Jumaat, 2 Ogos 2013

Seminar Dr Azizan - Tipu?

Sebenarnya sya memang tak begitu tertarik dan percaya dengan seminar yang dianjurkan oleh Dr Azizan ini.


Bukan sebab benci dan iri hati, cuma tak sedap hati bila dia anjurkan seminar kejayaan berdasarkan pada tarikh lahir. Itu sudah cukup membuatkan saya ragu-ragu.

Kerana saya berpegang bahawa manusia ini tiada sama. Kejayaannya bukan ditentukan dengan tarikhnya lahir. Tapi atas amal dan usahanya dengan cara yang betul.

Itu janji Allah. Siapa yang berbuat kebaikan walaupun sedikit, akan dibalas.

Lebih-lebih lagi apabila Dr Azizan menjadi 'bahan' dalam blog anti MLM terkenal Aididmuaddib.

Didedahkan bahawa dia sebenarnya tidak layak dengan gerangan doktor itu.

Namun beberapa tahun kebelakangan ini seminarnya dapat sambutan yang hangat, walaupu berbayar.

Tak apalah. Saya memang tak begitu endahkan sangat. Hinggalah bertemu dengan post INI di FB Say No to MLM.

Banyak lagi blog lain yang turut komen berkenaan penipuan yang dilakukan secara senyap. Contohnye annadeline, dan getoffthebox.

Sila baca dahulu penjelasan tuan punya badan.

Rasa tertipu. Bayaran mahal kononnya untuk seminar, tempat duduk VIP, sesi soal jawab (mentoring) dan personal coaching 12 bulan. RM 4999 terbang pergi.

Namun hasilnya tak sehebat yang dicanang. Baginya sesi soal jawab dan pertemuan dengan Dr Azizan hanya biasa saja, tak banyak membantu. Personal coaching yang ditunggu tak kunjung tiba.

Setahun tunggu. Ya, SETAHUN. Bukan seorang dua terkena, malah ramai lagi.

Agak ajaib dan pelik. Perubahan dilakukan tidak dimaklumkan pada peserta yang telah bayar. Itu pun dapat maklum balas selepas setahun, dan peserta sendiri yang menghubungi syarikat. Tepek pertanyaan kat Facebook, barulah ada maklum balas.

Apa yang saya nampak, Dr Azizan boleh menyampaikan motivasi, tapi hampir setiap seminar modalnye lebih kurang sama.

Pendapat saya, Personal Coaching itu yang ditunggu kerana peserta berharap dapat bimbingan yang lebih bersifat realiti dan membantu dari segi teknikal bagaimana mahu menjana pendapatan. Apa sebenarnya perincian yang perlu kita lakukan. Kalau saya, memang itu yang saya mahukan dari personal coaching.

Dan hari ini persepsi saya terhadapnya semakin merudum.

Berniaga modal air liur.

33 ulasan:

aReLaN berkata...

aku pun tak percaya sangat dia ni.hmmm...ntahla. dapat duit ngan buat seminar kat orang lain tapi habuk pun tarak.

Rohaniah Noor berkata...

terima kasih kerana berkongsi kisah ini. Saya hanya tidak mahu lebih ramai menjadi mangsa pakej personal coaching dan pakej mahalnya yang sebenarnya tak ada beza dengan pakej general seating sahaja.

Nur Fauzi berkata...

arelan:
mungkin tak dinafikan die memang boleh jadi motivator.
cume cara dia dapatkan duit tu ramai yang tak suka. caj orang mahal-mahal, tapi tak berbaloi peserta rasa.
hal peribadinye yang orang kecoh itu tolak tepi dulu, masalahnya title DR itu memang betul-betul dipersoalkan.
bangge benar gune title tu

Rohaniah:
saye memanjangkan hal ini bukan kerane dengki pade Azizan Osman, cuma tak mahu orang ramai terpedaya dan membazir duit pada benda yang tak perlu.
Memang dah sangsi sejak dia mulakan dengan ceramah tarikh lahir tu.

Alhamdulillah berkata...

saya juga pernah pergi seminar dia...boleh dikatakan dia ni pandai bercakap..bakar semangat lagi...tu...tapi dia charge sampai mahal2 tapi tak dapat special previledge pun...aku tak tahan dengan iklan dia..tu..hehehhe


Unknown berkata...

hahaha..saya memang dari dulu lagi x pecaya dengan kursus2 dia ni.bukan setakat dia saja tapi semua kursus2 motivasi cara2 nak berniaga n then jadi kaya...sebenarnya depa ni kata ja nak tolong org lain tapi yg sebetulnya untuk poket depa jugak..kalau pergi dengar kursus2 ni pon semua ulang benda yang sama ja .."kena rajin usaha,x putus asa dan kena banyak berdoa" x yah pergi kursus pon kita tau kalau buat benda ni memang boleh berjaya..kalau nak menega modal takdak pon nak berjaya macam mana..kehkehkeh

Nur Fauzi berkata...

memang ramai yang nasihatkan, kalau nak pegi seminar ida ni, cari yang percuma atau yang paling murah sekali.

Deeen berkata...

Terima kasih tuan atas perkongsian.
Alhamdulillah saya ambil yang paling murah. Saya pergi kursus Dr Azizan yg murah sekali adalah pilihan terbaik bg mereka yg tak bermotivasi banding dengan tak pergi langsung @ pergi kursus orang lain buat yg harga sama @ pergi kursus dia yg mahal..

Tanpa Nama berkata...

Salam semua... saya ni tak pernah pegi seminar dr azizan ni... tp pada pendapat saya rezki kan Allah yang bagi. Kalau dia tipu biarlah dia dgn Allah. N dont worry Allah bagi balasan dan Dia Maha Mengetahui. Pastu bukan dia paksa pun bayar yg mahal2 tu. If sesaper pernah bayar yg mahal tu n takder result maknanya duit kite bayar tu bukan rezki kite. Ukuran dan sukatan rezki setiap makhluk Nya sudah siap sehingga hari kiamat. ;)

Nur Fauzi berkata...

Memang tiade paksaan dibuat.
dan memang rezeki itu dari Allah.

tapi bukan bermaksud kita tak boleh nak mengingatkan orang lain supaye berhati-hati. tak bleh juga terlalu pasrah biar duit lebur tanpa hasil yang sepatutnya.
rezeki memang dari Allah, tapi kita juga perlu usaha dapatkannya.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah..sy setakat ini dah ikut 3 seminar berbayar Dr Azizan Osman..walaupun berbayar bagi saya itu berbaloi dengan apa yang saya miliki sekarang..jika anda buat betul2 semua apa yang dia cakap..InsyaAllah anda juga boleh berjaya..dulu sy berniaga tanpa ilmu..tetapi sekarang Alhamdulillah..perniagaan saya sampai x cukup tangan..untuk pengetahuan anda..sy cuma ambil pakej harga paling rendah..x kisah lah ddk di blkg pun..yang penting sy dapat dengar ilmu yang dia beri..terima kasih Dr Azizan Osman..dan syukur pada Mu Ya Allah memberi rezeki kepada hambaMu...

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum saudara sebangsa dengan saya... say FAZLI BIN ISMAIL.. juga dah pergi ke INTENSIF JUTAWAN INDUSTRI...
fikir lojik dan ikuti perkembangan..
cik ROHANIAH NOOR kenal dengan ABDUL BASIT yang buat sales 1juta dalam masa 9bulan...
saya ke IJI 2013 haritu hadirin ada 4300 orang.. dan kami ada KOMUNITI GROUP YANG AHLI DALAM TU ADA 2000LEBIH ahli... takdak lagi kompen dalam tu,,..
kalau nak kenal BASIT.. terus ke pejabat beliau di SERI KEMBANGAN pegi ke website kakiprinting.com untuk dapatkan alamat penuh...
PEGI SANA, TANYA DIA APA DIA BUAT SAMPAI DAPAT 1JUTA SALES..
TAK SILAP SAYA DIA SATU BATCH DENGAN ROHANIAH NOOR NI..
DAN UNTUK PENGETAHUAN JUGAK... DIA NI DUDUK SEAT GENERAL JE KAT BELAKANG2...
HARAP BANGSA MELAYU KITA JANGAN ASYIK KOMPLEN SAJA...
JANGAN TANYA APA ORANG LAIN BUAT...
TANYALAH APA YANG KITA DAH BUAT SAMPAIKAN HASIL KITA TAK SEPERTI ORANG..

Nur Fauzi berkata...

so?

anyway thanks for viewing.

Tanpa Nama berkata...

mmg penipu pun byk skrg ni. aku hadir kelas forex excel pun penipu bayar rm5,000 tak kaya2 pun. penipu laknat semua org ni.

Tanpa Nama berkata...

Apa pun nak buat, nk kaya mesti ada usaha, doa dan tawakkal. Ikuti seminar sebagai satu usaha mencari ilmu. Org yg asyik merungut, komplen, kata org sana sini tanpa ikut sendiri seminar tu mcm x patut la. Sebelum nk kata kaji dulu betul2.. Biar lah kalau dia tipu dia dpt lah balasan dia.. Yg kita dok mngata dia tambah dosa je.. Apa pun yg nk bagi kaya tu Allah bukan Dr Azizan. Kalau p seminar saja tapi kot x usaha, harap pada Allah manalah nak kaya..

Tanpa Nama berkata...

Saya pernah ikuti 2 kali kursus Dr Azizan..saya ikuti ilmu yang diturnkan..alhamdulillah kalau dulu saya buat bisnes part time hanya income biasa2 sahaja..tapi selepas ikut tunjukajar beliau..pendapatan part time saya melonjak 4 kali ganda..alhamdulillah perubahan yang tidak la besar berbanding yang sales jutaan tu..tp sgt membantu kehidupan yang mewah dan selesa..setiap kali cuti sekolah boleh bawa family melancong ke oversea dan selang setahun sekeluarga pi menunaikan umrah selepas ikuti kelas Dr Azizan ni..ambil pakej paling murah masa kursus..tahun 2008 dulu...impactnya hingga kini..apa yang dibuat semua jadi..dgn izin Allah swt juga..tapi jgnla joint skim cepat kaya mmg la tak jadi2....

Tanpa Nama berkata...

Here and there brader , ada pergi berjaya ada pergi mungkin kene cube lagi ... besides die dah janji kalau x puas hati pulangan duit 100 peratus... so apa nk rugi ... tolong jgn jumud sgt ... buka kan minda dan cari jalan majukan bisnes orang melayu . kalau rasa dr azizan x sesuai utk awak , buat la cara awak sendiri ....

Tanpa Nama berkata...

Maaf lah.. ada kenalan seorang sepupu bekas penagih dan kawan baik yg pegi kursus dia. Yg sepupu tu mmg dah insaf sblm pegi kekas dan yg kawan mmg berniaga xleh pegi jauh.. alhamdulilah dah kaya mreka sekarang.. sy xpegi sbb sy lebih selesa mkn gaji..jika sy nsk boikoi sy kena pegi dulu bru boleh boikot

Tanpa Nama berkata...

Cik rohaniah tu persoalkn pakej yg dia dh byar..dia tuntut hak dia..lgpn she deserved to ask for her right!

Tanpa Nama berkata...

salam..hi saya bahri mohd kepakaran saya membantu ramai orang mampu menyedut sejuta ilmu dunia dan akhirat www.facebook.com/IQMEMORI tel no 014-2398055.

Secara peribadi, masing-masing ada pilihan kuasa untuk buat apa sahaja keputusan dan komentar saya hormati semua.ok je...

Untuk pengetahuan semua saya bukanlah taksub sangat dengan dr azizan osman.ada beberapa benda yang saya x berapa suka seperti ada chicken dance dan melompat sebelum seminar.Tapi mereka mahu kita kita ada energy...it ok...x pe x kisah...caranya

saya apa2 pekerjaan dan pilihan saya akan rujuk Allah melalui proses istikharah yang saya amalkan atas sebab pesanan guru saya yang memesan agar saya kerap istikharah..

Saya pernah istikharah untuk program doktor yang dikatakan palsu tu...x pe ar..apa pun dalam istikharah tu ada green light untuk saya attend seminar percuma dia...dan istikharah saya join advanced marketing powernya...mula2 macam x puas hati sebab masa tu doktor azizan baru balik umrah suara dia serak so x jelas sangat...by the way saya buat bisnes..

hasilnya ....tp x de ar hasil2 pun cuba selepas saya attend ada 3 seminar free dia 2 seminar advanced dier saya bayar rm997 dan rm497 intensif mentor kekayaan dan kejayaan.. saya dah x kena tipu dalam bisnes saya...dan income saya jadi rm10k sebulan dan dapat bayar hutang2 dan ada simpanan untuk membeli rumah2 kedai.depositnyer ar...

kehidupan memang ada perubahan cuma saya x bising2.tp ape2 pun bukan daoktor azizan je saya hadap belajar ramai lagi sebab saya ada 3 orang guru utk bisnes nak dibandingkan 4000 orang guru imam shafie...jauh berlipat kali ganda...dan saya istikharah untuk attend program master ur bussines yang saya terbaca email doktor azizan yang mengatakan dia belajar ilmu ni dengan kos usd100 ribu dollar dengan mentor ape ke nama dia... salah seorang mentor bill gates untuk buat bisnes tapi kita x de dalam bisnes kita macam autopilot ar...sistem mais kan..untuk akan datang inshallah...

Terima kasih tuhan terima kasih guru2 saya dan mohon maaf kekadang aku sendiri pun ada negatif thingking..so Allah selamatkanku dengan istikharah... tapi untuk program doktor yang lain x de green light untuk saya khusus...frankly terus terang...

Saya suka dengan pelbagai pendapat sebab kita x leh lari dari skrip manusia ini.sedang habil dan qabil insan minoriti ketika itu sanggup bunuh membunuh sebab beza kehendak dan berebut kehendak...so apalah dengan tuan2 ...tu x buka pintu dengan perbezaan fahaman politik...huh lagi ar....cucah..

ok melalut ar saya..saya doakan anda semua kaya dan berjaya dunia dan akhirat...

ari saya Bahri mohd .sungai petani kedah tel 0142398055

Tanpa Nama berkata...

Asaalamualaikum,
Alhamdulillah saya baru sahaja balik dari seminar Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan 12-15 Dis yang lalu yang berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam dan telah di hadiri lebih drpd 6000 orang.Apa yang saya boleh beri respon adalah seminar begini memang telah merubah hala tuju dan fokus hidup saya. Saya lebih berfikiran positif dan tenang. Sblm ni saya asyik memikirkan ttg masalah je.Then satu lg perubahan adalah solat saya semakin khusuk.Dr Azizan pun ada ajar supaya membersihkan hati dan sentiasa ingat dan berbakti pada org tua kita coz kalo nak hidup ni di berkati, kita kena jaga hubungan dgn Pencipta dan hubungan dgn manusia.Dr Azizan mmg tlh menyedarkan sy ttg perkara ni.Mmg semua org tau perkara ni tapi cara dan approach beliau menyedarkan setiap peserta seminar sgt2 lain.Byk lg nk respon.Tp cukup la setakat ni.

Jerinho berkata...

bangsat la sapa yg ckp dh pegi tp x bgtau spatah haram pn. sama ada ko bgtau bisnes apa atau ko nafikan benda tu adalah mlm. lau dua2 tak baik krg terjun gaung lg bagus

Tanpa Nama berkata...

saya percaya, mereka yg negative di atas2 ini semuanya. pernah gagal. Lagi2 yg mempunyai 'lidah biawak' di atas ini. kalau x kenal siapa dr azizan, jgn mengutuk sebarangan. Kelak akhirat pahala anda semua dpt kat Beliau jua. jdi papepun, tau dulu siapa dr azizan. 99% perattus org yg gagal adalah org yg sentiasa complain. harap buka minda

Jerinho berkata...

kau tuhan ke nak pass2 dosa pahala kat org tu org ni. 99% org gagal tu dh jd modal air liur pakar motivasi. pastu jd zikir puak2 fanatik. sapa lidah biawak?. melayu bangsat yg kuat sembang tp lau tanya 1 benda pn xnak bgtau

Tanpa Nama berkata...

Subhanallah..banyak nya org2 yg negatif kt sini,sbb tu org melayu asyik layu..jgn complaint la. Memang rezeki allah yg bg..bkn kt tgn dr.azizan, tp..dr.azizan bg cara bagaiman nk dptkan rezeki tu..xkan nk tgu rezeki trun dri LANGIT..dia bg cara mcm mna nk bertindak..bukan duduk saja asyik complaint. cakap tu biarlah berilmu,malu ok dengan bangsa lain. Org mcm ni..smpai bila pon xmaju..asyik nampak keburukan orang lain. Bayaran yang di kenakan pon mmg ok..even mahal,tp SANGAT berbaloi. Kau xmampu..kau xblh pergi..kau xda usaha nk cari..kau jgn nak merungut.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum saudara islam yg berfikiran negative.
aku pernah join seminar free dan berbayar. Allamdullilah, selepas aku attend seminar dia. Hidup aku berubah dari segi mindset, hati dan rezeki dtg aku dgn lancar. Pada mula nya aku mmg tidak percaya pada dia dan sentiasa dengar cerita keburukan ttg Dr azizan dari org lain dan internet tapi aku beranikan diri utk attend mencari bukti betul ke Dr azizan. Allamdullilah, its AMAZING!. So, kepada penulis blog dan pembaca, please pergi attend seminar dgn buka hati dan buka minda. Jgn melihat di luar, melihat di dalam. TQ

ladydedeq berkata...

X attend tp complaint.then ajak org skali lgi tu..x baik tau.nnti jatuh fitnah.Dr.Azizan dh bgtau.die cuma tolg smpaikan ilmu je.yg btindak tu kita.yg ubah diri tu kita.mcm time skolah.dlm 1 kelas mna ada yg smuanya jdi doktor kan.? Btol x? Yg bjaya tu tgk apa tindakan dia dan bndingkan dgn org yg x bjaya.klau dia dh usaha, dah doa tp ttp x jdi2 jgak.check blik khidpn die mcmne.hbgn die dgn Maha Pencipta, hbgn dgn org tua, hbgn dgn psgn dn sape2 lgi lh..kne check smua tu.tu pun DR azizan dh bgtau.

Unknown berkata...

ORANG BERJAYA OTAKNYE TAK CETEK SEPERTI NEGATIVE KAT ATAS2 NI. SAYA STUDENT PUN TAU FIKIR BNDE BURUK BAIK

Tanpa Nama berkata...

Dulu saya bekerja sebagai pak guard..Berkat pergi kursus Rahsia Mari Bermimpi Untuk Berjaya skrg sudah menjadi peniaga berjaya dengan gaji rm35k sebulan.kete pon pakai s class. Seminggu sekali saya buat umrah. Hari2 sedekah kt org miskin. Tiap2 bulan bawak makbapak melancong. Untungkn saya kalau ini bukan lagi mimpi. Ok.saya nak pergi ronda kawasan dlu.bye

Unknown berkata...

Ya saya setuju. Kita berpesan-pesan dengan kebaikan dan berpesan-pesan dengan kesabaran.

Kita pesan pada kawan2 lain agar tidak terkena pada mereka bukan isu dengki atau cemburu pada Saudara Azizan Osman.

Unknown berkata...

Isu di sini bukan tak boleh berjaya hatta duduk di seat paling belakang dan percuma pun boleh kalau kita amalkan apa yang diajarkan yang mana sebenarnya ilmu nya boleh didapati melalui pembacaan dan dari sumber internet sahaja. Tapi kami menuntut supaya Saudara Azizan Osman menepati janjinya agar benar2 memberi personal coaching dan benar2 bantu mereka yang dahagakan ilmu seperti yang dijanjikan. Dengan bayaran sehingga 20 ribu yang dikenakan pada salah seorang rakan saya mengharapkan sesuatu yang berbaloi. Tetapi beliau tidak mendapat apa2 perubahan pun. Untuk kes Puan Rohaniah Noor pula difahamkan tiada personal coaching pun selama setahun bahkah tiada panggilan langsung dari pihak Saudara Azizan Osman seperti yang dijanjikan.Jadi kami rasa tertipu............

Itulah Isunya......

Unknown berkata...

Ya bukan senang nak dapat refund tu... beruban kepala....

Unknown berkata...

Hahahaha betul ke ni?

Khairul Nizam berkata...

Sekarang nie apa citaaa...dokkktoiii azizan maharaja lawak scammer..

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...