Selasa, 27 Ogos 2013

RM25 ribu untuk baik pulih 2 kubur?

Terlebih dahulu, sila baca berita ini.

gambar hiasan..

Kubur 2 orang insan (P. Ramlee dan Saloma) mahu dibaik pulih hingga RM25k.

Dahsyat betul harganya. Satu kubur RM12.5k?

Macam tak munasabah kan? Rasanya kalau ditanya pada mereka yang mengusahan kepok dan nisan, memang menggila harga itu. Harga RM25k itu kemungkinan boleh dibuat kos untuk baikpulih dan membersihkan satu kawasan perkuburan tersebut.

Lagipun kubur tersebut di kawasan perkuburan awam (tanah waqaf), bukan persendirian. 

Itu pun ada juga yang tak puas hati dengan kenyataan Mufti Selangor itu. Biasalah kalau komen guna emosi dan akal semata-mata...

Kalaupun kubur itu atas tanah sendiri (persendirian) sekalipun, jatuh haram hukumnya menghias kubur sedemikian rupa. Membazir.

Proses baik pulih itu memang baik, tapi janganlah melampau sampai begitu sekali.

* jangan ditanya pasal kubur orang kenamaan ye...

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...