Khamis, 13 Februari 2014

Percussion - hampir lengkap!

Saya taklah mahir bermain alat muzik ketuk-ketuk ni. Cuma bolehlah sikit-sikit. Kalau nak ajar budak-budak sekolah rentak asas tu boleh lagi.

Koleksi yang ada sekarang.


Djembe celoreng itu tersadai kerana kulit rosak, dan cakuk besi tiada. Beli 2nd hand RM400. Jenama LP Aspire.

Djembe merah dapat beli dengan harga RM600. Tauke kedai bagi diskaun banyak. Jenama LP Aspire.

Darbuka (warna gelap gangsa) beli 2nd hand. Harga RM350, dapat di mudah.my.

Darbuka aluminium (yangki?) beli sama-sama dengan metal shaker RM300. Beli dengan Rabbani, berpeluang jumpa dan sembang dengan arwah Ustaz Asri Ibrahim.

Kompang kecik beli di Mydin MITC Melaka. Anak punya sebenarnye. RM30.

Tambourine hijau beli online. RM45 termasuk pos.

Yang terbaru

" Ayah beli bombom besar !!"

Dapat beli set conga siap dengan kakinye sekali. 2nd hand RM560 jenama CMC. Jumpa selepas puas ronda cari kedai muzik di Batu Pahat. Susah nak jumpa alat 2nd hand kat kedai muzik. Kalau beli baru jenama CMC ni dalam RM1k - RM1.2k. Kalau jenama LP Aspire mau kena RM1.5k untuk yang baru.

Nak buat apa semua ni?

Selain hobi, semua alat ini digunakan oleh anak murid di sekolah untuk aktiviti kokurikulum dan juga latihan persembahan. Sekolah kecik, jadi bajet tak banyak nak beli alat muzik ni. Jadi bolehlah juga budak-budak ni bergembira berlatih sambil ketuk-ketuk.

Nampak senang nak main, tapi yang mengajar budak ni sampai pening kepala.

Tambah lagi?

Akan datang insyaAllah nak tambah bongo siap dengan kaki (dalam RM400 - 500) dan kompang melayu dalam 2 bijik saiz 11 inci.

Memang nak beli semua ni kos agak tinggi. Jadi kenalah kumpul sikit-sikit. Sekali keluar semua ribu-ribu memang kopak.

2 ulasan:

Nick Nashram berkata...

sek aku ada team nasyid.
balik sek budak2 brlatih main percussion.
aku tengok je.
sekadar ketuk2 bole la..haha

msredcheesecake berkata...

boleh buat video klip main alat ni...

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...