Khamis, 3 Oktober 2013

Sesak dada. Audit Negara punye pasal.

Menyesakkan dada. Memang betul-betul sesak.

Ape taknye, satu demi satu laporan audit dibace. Itu pun baru baca sikit dah cukup pening. Kalau baca semua tak tahulah jadi apa.

Skripnya sama.

Yang beza cuma pelakon, props, masa, tempat. Skripnya tetap sama. Cuma diolah sedikit.

Membayangkan ketirisan dan pembaziran jutaan RM itu, spontan terbayang dalam kepala si miskin bekerja keras , menjadi buruh untuk sara keluarga, mereka yang kesempitan belanja nak beli susu anak, anak-anak yang mengikat perut ke sekolah untuk belajar, pelajar yang membayar ribuan RM untuk pendidikan mereka, dan banyak lagi.

Adakah kita redha dan terima saja?

Saban tahun perkara ini berlaku. Seingat sejak saya mula ambil tahu hal audit sejak dibangku sekolah, dah berlaku ketirisan hinggalah ke hari ini. (lebih 10 tahun sejak saya mula baca laporan berkenaan audit)

Marhaen disuruh berjimat cermat. Disuruh bersyukur dan jangan merungut.

Tapi KAU 'joli' duit kami puas-puas.

K-pop KAU bayar berjuta RM, mahasiswa minta pengajian percuma KAU persetankan.

Saya tak pilih mereka yang buat semua ini jadi pemimpin.
Saya tak mahu mereka ini jadi pemimpin saya.

2 ulasan:

Teacher Basariah berkata...

sabaq jela..mmg sesak dada je bila baca..huhu

Nur Fauzi berkata...

sedih kak.

terkenang anak murid kampung ni.
mak bapak bukan kaya.
duit belanje bukan selalu ada.
kasut ramai yang macam belacan, takde duit beli baru.

yang kat sana JOLI bayar kpop 1.6 juta.

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...