Rabu, 19 Februari 2014

MLM Stemcell?

Heboh juga pasa MLM ni sampai dapat perhatian saudara Mazidul.

Kecoh sebab logo halal JAKIM yang ada di kotak sebenarnya adalah palsu. JAKIM sendiri mengesahkan tiada sijil halal dikeluarkan untuk produk tersebut.

Oleh itu penggunaan logo JAKIM tanpa sijil itu adalah satu kesalahan yang tak boleh dipandang ringan. Menipu pengguna. Ramai pengguna yang membeli disebabkan keyakinan terhadap logo halal yang dipamerkan.

Keluaran yang terbaru, logo halal JAKIM sudah dipadamkan.

Lain-lain isu berkenaan produk ini berkaitan dengan kelulusan dari kementerian kesihatan dan juga SIRIM.

Pendek kata, tuan punya syarikat memaparkan logo dari badan yang berkaitan tanpa sijil yang sah. Sangat mustahil jika alasan tidak sengaja digunakan. Nampak benar menggunakan logo yang ada untuk menarik pengguna. Dalam erti kata lain menipu untuk dapat untung.

Perakuan Halal dari luar?

Tiba-tiba ada pula perakuan halal dari luar. Malangnya JAKIM mengesahkan tidak mengiktiraf badan yang mengeluarkan sijil halal tersebut. Sekali lagi, produk itu tidak tertulis pun dalam sijil tersebut.

Jadi ramai yang was-was dengan status halal produk. Tapi tak kurang saje yang nekad terus guna dan jual. Itu kena tanggung sendiri jawabnye.

Saya tak pernah beli. Tapi kalau pernah beli pun, saya tak akan beli lagi bile hal guna logo menipu tu dah 'kantoi' dan disahkan sendiri oleh pihak JAKIM.

Hal MLM patuh syariah?

Sijil halal pun dah kelentong, lagi nak suruh panel semak pelan dengan produk? Alamatnye memang ke laut la patuh syariahnye.

Agen-agen yang promosi tak payah nak panas punggung sangat ye. Orang ramai tak heran dengan semua duit dengan keta tu. Tak payah guna alasan dengki orang Melayu. Tauke produk tu pun bukan Melayu pun. Itu yang jadi ciplak logo semua. Apa dia peduli hal halal ni? Guna logo tu nak cari pembeli beragama Islam je.

Ada agen yang jadi jutawan? Agak-agak tauke tu berapa banyak untungnye? Agen yang makan komisyen sikit pun jutawan. Tauke produk? Lagi masyukk.

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...