Ahad, 9 Februari 2014

Kicap pun mahal??

Pasal kicap pun boleh buat cerita kan? Haha.

Siapa yang suka makan kicap? Kicap dah sinonim dengan rakyat Malaysia. Lebih-lebih lagi bagi orang jawa macam di Johor dan Selangor. Susah nak tinggal kicap ni. Ada juga yang tak lalu nak makan kalau tak ada kicap. Sambal kicap memang wajib ada di rumah.

Al kisah pasal kicap ni, bila barang pakat naik harga maka kicap pun tidaklah terkecuali. Mestilah naik juga harganya. Paling utama sebab harga minyak dan bil elektrik naik. Secara mudahnya bila kos meningkat, maka harga pun akan meningkat. Penjual pun mesti nak untung..

Kicap Cap Kipas Udang
Jenama ni memang dah terkenal seantero Malaysia. Ingat lagi lagunye dalam iklan di televisyen masa zaman kanak-kanak dulu.
~ cap cap cap. Cap kipas udang. Lepas makan kita berkipas ~
Lebih kurang begitulah bunyinye. Cubelah nyanyi sendiri ye.

Saya dulu pun memang selalu kalau beli kicap memang beli kicap Kipas Udang ni. Sedap. Sampai ada yang buat kicap tiruan guna jenama Kipas Udang ni. Popular betul kicap ni. Kalau masak pun selalu juga tambah kicap pada lauk yang dimasak. Kalau mee atau nasi goreng tu memang selalu tambah kicap masa tumis.

Tapi itu cerita dulu la..Tapi sejak harganya semakin mahal, dah tak beli.

Berapa harga sebotol?


Gambar ambik dari internet. Tapi memang begitulah harga yang tertera. RM 10 untuk sebotol yang besar.

Lantaran itu, saya bertukar kepada.....

Kicap Jalen
Ya. Sekarang saya guna kicap Jalen. Sebelum ini memang ada juga beli kicap Jalen, tapi tak selalu. Sebotol kicap Kipas Udang, tambah lagi seringgit atau dua ringgit boleh dapat 2 botol kicap Jalen yang besar.

Rasa kicap Jalen pun boleh tahan. Sebenarnya bukannya tahu sangat pun rasa kicap ni. Hampir sama je. Tapi bagi yang jenis cerewet mungkin dapat bezakan. Ade kawan yang kata kicap Jalen kalau buat masak rasa pahit sikit. 

Entahlah. Saya telan saje.

Sekarang, saya terus beli botol 2 liter. Lagi jimat. Buat sambal kicap banyak sikit, simpan stok dalam peti sejuk. Nak guna untuk makan, pindahkan dalam botol kecik. Bila habis tambah lagi.

Pensyarah cerita pasal kicap
Rupa-rupanya ada cerita pasal kicap Jalen dan kicap Kipas Udang ni. Sebelum ni tahu melantak saje. Dapat tahu pun dari pensyarah IPG, masa ambik diploma pendidikan di JB tahun lepas.

Menurut pensyarah tersebut, pada zaman dahulu bos kicap Jalen dan Kipas Udang ni berkongsi buat kicap di Johor. Sekarang ni pun memang kedua-dua kicap ni berpangkalan di Johor.

Tapi entah macam mana akhirnya sorang rakan kongsi ni tarik diri dan buat jenama Jalen. Ramuan nak hasilkan kicap ni pun kabornye hampir sama saja.

Benar atau tidak kisah ini tidaklah dapat saye pastikan. Tapi mengikut pensyarah yang mengajar saya itu, orang lama di Johor Bahru tahu yang kicai Jalen dan Kipas Udang itu dulu satu syarikat.

Ape pun, saya pilih kicap Jalen. 

Anda makan kicap jenama ape??

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...