Jumaat, 4 Oktober 2013

Kecoh hal Seminar Sedare Azizan Osman

1. Trafik masuk menderu semalam. Bila semak, ramai terjah baca hal berkenaan Azizan Osman yang 'terlupa?' hal personal coaching yang ditawarkan. Peserta bayar beribu, tapi sesi yang ditunggu tiada.

Baca sini.

2. Saya tak mahu sebut gelaran 'Dr' kerana ragu-ragu dengan status PHD nya. Bukan dengki. Tapi penggunaan gelaran Dr ini perlu diberi perhatian dan tak boleh diguna sewenang-wenangnya. PHD itu harganya bukan setakat duit yang dibayar, tetapi penat lelah, pengorbanan, buah fikiran, usaha, idea baru, dan macam-macam lagi turut perlu ada untuk dapatkan PHD.
Anda tak setuju, itu hak anda. Tapi ada isu integriti di situ.
Memang ada usaha yang dijelaskan oleh pihaknya, berkenaan status MQA dan banyak lagi. Namun dalam masa yang sama dakwaan sijil beli dan tipu itu juga tioleh dipandang enteng.

3. Ramai yang mengatakan Pn Rohaniah fitnah dan tipu, walhal ia kejadian sebenar dan bukan beliau seorang saja yang pernah terkena. Yang terbaru, pihak syarikat Azizan Osman telah mengeluarkan kenyataan rasmidan memohon maaf. Syarikat setuju 'refund' semula duit Pn Rohaniah. 
Rujuk sini.

Hal begini tak sepatutnya dipandang ringan oleh pihak syarikat. Orang yang menyebarkan berita berkenaan hal tersebut spin fakta? Itu risiko yang perlu dihadapi oleh syarikat kerana terlepas pandang hal yang bagi saya agak besar. Peserta membayar untuk perkhidmatan yang tidak diberikan. Dan perlu menunggu lama untuk dapat respon. Lama sehingga makan masa berbulan. Itu bukan isu kecil.

4. Saya secara jujurnya tidak berminat mengikuti seminar yang diadakan oleh saudara Azizan Osman. Ini berikutan kemunculannya berkaitan dengan seminar rahsia tarikh lahir beberapa tahun sebelum ini. Saya berpegang kepada mempercayai nasib berdasarkan tarikh lahir adalah dosa dan amalan syirik. Seolah-olah tarikh lahir itu lebih berkuasa daripada qada' dan qadar Allah.

Walaupun kini seminarnya lebih kepada motivasi dan membangunkan perniagaan, namun hal seminar tarikh lahir itu sukar untuk saya lupakan.
Anda yakin dan suka, itu hak anda.

5. Tentang hal peribadinya yang pernah kecoh, itu saya tak mahu ambil tahu. Hal peribadi.

6. Saya tidak mengatakan apa yang disampaikan oleh saudara Azizan Osman adalah tipu belaka. Dia mungkin mempunyai kemahiran dan bakat dalam menyampaikan ceramah, memberi motivasi dan meyakinkan orang ramai. Jadi untuk menidakkan dia menerima bayaran atas servis/perkhidmatan ceramahnya juga adalah tidak adil.

7. Memang ada ilmu dan input yang berguna yang boleh kita ambil dari ceramah yang dianjurkan. Jadi kalau nak pergi ke seminarnya yang percuma atau murah, tiada masalah. Cuma perlu berhati-hati untuk ambil pakej yang mahal. Penilaian setiap orang berbeza. Ada yang kata berbaloi, ada yang kata tak berbaloi langsung.

8. Pihak yang menyokong Azizan Osman jangan terlalu fanatik dan taksub. Mentor anda juga manusia seperti saya . Makan, tidur, kentut dan banyak lagi perkara yang dilakukan oleh manusia lain. Oleh itu manusia tidak lepas dari melakukan kesilapan. Usah berdegar sangat 'backup'.

9. Jelasnya, saya tidak begitu berminat dengan seminar saudare Azizan Osman. Manusia ada pendapat dan penilaian masing-masing. Jadi tak perlu dipertikaikan kalau ada orang yang kurang gemar dengan seminar saudara Azizan Osman.

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...