Sejak akhir-akhir ni ade juga kenalan yang bertanya tentang hukum emas delay. Lebih-lebih lagi sejak harga emas jatuh. Maka ligat juga aktiviti beli emas berlangsung.
Saya mulanya tak tahu ape itu emas delay. Tak pernah dengar istilah tu. Jadi bila cuba buat carian kat internet maka banyak maklumat yang kita dapat jumpa. Tak ketinggalan ade juga golongan 'ustaz' yang turut serta main emas delay ni. Jadi lagi ramai yang turut serta.
Persoalannya adakah hukum emas delay ni halal atau haram? Bagaimana pula dari sudut syariah?
Di bawah adalah sedikit maklumat yang saya perolehi dari sebuah forum di internet.
Terbaru dari DEPB...
beli emas delay dengan harga RM150 pergram anda akan dapat imbuhan sebanyak RM8.50 segram....setiap bulan....
setiap gram yang anda beli ...DEPB akan pulangkan semula sebanyak ...RM8.50 untuk anda ...bagaimana kiraannya...sila lihat contoh di bawah...
Belian 100g....barang akan dapat selepas 3 bulan...disebabkan kelewatan maka anda akan dibayar sebanyak RM850.00 selama 3 bulan...bulan ke 3...anda boleh
1. ambik emas ...
2. buyback semula atas harga RM15500.00 lebihan RM500 dari harga belian...atau
3. terus menerima RM850.00 dengan syarat modal anda tidak dikeluarkan...
pilihan di atas , hanya perlu pilih satu sahaja....
contoh keuntungan yang akan anda dapat...
beli 10 gram harga RM1500.00
1. bulan pertama dapat RM85.00.
2. bulan kedua dapat lagi RM85.00
3. bulan ketiga dapat lagi RM85.00
4. bulan keempat nak stop dapat RM85.00 + RM1550 = RM1635.00 dan emas 10 gram...
keuntungan anda ialah
RM85.00 x 3 = RM255.00 + RM1635.00 = RM1890.00
ROI 4 bulan RM1890.00 - RMM1500 = RM390.00 / RM1500 = 26%..
Ada banyak persoalan yang boleh ditimbulkan.
Antaranya persoalan khilaf beli emas cara tangguh. Pendapat beli emas cara tangguh itu merupakan pendapat minoriti ulamak. Jumhur ulamak termasuk mazhab syafie menyatakan haram jual beli emas cara tangguh, tak kira barang kemas atau pun dalam bentuk gold bar.
Saya lebih cenderung dengan pendapat ini. Pendapat al-Qardawi yang membenarkan pula atas alasan umum balwa, iaitu perkara itu telah berleluasa dan sukar dielakkan.
Boleh rujuk artikel ustaz zaharuddin.
Kalaulah mereka ambil dan taqlid pada pendapat yang mengatakan harus, baiklah asalkan jelas dengan hujjah dan dalil yang mengharuskan.
Masalahnya ada elemen yang menyerupai riba bila emas yang kita beli apabila sampai tempohnya kita tak ambil dan terus biarkan penjual simpan. Kemudian penjual akan terus memberikan rebate (riba?) selagi emas itu disimpan oleh penjual.
Saya boleh samakan dengan keadaan kita berikan modal pada seseorang dan meminta pulangan tetap setiap bulan selagi modal kita tak ambil. Perkara itu jelas haram.
Atas dasar apa kita boleh dapat rebate selagi emas dipegang oleh penjual, walhal kita sudah boleh ambil?
Rebate sebelum emas di ambil itu kita faham lagi. Tapi atas dasar apa hak kita dapat rebate bila restock emas tersebut. Walhal dari segi pemilikan emas tu sudah milik kita sepenuhnya.
Konsep ini saya lihat mencambahkan sikap malas masyarakat melayu khasnya. Konsep duduk diam dapat duit. Keluar modal rm 10k sebagai contoh. Beli emas cara delay, kemudian biar emas dipegang penjual. Tiap-tiap bulan tunggu duit rebate masuk.
Bukan niat nak menutup rezeki orang, tapi harapnya perkara ini dapat dijelaskan terutamanya dari sudut syariah. Syarikat emas geneva sebelum ini beroperasi berdasarkan modus operandi yang hampir sama, akhirnya diserbu juga oleh bank negara.
Bagi saya yang faqir ni, untuk lebih selamat, seeloknya buat urusniaga emas secara tunai dan tidak bertangguh. Dan tak perlulah kita pajak memajak emas yang kita ada melainkan keadaan yang memerlukan macam nak beli rumah, kembangkan perniagaan. Kalau saje-saje nak pajak tu tak payahlah buat. Jangan buat hutang yang tak perlu.
Memang akan ada yang tak setuju. Tapi jangan ambil ringan hal seperti ini. Dan tak perlu guna alasan beremosi dan sentimen perkauman. Jelaskan dengan rasional bagaimana rebate itu tak menjadi riba.
Dalam institusi kewangan, segala permasalahan dari sudut syariah akan dijawab oleh penasihat syariah. Tapi dalam urusniaga emas delay ni, tak tahu siapa yang boleh dirujuk untuk mengesahkan urusniaga ini bebas riba. Kalau semata-mata kenyataan pohak syarikat dan ustaz yang turut serta dalam emas delay itu, tak sesuai kerana kemungkinan besar jadi 'bias'.
Ape pun sebarang respon yang berhemah sangat dialu-alukan.
Hidup seperti kebanyakan makhluk Allah yang lain. Kita semua sama, melainkan amal dan taqwa.
Isnin, 23 Disember 2013
Hukum emas 'delay'?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Jika ada ulama mengatakan halal dan ada yang mengatakan haram maka perkara itu telah jatuh syubhah.
“ Daripada Abdullah bin An-Nukman bin Basyir r.a katanya "Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya yang halal itu telah nyata (jelas hukumnya) dan yang haram itu juga telah nyata (jelas hukumnya) dan di antara kedua-duanya (halal dan haram itu) terdapat perkara perkara syubhah (yang tidak jelas akan kehalalan dan keharamannya) yang tidak diketahui oleh ramai manusia, maka barangsiapa yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang syubhah itu samalah seperti orang yang telah melindungi agamanya dan kehormatannya, barangsiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara yang syubhah maka sesungguhnya ia telah terjatuh ke dalam perkara-perkara yang haram, seumpama penggembala yang menggembala di sekitar padang rumput yang berpagar hampir-hampir binatang gembalaannya masuk dan memakan rumput-rampai yang berpagar ini.Maka ketahuilah sesungguhnya bagi setiap raja itu ada padanya kawasan larangan dan ketahuilah bahawa sesungguhnya kawasan larangan Allah adalah perkara-perkara yang telah diharamkanNya. Dan ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh itu terdapat satu ketul daging, jika ia baik maka baiklah keseluruhan tubuh dan sekiranya ia rosak maka rosak pulalah keseluruhan jasad, sesungguhnya ia adalah hati." (Diriwayatkan oleh AI-Bukhari dan Muslim)
Catat Ulasan