Isnin, 26 Ogos 2013

Pelajar Harvard habiskan hutang belajar 7 bulan. Lepasan IPT kita?

Rasanya mesti ramai yang dah tahu cerita bagaimana seorang lulusan Harvard melangsaikan hutang belajarnya lebih kurang $90k. Kalau tukar ke RM, mau lebih RM200k. Jumlah sebanyak itu diselesaikan dalam masa 7 bulan.


Sangat pantas.

Jadi ramailah yang menyarankan agar lepasan IPT di Malaysia berusaha seperti itu untuk membayar hutang belajar. Tak kiralah dari MARA, PTPTN, Bank dan lain-lain.

Memang apa yang dilakukan itu sangat bagus, malah kebanyakan cara yang disenaraikan boleh kita ikut. Semestinya kita perlu UBAH cara hidup kita.

Ikut keperluan, bukannya kemahuan kita.

TETAPI.

Saya kira untuk membandingkan lepasan IPT di Malaysia dengan lepasan Harvard tersebut adalah sesuatu yang tidak adil. Akan jadi perbandingan yang tak setara.

Mlihat kepada video itu, dia sudah memiliki pekerjaan yang stabil, aset yang boleh tahan, dan bukannya orang miskin.

Kereta ada dua. Jadi boleh jual satu. Superbike yang jarang guna boleh juga jual. Basikal yang mahal dan jarang guna, boleh jual. Masih ada lagi satu kereta untuk digunakan.

 Jadi tidak berapa pelik juga kalau hutang tersebut dapat dilangsaikan.

Berbanding dengan majoriti lepasan IPT di Malaysia. Jangankan gaji, kerja pun susah nak dapat dapat. Sementara tunggu kerja yang gajinye boleh tahan, kerja dulu apa-apa yang boleh untuk sara hidup.

Aset macam kereta dan rumah? Jangankan kereta kedua, nak beli kereta (baru) yang pertama pun semput-semput. Berapa puluh ribu bagi harga kereta baru di Malaysia?

Belum kira lagi dengan nisbah gaji dan kos sara hidup yang tak seimbang. Kenaikan harga barang yang 'menggila', lagi-lagi musim perayaan dan lepas Pilihanraya.

BUKAN tak boleh nak jadikan video tersebut sebagai contoh. Memang patut kita ambil iktibar. Memang ada banyak perkara yang boleh kita contohi.

Tapi untuk buat perbandingan " kenapa lulusan Harvard tu boleh, pelajar kita tak boleh " secara mutlak, tampa melihat kepada situasi semasa yang berbeza di setiap negara, itu tidak adil.

Selamat membayar hutang semua....Hutang WAJIB dibayar.


Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...