tag:blogger.com,1999:blog-7467863516258402934.post663748118534888078..comments2024-01-22T22:42:15.875+08:00Comments on Hidup orang biasa...: Hukum emas 'delay'?Nur Fauzihttp://www.blogger.com/profile/05966676989003288452noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-7467863516258402934.post-34570102493008589192014-09-11T14:24:48.831+08:002014-09-11T14:24:48.831+08:00Jika ada ulama mengatakan halal dan ada yang menga...Jika ada ulama mengatakan halal dan ada yang mengatakan haram maka perkara itu telah jatuh syubhah. <br />“ Daripada Abdullah bin An-Nukman bin Basyir r.a katanya "Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya yang halal itu telah nyata (jelas hukumnya) dan yang haram itu juga telah nyata (jelas hukumnya) dan di antara kedua-duanya (halal dan haram itu) terdapat perkara perkara syubhah (yang tidak jelas akan kehalalan dan keharamannya) yang tidak diketahui oleh ramai manusia, maka barangsiapa yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang syubhah itu samalah seperti orang yang telah melindungi agamanya dan kehormatannya, barangsiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara yang syubhah maka sesungguhnya ia telah terjatuh ke dalam perkara-perkara yang haram, seumpama penggembala yang menggembala di sekitar padang rumput yang berpagar hampir-hampir binatang gembalaannya masuk dan memakan rumput-rampai yang berpagar ini.Maka ketahuilah sesungguhnya bagi setiap raja itu ada padanya kawasan larangan dan ketahuilah bahawa sesungguhnya kawasan larangan Allah adalah perkara-perkara yang telah diharamkanNya. Dan ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh itu terdapat satu ketul daging, jika ia baik maka baiklah keseluruhan tubuh dan sekiranya ia rosak maka rosak pulalah keseluruhan jasad, sesungguhnya ia adalah hati." (Diriwayatkan oleh AI-Bukhari dan Muslim)Anonymousnoreply@blogger.com