Ni rupenye bila dah siap masuk air tepung ubi. Nampak pekat kan? Bile dah siap tapis tadi, bancuhkan tepung ubi (100 gram kot) dengan 200 ml air. Nak masukkan dalam pati concau tadi pastikan tapis juga. Bila dah masukkan air tepung, kena kacau terus. Jangan tinggal. Ade la dalam 15 minit kacau.

Bila kacau tu mula-mula pati tu jadi likat dan kemudian macam bergentel-gentel. Janagn berhenti kacau, teruskan sampai cair semula dan jadi hitam pekat berkilat. Masa tu boleh dah nak matikan api.

Sebelum tu pastikan bekas dah susun siap-siap. Sebab bila dah likat ni, cepat beku. Leceh pulak nanti nak kaut yang dah jadi macam gel / gam nak masuk bekas. Tuang la ikut acuan/ bekas yang disukai. Biarkan sejuk sikit sebelum masuk dalam peti sejuk.


Senang kan? RM20 beli pek percubaan, banyak juga dapat cincaunye. Memang puas la kalau takat makan sendiri. Tak susah mana pun rupenye nak buat. Cuma rendam daun tu saje yang kena lama.

Bagi yang suka makan cincau, boleh la cuba beli pek percubaan. RM 20 saje. Beli dengan rahsiacincau.

Bila dah buat ni, rase rugi pulak beli pek percubaan. Lepas ni nak order pakej yang lagi besar. Boleh la nanti bagi-bagi sikit pada orang lain merasa.

Cuba la buat.

* kemaskini...

cincaubp.blogspot.com

Kalau nak buat air cincau pun lebih kurang begitu lah...Rebus daun kering tadi dengan air yang banyak. Apa yang saya buat, hampas yang diguna untuk dapatkan pati buat agar-agar cincau yang kenyal tu saya guna lagi sekali. Rebus sekali lagi dengan air sampai mendidih. Tapis dan ambik airnye saja. Itulah dia air cincau. Kalau pekat, boleh tambahkan air lagi. Kalau pekat sangat macam pati, rasa agak pahit sikit bila minum. 50 gram daun kering, rasanya 10 liter air pun boleh lagi. Sebab kalau kita tengok air cincau dalam tin atau jual di kedai, warnanya tak pekat macam yang direbus.

Terbaru....
 Air kapur = air abu.
Campur lebih kurang 15ml air abu semasa cincau direndam dalam air.(15ml untuk 2.5 liter air rendam)

39 ulasan:

msredcheesecake berkata...

tak berapa suka cincau... :)

Nur Fauzi Bassar berkata...

Dulu tak suke sangat. Sejak dah tua ni sedap pulak rasa..

APAN berkata...

nice entri...haha...
aku pun suka mkn cincau ni...tp penah terpikir dtd dr mana mende tu kan...
mcm ni rupanya...
nak buat sendiri mls, at least tau dulu la setakat ni. huhu...

bro, ko online blog or read blog aku guna phone ke? cth, kalau guna phone, IntenseDebate (comment system) dlm blog aku mungkin x appear. thats why ko slalu komen guna default blogger comment system. just nak bgtau, komen ko x appear la ye..kaalu aku approved nanti komen intensedebate x keluar...beres

Nur Fauzi Bassar berkata...

Tergerak hati nak carik daun cincau ni bile bace pasal syarikat fitrah food yg keluarkan air cincau.
Buat tak susah, tapi sekali buat ni banyak juge dapat. Boleh la bagi kawan2.

Sejak gune smartphone ni jd pemalas guna laptop. Laptop guna buat keje menaip dgn tengok cite je...post artikel blog kalau pendek mmg gune telefon saje..

APAN berkata...

terbukti, hp ko begitu canggih berbanging hp aku. haha...

Wanita Bertudung Hitam berkata...

wah menariknya..nanti saya balik malaysia nak try lah

Nur Fauzi Bassar berkata...

Cube la buat. Rase rugi pulak sekarang baru tau cara nak buat....zaman muda2 kalau dah dapat tau bole buat niaga dah.

Tanpa Nama berkata...

Sye juga sanget setuju

ruswany ahmad wanny berkata...

Salam.kat mana bleh dapat daun cincau.

ruswany ahmad wanny berkata...

Salam.kat mana bleh dapat daun cincau.

presa1200 berkata...

Maknanye tak payah letak serbuk jelly pn boleh beku sendiri ke?

umi kalsom berkata...

tahniah admin dengan adanya blog ni insyaallah dapat mewujudkan usahawan cincau dimalaysia.saya dah try buat cincau lama dah. boleh la nak bagi tips kepada yg berminat.

.

umi kalsom berkata...

tahniah admin. insyallah blog INI dapat mewujudkn usahawan cincau di malaysia. saya dah Cuba lama dah buat cincau. boleh la nak BG tips kepada sesiapa yg berminat

umi kalsom berkata...

cincau mengandungi alkolid yang dapat mengilat zarah air.tak payah ltak serbuk jelly.

presa1200 berkata...

oh yeke, terima kasih krn memberi penjelasan. takut benda2 mcm ni yg jual kat pasaraya ada gelatin je.

presa1200 berkata...

sy pernah terbaca, kalo dicampurkan dgn bbrp jenis ubat cina masa buat cincau boleh juga jd guilinggao (herbal jelly), slalu tgk kat jusco ade jual dlm tin tp kebykan import dari negeri cina, ataupun lazim dijumpai kat restoran2 yg jual manisan dan ubat2an cina. yg sy tahu byk tak halal sbb ade campur dgn kolagen kura-kura.

elok juga kalo ade resepi guilinggao.

umi kalsom berkata...

daun cincau adalah herbs yg tinggi khasiatnya. untuk demam saya makan cincau saja ganti ubat paracetamol.cincau ni byk khasiat lagi sebenary. yg di pasaraya mungkin dimasukan gelatin kerana air dia tak keluar dalam plastik tiub. cincau yg dimasak dgn tepung air dia past I keluar kalau dok lama dalam plastik.

presa1200 berkata...

btol tu buat sndiri paling best. xtau pulak demam boleh mkn cincau sbb slalu sy buat air pegaga je. thx for the info.

salam

Nur Fauzi Bassar berkata...

Terima kasih datang jenguk blog ni ye.
yang baik sama-sama kongsi.
Dalam proses juga nak buat pek mudah buat cincau sendiri.

Nur Fauzi Bassar berkata...

http://cincaubp.blogspot.com/2015/02/pek-buat-cincau.html?m=1

Boleh cuba dapatkan pek percubaan di sini.

Tanpa Nama berkata...

Salam!
1. Bagus utk pesakit darti (darah tinggi)
2. Camne nak buat air gula dia?
TQ n wasalam

Misdayati Awal berkata...

Slm..amin daun ni nk dpt kt mna??

Tanpa Nama berkata...

Tq infor yg menarik n jga komen yg bagus blh diamalkn . slpas dah masak rasa cincau tu tawar ke manis.yg selalu sya bli mnis n sedap.

Tanpa Nama berkata...

Tq infor yg bgus utk tbh pgetahuan.mcm mna nk bgi ketulan cincau tu mnis.

Nur Fauzi Bassar berkata...

blog jualan saya.

cincaubp.blogspot.com

pek belajar cincau saya ada sediakan.

Tanpa Nama berkata...

Saya beli cincau and bawa balik ke saudi, satu pek tahan seminggu jek :) Nanti balik msia, mmg kena beli byk2, buat stok kat saudi

Nur Fauzi Bassar berkata...

bagus tu.
boleh cuba la jual sikit-sikit kat sana.
mana tau lakuuuu

Carlz Jafran berkata...

Kapur tu kapur sirih ker? Nak dapat kapur tu kat mana?

uwais berkata...

Saya 3,4 tahun lepas masa di kedah buat air soya dan cincau sendiri. Rasanya permulaan beli di rahsiacincau tu la. Buat jual di bulan puasa. Air soya campur cincau paling laku. Lepas tu saya beli berkilo² daun cincau tu, tapi dipindah kerja di selangor. Masih ada lagi daun tu di kampung...tu kisah 3,4 tahun lepas. Cuma rasa.macam nak buat semula. Tapi tak ingat sukatan dah. Jika 50gram daun masa rendam tu pakai berapa liter air ya? Dan sukatan tepung ubi berapa gram? Boleh bantu tak?

Nur Fauzi Bassar berkata...

50g daun guna 2.5 liter air.
tepung 100g + 200ml air.

Saya sekarang dah buat jualan sendiri juge.
tepung tu kalau nak lebihkan sikit pun boleh.
Cuma lepas rendam & rebus tu pastikan pati cincau tu betul-betul hitam

kids berkata...

Saya pun dlm dua bln lps bru tau cuncau ade pokok.kmdn sy bli pokoknya,sy biakkn.adalh tiga pasu kecil anak pokok.

Tanpa Nama berkata...

Kalau daun cincau fresh boleh x guna tanpa di keringkan dulu?

Tanpa Nama berkata...

Kalau daun cincau fresh boleh x guna tanpa di keringkan dulu?

Nur Fauzi Bassar berkata...

Saya pernah tengok video. Daun cincau segar yang dah tua cuma diramas-ramas untuk keluarkan lendir dari daun. Kemudian masukkan dalam peti sejuk, jadi cincau hijau.

hashim haron berkata...

Saya dh guna resepi anda tapi cincau tu lembik sangat..boleh beri idea supaya cincau tu keras

hashim haron berkata...

Saya dh guna resepi anda tapi cincau tu lembik sangat..boleh beri idea supaya cincau tu keras

Tanpa Nama berkata...

Saya dh cuba pekej saudara tapi cincau tu lembik sangat ..kenapa?

Tanpa Nama berkata...

Cincau jadi tapi lembik sangat..kenapa?

Tanpa Nama berkata...

buy cialis online no prescription
[url=http://cialiswithoutdoctor.org]cialis without prescription
[/url] viagra viagra canadian pharmacy guestbook_sign.php
cialis without a doctor prescription
- alternative viagra
viagra 10mg total topics

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...