Rabu, 4 Disember 2013

Tengok wayang cerite 'ustat'

Lari sikit dari cerita banjir di kuantan.

Minggu lepas dapat peluang 'dating' berdua dengan isteri. Itu lepas siangnya masing-masing 'stress' menghadap kerja masing-masing. Jadi untuk mengelakkan kepala terus pening, kami pun jalan-jalan di aeon big batu pahat.

Akhirnya tak sengaje terbeli tiket wayang. Maklumlah bukan selalu ade peluang begini. Kalau hero lagi dua orang tu ikut, makan pun bergilir..


Kali terakhir kami menonton wayang bersame kire-kire 3 tahun yang lalu.

Seronok ceritenye?

Pada saye, ceritanya biase saje. Tapi menghiburkan dan penuh dgn nasihat dan dakwah.

Bukan senang cerita macam ni nak masuk pawagam. Sekurang-kirangnye yang menonton dapat dengar dakwah yang cuba disampaikan. Lebih berbaloi la daripada bayar rm12 tengok cerita hantu penanggal.

Ade juge yang kritik sebab lawak bodoh kumpulan shiro. Itu pendapat masing-masing...Tapi rase kalau yang jenis solat celup-celup tengok cerita ni, rase kene ketok lah juge.

Babak geng tabligh jalankan dakwah, memang begitulah yang terjadi dalam dunia sebenar. Kena pulau, kena tipu, orang benci, macam-macam.

Saye menyarankan agar anda xube twngok cerita ni. Dah tengok ke?

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...